Wednesday, September 16, 2009

Cerita tentang Raya 1430H...

Untuk raya tahun ini, abah cukup tak ada mood beraya. Tapi dalam pada tidak ada mood itupun, Aidilfitri tetap perlu disambut dengan penuh kesyukuran dan keriangan. Pada rakan blog, Selamat berhari raya untuk anda yg insyaAllah akan disambut pada 20 September nanti.

Ampun maaf abah pohon andai ada kata2 dan tindakan yg melukakan hati dan perasaan sahabat semua.


Moga AidilFitri tahun ini adalah AidilFitri yang paling bermakna buat kita semua. AidilFitri yang benar-benar mengembalikan kita kepada fitrah kita yang asal, fitrah sebagai makhluk Allah yang akan terus sujud dan taat padaNya.

Pada yang akan berjalan jauh, hati-hati dijalanraya. Doakanlah moga perjalanan kita semua akan dilindungi Allah, dan moga segalanya selamat buat kita dan keluarga. Abah insyaAllah akan bertolak ke Kelantan petang esok.

Dipagi raya kang, mohonlah ampun dan maaf dari mak ayah, mohon dengan sungguh-sungguh dan seikhlas hati. Mungkin sebelum ini kita cuma jadikan perbuatan itu satu rutin Hari Raya, tapi kali ini, jadikan ia satu perbuatan yang boleh 'melegakan' hati kita dan kedua ibubapa.

Mohon jugalah maaf dari pasangan hidup kita (suami atau isteri). Sebab kalau nak kata tak ada silap salah, abah pasti tiada pasangan yg akan bebas dari berbuat silap pada pasangannya, samada secara sengaja atau tidak. Jadikan Aidilfitri kali ini titik tolak pada sebuah kehidupan berumahtangga yang lebih diredhai Allah, dan membahagiakan kita semua.

Selamat Hari Raya...

Cerita tentang hero...

Salam sahabat,

Untuk masa sekarang, idea mengepek merayau entah kemana. Atau mungkin ia sudah melarikan diri, harap2nya tidak insyaAllah.

Hari ni, sekadar nak paparkan antara benda yang mengujakan abah. Abah dah makin sgt kurang menonton TV, tapi kalau benda alah ni datang balik, hehehe, nak follow lagik jugalah. Dgr kata 21 Sept ni first episode di US.

Wednesday, September 09, 2009

Cerita tentang produk Hiraq

Salam sahabat,

Pertamanya, minta maaf kalau posting kali ini adalah berkenaan produk. Dah lama Ummi minta abah war-warkan disini tentang produk2 keluaran Hiraq, yg mana Ummi (abah sebenarnya) jadi stokis mobile untuk kawasan Sg Buloh dan sekitarnya. Bukan la kata berniaga sangat pun, tapi alhamdulillah, sikit pulangan yang diterima cukuplah untuk memenuhkan tabung duit simpanan anak2.

Abah paparkan disini beberapa produk yang popular. Untuk produk2 yang lain serta keterangan lanjut, mohon sahabat2 layari laman web Hiraq.

Untuk tempahan, mohon hubungi abah di emel atau talian telefon 019-3809115 (harap2nya jangan la ada yang salah guna, insyaAllah).

Susu Kambing
  1. Disyorkan untuk golongan yang alah pada susu lembu
  2. Tinggi dengan kalsium yang sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi bagi kanak-kanak serta membantu menguatkan tulang dan gigi bagi orang dewasa.
  3. Kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamin A yang penting untuk kesihatan.
  4. Mencantikkan kulit dan merawat penyakit kulit
  5. Menguatkan sistem imunisasi paru-paru dan bersifat anti-athritis (inflamasi sendi) serta mengimbangkan kandungan gula dalam darah.
  6. Serta membantu memulihkan : Gastrik, Ulser perut,Penyakit Kuning, Lelah, Insomnia ( susah tidur), Hepatitis A, Migraine, Gout, Buah pinggang, Kencing manis, Membantu mencegah kanser.

Jeli Gamat (dengan Roselle dan Goji)
- Mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan otot serta menguatkan tulang
- Mempercepatkan penyembuhan luka dan dalaman
- Menghindari masalah alahan dan lelah (asma) dan mengatasi masalah demam panas
- Melancarkan peredaran darah serta memulihkan sistem peranakan selepas bersalin
- Memperbaiki kualiti penglihatan, melegakan sakit kepala dan pening
- Membantu mengatasi masalah keletihan dan meningkatkan metabolisma
- Mencantikkan kulit dan awet muda
- Menghindari sembelit dan membantu sistem penghadaman
- Mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan tahap kolesterol
- Memperbaiki tekstur kulit agar menjadi tegang dan licin
- Mengatasi masalah dengkur



KARMILA (dengan Guarana & Za'faran)
- Meningkatkan kesihatan dalaman dan mencantikkan wanita
- Mengatasi masalah senggugut dan keputihan
- Menguatkan otot dalaman dan menyempitkan faraj wanita
- Mengecutkan rahim dan menguatkan system kemutan
- Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi kesan positif kepada pasangan
semasa hubungan kelamin
- Mencantikkan kulit serta menaikkan seri wajah dan menegangkan payudara
- Membaiki system peredaran haid
- Bertindak sebagai anti pengoksida







QHAWWI KURMA HERBAL ESSENCE
- Meningkatkan tenaga dalaman dan luaran bagi kaum lelaki.
- Menghilangkan bau badan
- Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual serta memberi impak positif kepada
pasangan semasa hubungan kelamin
- Meningkatkan paras testosterone
(hormone yang diperlukan untuk fungsi kelelakian)
- Membantu mengatasi penyakit dalaman dan luaran seperti batuk dan asma
- Bertindak sebagai anti oksida
- Mencerdaskan minda
- Melancarkan peredaran darah
- Membaiki sistem immunisasi dalam badan
- Mengandungi zat yang tinggi seperti potassium, sodium, kalium, Vitamin A & C








HIRAQ WILDAN Dates Herbal Essence + Goji for kids

- Membantu menguatkan daya ingatan dan hafalan ( IQ )
- Memberi tenaga segera
- Bertindak sebagai antioksidan
- Memperbaiki kualiti penglihatan
- Membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Cerita tentang hati...

Salam sahabat,

Malam tadi, sewaktu tazkirah sebelum terawih, ustaz (yg masih muda) tu cerita pasal pandangan mata. Bukan setakat cerita, siap mendendangkan lagi lagu ini.



Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Tak pasti kerana apa, mungkin kerana suara ustaz tu sedap, atau kerana lirik lagu itu memang mendalam dan menyentuh, abah rasa tertarik untuk berkongsi dengan anda tentang ini.

Tapi anda fikir sendirilah tentang apa yang dikatakan dalam lagu itu. Abah nak cerita pun tak reti, sebab contoh2 yg diberi oleh ustaz muda malam tadi itu, pada abah tidak berapa menjelaskan erti 'pandangan hati' dalam bentuk yg menarik.

Cuma yg abah nak tanya sahabat semua, orang melayu kita kata hati, yg kalau diterjemah akan jadi 'liver'. Orang putih pulak kata heart, yang kalau dalam bahasa kita, 'jantung'. Soalan abah, perasaan dalam diri kita ni ada dimana? Jantung(heart) atau liver(hati)? Ada sapa2 boleh tolong jawab. hahaha, minta maaf, abah tahu ini soalan budak darjah 2 Hormat, tapi abah betul2 tak tahu jawapannya.

Thursday, September 03, 2009

Cerita tentang solat...

Salam sahabat,

Lama sungguh abah mencari lagu ni, akhirnya berjumpa juga, walaupun kualitinya bukan tahap kualiti yg abah harapkan.

Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat.


Kewajipan seorang muslim
Solat lima waktu

Ku dengar merdunya suara azan
Berkumandang melantunkan seruan sembahyang
Memenuhi kewajipan seorang muslim
Solat lima waktu sehari semalam

Berwudhu' taharah menyucikan diri
Berkiblat menghadap Ilahirabbi
Berdoa memohon petunjuk suci
Pada Mu Ya Allah Yang Maha Memberi

Kini hamba datang lagi
Dengan hati berseri
Ingat akan janji
Bahawa hidup mati Ilahirabbulalamin

Kini hamba datang lagi
Pasrah berserah diri
Mendekat kan hati pada Mu Yang Maha Suci

Esok abah akan ke KK sehingga Sabtu, dan pada malamnya akan ke Tawau. Selalunya abah seronok dapat keluar pergi tempat orang. Tapi sebab kali ni kena bulan puasa, tak berapa nak seonok sikit la. Tak kisah la tapinya, asalkan kerja yg boss suruh buat, akan mampu dilangsaikan sebaiknya, insyaAllah.

Jumpa lagi nanti.

Wednesday, September 02, 2009

Cerita tentang luka...

Petang semalam, sewaktu tengah memandu dari Paka ke Sungai Buloh, Muizz tiba-tiba bertanya, "Abah, luka dalam Bahasa Inggeris apa?"
Abah kata, "Cut boleh, wound pun boleh" [haha, betul ke jawapan abah ni?]
Muizz kata lagi, "Abih, kalau nak kata jangan lukakan hati, nak cakap camna?"
Dalam hati abah "Uiks, budak nih, apa hal "jangan lukakan hati" plak nih"
Dan abah jawab, "Don't hurt my feeling".
Muizz tokok lagi, "Kalau Don't break my heart?"
Abah kata, "Boleh juga."
Ahmad tambah lagi, 'Ohhh, betul la dalam iklan rokok tu mak dia kata Jangan lukakan hati saya."
Abah - "Ohhh, abang nih, ingatkan apa tadi. Iklan tu rupanya."

Dan inilah iklan yang dimaksudkan oleh Muizz. Abah pun suka tengok. Bukan suka sebab apa, sebab rasa "kalau tak sedar juga tgk iklan ni, tak tahu ler."


Abah cuak sebenarnya waktu Muizz tanya macam tu, takut dia tertengok cerita apa2 jer, dan sibuk dok tanya pasal isu2 hati dan perasaan nih, haru abah dibuatnya kang. Hahaha.

Sampai jumpa lagi insyaAllah.

Opss, lupa nak tulis (sebagai catatan peribadi). 31 Ogos lepas, genaplah 9 tahun masihi usia perkahwinan abah dan ummi. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, abah dan ummi mampu melayari hidup berumahyangtakbertangga dengan aman damai (ada skit la part2 yang tak berapa aman tu, tapi masih damai). Semoga Allah akan terus berikan kekuatan dan pertolongan untuk kami layari hidup bersama sehingga ke akhir hayat (yang tak tahu bila), insyaAllah.

Buat Ummi (sebagai nota peribadi juga), minta maaf tahun ni abah tak dapat nak hadiahkan apa2. Sangat2 pokai. Ummi fahamkan??? Ekekeke.