Thursday, August 27, 2009

Cerita tentang khusyuk...

Salam sahabat, selamat berpuasa untuk hari ke 6nya Ramadhan kali ini. Semoga kita akan tetap dipanjangkan umur, diberi kesihatan tubuh badan, tidak dinyanyukkan untuk kita menamatkan Ramadhan kali ini dan kali2 yg akan datang dengan jayanya insyaAllah.

Abah sekadar nak berkongsi sedikit dengan sahabat2 semua berkenaan apa yang abah dengar dalam beberapa hari berpuasa ni, samada dalam tazkirah di surau atau dalam radio. Dan kisah ngepekan kali ni cuma berpusat pada soal kekhusyukan dalam ibadah solat.

Khusyukkah solat kita selama ini? Pernahkah anda tertanya2 dalam diri sendiri persoalan itu? Abah tak tahu anda, tapi abah pernah. Bukan setakat pernah, tapi selalu sgt. Dan jawapannya abah tahu. Dan anda pun abah rasa tahu jawapannya bila terlintas soalan macam itu, kan?

Cuma yang kita tak tahu, kenapa solat kita tak khusyuk. Kita tahu waktu dalam solat, fikiran kita banyak menerawang ke lain. Fikiran kita tak berada ditempat kita solat, tapi ia pergi jauh menjelajah serata alam, atas apa saja yang kita nak fikir dan ingat. Kerja, orang, peristiwa, perancangan masa depan, dan apa saja. Allah? terfikir juga, tapi banyaknya fikir benda lain la, kan? Hahaha, itu abah, bukan sahabat2. Abah tahu sahabat2 semua khusyuk solatnya dan ibadah2 lainnya.

Dan 2 malam lepas, abah rasa abah dah jumpa apa jawapan kepada persoalan, kenapa aku tak dapat khusyuk dalam solat. Kata ustaz(yg abah dah lupa namanya), ada satu penghalang antara hati kita dan kekhusyukan solat kita, dan penghalang itu, adalah dosa2 kita. Bukan maksudnya untuk dapat solat dengan khusyuk, kita mesti suci dari dosa, mustahil la kan, sebab kita manusia biasa, paling tidak akan ada juga dosa2nya. Cuma kalau kita boleh kurangkan perkara2 dosa dalam diri kita, insyaAllah, hati kita tidak akan sukar sangat untuk tunduk pada Allah dalam solat kita.

Dan yg pernah abah dengar juga, antara sebab lain kenapa hati tidak sepenuhnya fokus pada Allah dalam solat, adalah kerana kita sekadar membaca apa yg perlu dibaca tanpa kita fahami apa yg dibaca. Paling mudah, surah Fatihah. Kita mungkin fasih membacanya, tapi fahamkah kita apa maknanya? Mungkin kita faham, tapi betulkah faham dalam ertikata menghayati maksudnya?

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai (maaliki) hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah (na'budu)dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan (nasta'iin).
Tunjukilah (ihdina)kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai (maghdhuubi 'alaihim) dan bukan jalan mereka
yang sesat (dhollin).

Pagi tadi dalam radio, ada ustaz mengulas tentang "Tunjukilah (ihdina)kami jalan yang lurus."

Kata beliau, "Jalan apakah yg lurus itu? Saban waktu kita minta Allah tunjukkan kita jalan yg lurus. Tapi jalan yg macammana dan jalan apa jalan yg lurus?

Allah dah tunjuk, cuma mungkin kita tidak sedar dan mungkin kita tidak nampak. Jalan yg lurus itu adalah jalan yang telah diterangkan dalam Al-Quran. Baca Al-Quran, fahami maksudnya, fahami tafsirnya, insyaAllah kita akan ketahui jalan yg lurus yang sering kita minta pada Allah tunjukkan pada kita itu."

Itu antara apa yg abah dapat dari apa yg dikata. Kalau abah salah quote, maafkan abah.

Sekadar itu dulu hari ini, insyaAllah ada waktu luang, kita jumpa lagi di ngepekan akan datang.

Wednesday, August 19, 2009

Cerita tentang menepati waktu...

Salam sahabat.

Petang semalam, ada seorang sahabat baru abah, yg juga kakitangan ditempat kerja abah, telefon abah. Dia minta pandangan abah pasal bidang pengajian yg ingin diikutinya - psikologi. Bila abah kata psikologi bukanlah bidang abah, kata dia, "Eh, dalam blog tu nampak cam psikologis jer". Hahaha, adoiii. Dikala itulah juga abah teringat pada blog yg sudah semakin renggang dari abah ini.

Bukan tidak ingin mengepek lagi, masa pun ada, tapi tak tahulah. Mungkin dalam waktu sebegini, ada banyak perkara yang perlu difikirkan dan cuba diselesaikan mana yang boleh. Banyak sangat benda berkaitan hidup abah yg berlaku dikala ini, ada baik dan ada yg kurang baik. Harap2nya semua akan berjaya abah atasi dan terima dengan baik, dengan pertolongan Allah SWT.

Hari ni nak mengepek sikit tentang satu benda. Sewaktu abah diBangkok dulu, abah terpaksa berdepan dengan boss yang sangat tepat waktu. Bukan sekadar tepat waktu saja, tapi lebih awal dari tepatnya waktu. Bila boss kata dia nak breakfast pukul 7 pagi, pukul 6.45 pagi dia dah ada ditempat makan. Oleh kerana abah sekretariat lawatan itu, dan antara tugas abah adalah memastikan semuanya berjalan dengan baik, maka abah terpaksa juga awalkan diri abah dari waktu yg ditetapkan, sekurang2nya 15 minit awal. Tapi abah manusia biasa, ada kalanya abah terlewat juga, tapi masih tepat pada waktu, kerana abah pun jenis yg bila kata pukul 7, mesti pukul 7. Tertekan juga sikit awal2nya, sebab abah rasa terpaksa awalkan diri kerana orang lain. Dan oleh kerana orang lain ini adalah boss besar abah, maka abah buat juga. Takut reputasi abah terjejas, dan takut dia buat persepsi yg salah tentang abah hanya kerana abah tidak boleh awal spt dia.

Dan kerana takut itu jugalah abah mengepek hari ni. Mengepek kerana terdengar dalam radio beberapa minggu lepas soal ketepatan waktu ini. Kata ustaz yg bagi tazkirah itu, kita manusia ni seboleh2nya cuba untuk menepati waktu dalam banyak perkara - terutamanya dalam soal dunia. Kalau terlambat pergi kerja, kita rushing bawak kereta, kita tak sabar atas jalan - sebab kita takut punch card merah, dan kita takut boss kita marah. Bila boss bagi kerja dengan dateline, kita berusaha sekerasnya cuba siapkan sebelum atau pada dateline yang diberi. Sebabnya - kita tak nak boss kata kita lemah. Kalau berjanji dengan client pukul 7, pukul 6.30 kita dah tercegat kat tempat dijanjikan. Sebabnya - kita tak nak kehilangan client, dan kita tak nak dicop sebagai orang yg tak tepat waktu.

Tetapi.... bagaimana dengan yang ini.


Adakah kita mengamalkan benda dan prinsip yg sama bila kita dengar panggilan itu? Abah tak tahu anda, tapi abah rasa sangat terpukul dengan tazkirah ustaz itu. Sebab abah tahu, banyak waktunya, abah tidak pegang langsung pada prinsip "tepat pada waktu", dalam soal ibadat. Bila terasa nak solat waktu tu, waktu itu baru abah solat. Dalam soal kerja dan lainnya, abah berusaha sebaiknya untuk tepati waktu, tapi sedih sekali, dalam soal ibadat tiang agama ini, abah lalai terus dari berpegang pada prinsip itu. Sebabnya mungkin seperti diatas, sebab abah tak rasa kemurkaan Allah pada abah kerana melewat2kan solat. Dan abah tidak nampak kesannya serta merta. Tidak sepertimana bila kita kena marah dengan boss sebab lewat.

Lihatlah kita, betapa lemahnya kita. Sangat takut pada manusia lain bergelar bos, kawan, pelanggan dsbnya, tetapi kita tidak takut pada Allah Maha Pencipta. Walaupun seringkali kita takut dengan azab Allah, dengan neraka Allah, tapi realitinya, perbuatan kita tidak menunjukkan yg kita takut.

Semoga Allah berikan kekuatan dan rahmat kasihsayangNya buat kita dengan lebih lagi, terutamanya sempena Ramadhan yg akan kunjung tiba ini, supaya kita akan dapat align diri kita untuk masuk semula dalam track yang sepatutnya kita lalui.

Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan kali ini dengan jayanya buat kita semua. Abah dan keluarga insyaAllah akan mulakan awal Ramadhan tahun ini dengan keluarga mertua dan keluarga abah sendiri di dua-dua kampung. Dah lama tak rasa keseronokan menyambut awal Ramadhan dengan mak ayah dikampung.

Kita jumpa lagi nanti disatu ketika yg Allah tentukan. Jaga diri anda semua baik2.

Tuesday, August 11, 2009

Cerita tentang Bengkok...

Salam sahabat, semoga anda semua tetap dalam rahmat kesihatan dan kasih sayang Allah SWT.

Sekadar nak bercerita sikit pasal trip abah ke Bangkok baru-baru ini. Ini adalah apa yg abah nampak dan perhatikan sepanjang 5 hari disana. Mungkin abah salah nampak.

1. Airport - Cantik, walaupun tidak sehebat KLIA, tapi hebat jugalah. Yang slack sikit bila pegawai Imigresen Thai tidak berapa mahir berbahasa Inggeris. Terkial2 abah nak terangkan pada dia bahawa abah nak cari kaunter untuk ambil barang abah yang dikelaskan sebagai 'hazardous'. Hahaha, ini lagi satu cerita. Abah lupa langsung dalam tepak sirih yg abah bawak, ada kacip. Dan kacip itu dikelaskan sebagai senjata. Nasib baik la kakak Imigresen kat KLIA tu baik. Dilepaskan juga, cuma abah takleh bawak masuk dalam flight tu dengan abah jer. Staff flight yg pegang.

2. Jalanraya - Sesak. Kalau diKL abah dah rasa lemah dengan kesesakan jalanraya, di Bangkok, lebih-lebih lagi lah. Dan atas jalan, hampir 70% kereta yang abah nampak adalah kereta Toyota. Honda dan Nissan adalah juga, cuma tidak banyak. Gen2, Persona dan Savvy, ada juga terjumpa beberapa buah. Ingat nak try tuk-tuk, tapi tak beranilah. :-)

3. Hotel - Tidak mengecewakan juga. Kecuali tang makan jer. Sepanjang 5 hari breakfast di hotel, abah cuma ambik buah dan jus saja. Tak berani nak ambik makanan lain.

4. Shopping center - Memang banyak. Sangat banyak. Memang tak mampu nak pergi semua la. Dan barang2nya agak murah juga pada pandangan abah. Sebab tu la tak sedar beli baju anak2 sampai 10 pasang. Semuanya nampak menarik pada abah. Kualiti juga boleh diterima. Kalau anda kesana, abah cadangkan anda ke JJ Mall di area Chatuchak tu, atau sekadar di Indra Square. Dan bawak la duit lebih, kalau anda memang nak membeli belah.

5. Manusia - Keseluruhannya, abah rasa orang Thai jenis yang melebihkan tetamu. Walaupun depa tak berapa boleh berbahasa Inggeris, tapi tutur kata mereka tetap sopan dan lembut. Dan abah rasa mereka ini jenis serius dalam melakukan sesuatu kerja. Yang ini abah nampak sewaktu abah melawat 2 buah universiti disana. Depa begitu profesional. Abah nak kena tiru la.

6. Makan - Bila kami ke tempat makanan halal, makanan memang sedap. Memang bertambah2 la makan. Walaupun makanannya abah boleh cari di KL ni, tapi lain rasanya bila makan disana. Lebih sedap. Agaknya sebab waitress dia cun2 kot. Hahahaha.

Umumnya, puashati jugalah untuk trip kali pertama abah ke Bangkok ni. Walaupun abah tidak ada peluang untuk pergi ke tempat abah nak pergi, tapi masih abah rasa beruntung dibawa oleh boss ke Bangkok. Selain abah boleh kenal tempat orang, abah ada peluang jadi orang suruhan. Kena buat itu ini, tapi abah ikhlas membuatnya. Bukan sebab nak bodek boss2 atau apa. Sebab yg abah tahu, bila boss bagi kerja, I will deliver the best I could. Dan alhamdulillah, depa bagi credit juga pada abah, yang dah bertahun2 lamanya abah tak dengar dari boss.

Hingga bertemu lagi. Dan nanti nak cerita pasal kisah abah tertarik dengan satu mak nyah kat sana. Hahahaha, rahsia dulu utk masa ni, nanti baru leh citer. Boleh?