Tuesday, June 30, 2009

Cerita tentang diri sendiri...

1. Semalam, abah dan ummi bercuti. Pagi kami ke HSB kerana Muizz ada temujanji dengan doktor. Berjumpa dengan Dr Foo buat abah rasa lega sedikit, kerana kata Dr Foo, MRI baru2 ini tidak ada apa2 tanda yg perlu dibimbangkan. Semuanya nampak OK. Dan berdasarkan beberapa test fizikal yang dia buat bersama Muizz, semuanya nampak normal. Cumanya, nak kena tunggu keputusan EEG, kerana menurut Dr, EEG akan menentukan samada Muizz ada possibility untuk berlaku seizure lagi atau tidak. Bulan Ogos nanti kami perlu kesana sekali lagi. Harap2nya tidak ada apa2 lah dengan Muizz.

2. Petang semalam juga, kami bertiga ke 1-Utama untuk menonton Transformer: Revenge of the Fallen. Memang best. Puashati la tengok walaupun lama. Tapi ada juga part2 yg abah rasa tak berapa selesa tengok, tapi nak buat camana, memang itu satu agenda barat untuk melemahkan kita. Anda tonton, dan anda faham la apa maksud abah. Cerita kali ini pada abah lebih baik dari yang sebelum ini, dan harap2 akan ada la sequel Transformers ini nanti.


3. Azim dah masuk 16 bulan. Dan sesuatu yang agak mengujakan bila Azim dah mula boleh berjalan, walaupun masih belum betul2 kuat. Alhamdulillah. Abah risau juga sebenarnya bila perkembangan Azim agak sikit perlahan berbanding dengan Muizz. Dan bila dok baca artikel2 pasal perkembangan kanak2, depa kata kalau umur 18 bulan belum boleh berjalan, ada sikit masalah dengan anak itu. Dan bila Azim boleh berjalan sekarang ini, syukur sangat2. Syukur kerana anak abah masih dalam kategori normal perkembangannya. Itulah buah hati yg sekarang ini buat abah selalu nak balik awal kerumah bila dah habis waktu kerja. Seronok dapat layan dia. tapi dalam waktu sama bimbang juga, sebab kata Ummi, "Abah ni tak tegur pun baby dalam perut ni". Hahaha, memang betul. Abah ralit sgt dengan Azim, terlupa kadangkala yang baby dalam rahim ummi itupun perlu di'layan' juga sesekali. Aduhhh abah.

4. Sekadar nak berkongsi dengan anda pasal tempat makan. Kami ke Village Park Restaurant di Uptown Damansara 2 minggu lepas. Ummi yang ajak sebab kata Ummi, ramai kawan2 ofisnya yg sarankan tempat ini. Tempatnya agak crowded, tapi boleh la dapat tempat duduk. Kami makan nasi lemak, nasi putih dengan ikan masak asam, ayam goreng, dan kami pesan juga jus buah2an. Bila dah makan, barulah masuk akal kenapa ramai sgt orang kat situ. Memang sedap. Harganya boleh tahan la, tak murah dan tak mahal sangat. Berbaloi la dengan kesedapan makanannya. Anda cubalah, pastu bagitahu abah apa pendapat anda. Uikss abah, dah jadi blog JJCM pulak dah. Hahaha, bukan. Jangan risau, blog ni tetap blog pasal hidup dan kehidupan. Makan pun sebahagian dari elemen kehidupan kan?

Jumpa lagi nanti insyaAllah.

Friday, June 19, 2009

Cerita tentang bapa dan anak...

Salam sahabat,

Semalam, memandangkan kerja2 penting agak tidak banyak, abah habiskan masa (sorry boss) membaca Reader's Digest bulan Mei yg belum sempat abah habiskan tempohari. Terbaca satu artikel tentang bapa dan anak. Agak menarik kisahnya - Home Game: Reckoning Time. Ada sesuatu yang perlu dipelajari oleh ayah2 macam abah ni dari cerita itu.

...Seventy-six nights and I'd spent zero in the same room with him, unless you counted the night of his birth and the few times I stayed up until midnight to feed him a bottle of pumped breast milk before handing him over to his mother. Eating was another thing he'd done almost entirely without me, eight times a day, or more than 600 daddy-less meals in total. His diaper needed changing about as often as he ate, yet I'd done that seven times and remembered each event.

Dan semalam juga, sempat abah tonton video2 yang cukup menarik yang disarankan Ummi. Bukan sekadar terpegun dengan animasinya, tapi buat abah tersedar semula dengan kekuasaan Allah SWT. Jadi teruja abah melihatnya. Dan abah sarankan anda juga menontonnya di BabyCenter.com. Tak semestinya bapa dan bakal bapa saja yang tonton, anda yg sebahagian besarnya akan bergelar bapa dalam masa beberapa tahun akan datang ni (ehem, ehem), juga abah sarankan menonton animasi ini. Paling tidak untuk refresh rasa kekaguman dalam diri pada kekuasaan Allah SWT.

Thursday, June 18, 2009

Cerita tentang Mali's

Salam sahabat2 yg abah kasihi semuanya,

1. Ramai yang bertanya pasal Muizz dan MRInya. Alhamdulillah, abah dikelilingi oleh sahabat2 yang sangat mengambil berat. Terima kasih banyak2 atas doa dan keprihatinan sahabat semua. Pagi semalam MRI berjalan lancar, walaupun abah tersilap suruh Muizz brekfast dulu sebelum MRI. Sepatutnya tak boleh makan, sebab Dr takut dia muntah bila inject ubat tidur. Alhamdulillah juga sebab Muizz bagi kerjasama sepenuhnya. Tak perlu inject ubat tidur, alhamdulillah. MRI makan masa dalam 30 minit saja. Keputusan akan diketahui hujung bulan nanti waktu abah perlu bertemu dengan pakar. InsyaAllah abah akan update sahabat semua tentang itu.

2. 2 malam lepas, abah bawa seorang sahabat abah dari KK (yang kebetulan ada persidangan di KL) makan malam. Oleh kerana tak ada idea nak bawa dia ke mana, Ummi cadangkan abah bawa makan di Mali's Corner. Alhamdulillah, sampai juga kami ke sana, berbantukan Google Map. Makan, biasa2 saja pada abah. Tapi manusia memang ramai la kat situ. Agaknya sedap pada selera orang lain kot. Satu yg best, udang char kuew tiaw memang banyak dan besar2.

Sampai sini dulu, nanti sambung lagi insyaAllah. Anda jaga diri baik2, dan semoga kita semua akan tetap dalam rahmat Allah.

Tuesday, June 16, 2009

Cerita tentang Bacathon...

Salam sahabat, semoga semuanya sihat ceria hari ini.

Sekadar nak bercerita tentang diri dan kehidupan abah. Tidak ada apa yang menarik.

Pagi ni dapat sms dari seorang sahabat, "Wah, masuk Utusan la ko ari nih." Haha, nanti balik petang ni nak kena beli Utusan Malaysia la nampaknya, nak tgk gak apa berita yg keluar.

Esok, abah akan bercuti sebab nak bawak Muizz ke Hospital Sg Buloh untuk MRI. Abah dan Ummi sangat2 berharap semoga hasil MRI akan tunjukkan bahawa Muizz tidak ada apa2 yg perlu abah bimbangkan. Dan abah pun berharap anda doakan anak kami yg sorang itu. Anak yg kadang2 buat abah rasa sayang, geram, gelihati, dan macam2 lagi.

Malam tadi, dia bawak balik Kad Kutipan derma untuk program Bacathon sekolahnya. Program tu target untuk kumpul RM50K bagi tujuan mengisi tabung PIBG sekolah. Abah tak nak komen banyak la pasal tu, tapi abah cuma nak pandang dari sudut positif. Abah berharap semoga duit yang disumbangkan oleh orang ramai dengan hasil pencarian sehari2 mereka tu, akan digunakan sebaiknya oleh pihak sekolah, untuk membangunkan pelajar, bukan untuk program2 yg bukan2.

Terlanjur sebut pasal tu, abah pun buka peluang ni kalau2 sahabat2 semua ingin menyumbang pada program itu. Kalau sudi, dan kalau ada duit2 lebih. Tak banyak pun tak apa, janji ikhlas. Kalau sudi, boleh bank-in pada akaun bank abah via M2U atau CIMBClicks. Mesej atau emel abah untuk no akaun, ya?

Sampai situ dulu hari ni, kita jumpa lagi insyaAllah.

Friday, June 12, 2009

Cerita tentang suami...

Salam sahabat, semoga semuanya sihat ceria hari ni, walaupun abah tahu ada sahabat yg tak berapa ceria. Biasalah kan, hari2 dalam hidup kita takkan senantiasa hari2 kita cerah mempesona. Pelik la pulak kalau tiap2 hari dalam hidup adalah hari2 yang membahagiakan. Kaunselor dan Penceramah motivasi yg sentiasa nampak bahagia itupun belum tentu setiap hari dalam hidupnya dia tersenyum bahagia sokmo.

Sebut pasal kaunselor ni, dan kalau anda rajin baca Berita Harian (opsss, wah3x, dah makin pro BH lak abah ni), pastinya anda akan perasan kolum Kaunselor Anda. Abah kalau berkesempatan baca BH, mesti abah akan cari dan baca kolum ini. Bukan sebab seronok baca, tidak sangat. Tapi sebab abah nak tahu apa saranan2 kaunselor2 ini pada permasalahan yang dikemukakan, untuk dijadikan panduan dan ilmu dalam diri, insyaAllah.

Tapi...bukan itu yang abah nak mengepek hari ni. Yang abah nak mengepek adalah permasalahan yang dikemukakan oleh pembaca. Abah letak sedikit tajuk permasalahan yang pernah diutarakan dikolum itu kebelakangan ini.
Kalau anda lelaki, dan rasa tak sedap hati membaca, abah mintak maaf awal2. Bukan nak tuduh atau mengata kaum sendiri, tapi realitinya itulah yg berlaku. Abah tidak kata 100% masalah rumahtangga berpunca dari lelaki a.k.a suami, tapi abah fikir (dan abah rasa anda pun fikir yang sama), bahawa kebanyakan kes yang melibatkan keluarga dan rumahtangga adalah disebabkan oleh diri lelaki, suami, ketua keluarga. Banyak juga kes rumahtangga berpunca dari wanita, ibu, timbalan ketua keluarga, tapi abah tak nak usik dulu dari sudut itu. Sebabnya, abah nak sedarkan diri abah sendiri dulu, kerana abah ini lelaki, yang juga suami, dan ketua pada keluarga abah.

Masalah rumahtangga mungkin banyak jenis dan pesen, tapi abah rasa, akar pada permasalahan yg timbul dan ditimbulkan, adalah kerana kita tidak menghayati, memahami dan mengamalkan suruhan2 Allah dengan sebaiknya. Soal cinta, nafsu, duit - itu semua berpunca dari kegagalan kita sebagai ketua keluarga dalam menghidupkan diri kita dan keluarga kita dengan kehidupan yg Allah dah beritahu kaedahnya.

Abah faham kalau anda kata, kita bukan Nabi, kita juga bukan Rasul. Betul, abah dan anda adalah manusia biasa yang akan sentiasa buat silap dan dosa. Tapi abah fikir, kalau kita berusaha untuk hidup dijalan Allah, Allah pasti akan bantu mudahkan. Banyak benda yang kita sebagai suami ini perlu fikirkan, dan usahakan dalam membentuk keluarga kita menjadi keluarga bahagia. Bermula dengan diri kita sendiri sebagai ketua keluarga, banyak yg perlu diusahakan untuk menjadi ketua keluarga mukmin sejati. Cara hidup kita bagaimana, hati kita bagaimana, akhlak kita bagaimana? Isteri kita, bagaimana dia? Sudah berusahakah kita mendidik dia kejalan Allah? Anak2? Sudahkan kita berusaha sebaiknya mendidik mereka jadi anak2 soleh dan solehah2 seperti yg kita idam2kan selama ini?

Atau kita terlalu sibuk fikirkan kenapa isteri tak hormat kita, kenapa isteri tak nak layan kita, kenapa anak2 degil, kenapa itu, kenapa ini, tanpa bertindak dan berusaha apa2. Atau mungkin kita berusaha, untuk lari dari persoalan2 itu. Isteri tak best, kita alihkan perhatian pada wanita lain. Anak2 degil dan tak dengar cakap kita, kita cuma, "Lantaklah ko nak jadi apa. Tak larat dah ayah nak ajor ko."

Abah tak nak ngepek lebih banyak. Sekadar nak bagi sikit point untuk abah dan anda semua fikirkan. Tentang betapa kita sebagai ketua keluarga, masih banyak hak2 isteri dan anak2 yg kita tidak penuhi. Kita mungkin agak sibuk memikirkan kenapa isteri dan anak2 tidak memenuhi hak kita sebagai ketua keluarga sahaja.

Tapi abah juga yakin, anda semua adalah lelaki2 dan suami2 baik, yang senantiasa berusaha menjadikan keluarganya dan kehidupannya, sebagai sebuah keluarga yg bahagia dan hidup dalam kerahmatan Allah sentiasa.

Untuk yg bakal menjadi suami, pesan abah, "Perkahwinan dan pembentukan keluarga bukan sekadar cinta dan keduniaan semata2. Tanggungjawab anda besar, laksanakanlah ia dengan sebaiknya. Mudah2an dalam menjaga agama Allah, dan membentuk keluarga yg dicintai Allah, anda akan diberi kebahagiaan hidup yang tidak putus2, sebagai seorang suami dan ayah. Jangan takut untuk berkahwin. Perkahwinan itu sangat membahagiakan. Cuma kena sentiasa perbaiki diri dan tanggungan, berusaha sebaiknya memahami dan menghidupkan Islam dalam kehidupan anda sekeluarga."

Abah berhenti dulu. Nak kena siapkan beberapa kerja. Malam ini abah perlu memandu ke Kuala Terengganu pula, sebab ada kerja sikit disana sehingga Ahad. Anda doakan keselamatan perjalanan abah, kerana doa2 sahabat semua, adalah doa2 yg abah harapkan. Dan abah juga mendoakan supaya anda semua akan tetap dalam rahmat kasih sayang Allah SWT.

Wednesday, June 10, 2009

Cerita tentang 'rasa seronok'...

Malam tadi, abah dapat 1 sms dari seorang sahabat abah, kata dia, "Wah, ajak masuk paper la." Pelik la sikit sebab seingat abah, takde pulak ada mana2 wartawan suratkhabar dtg interview abah. Tapi sebab nak tahu juga, maka pagi ni abah semak arkib Berita Harian, maka terjumpalah artikel yang dimaksudkan itu -Ibu bapa perlu peka perisian.

Hehe, best juga dapat baca nama sendiri dalam suratkhabar ek! Sebelum ni tak pernah lagi nama dan kata2 abah dimasukkan dalam suratkhabar. Minta maaf, bukan abah nak bangga diri, tidak sama sekali. Cuma nak berkongsi rasa seronok dapat baca kata2 sendiri dalam akhbar. Itu saja.

Moga2 abah akan lebih rajin untuk mencari ilmu bermanfaat dan dikongsikan dengan orang ramai akan ilmu itu selepas ini, insyaAllah. Moga Allah permudahkan.

Itu sajalah kot untuk hari ini, sebab abah tengah cuti, dan tak berapa sihat sangat hari ni. InsyaAllah ada masanya nanti, abah mengepek lagi. :-)

Monday, June 08, 2009

Cerita tentang cuti...

Salam sahabat,

Lama abah menyepi. Hahaha, tau takpe. Bukan sengaja, tapi sebab bercuti lama, dan Internet brobang dikampung pun slow satu macam saja, maka blog inipun turut menyepi. Tapi tak boleh menyepi lama sangat, nanti sahabat2 semua akan lari. Ada ke?

Sekadar menceritakan tentang kisah peribadi.

1. Abah dan keluarga bercuti selama 1 minggu di Kelantan. Dah 6 bulan tak balik sana, rindu Ummi pada mek tak dapat ditahan lagi. Alhamdulillah, percutian kali ini agak terisi. Bukan terisi apa pun, perut abah yang terisi. Rasa dah makin maju sgt perut abah ke depan nih. Mahu tidak, kenduri merata tempat. Itupun tak semua dapat dipenuhi. Sampai ada satu hari tu, ada 3 kenduri pada hari yg sama, dan jarak antara ketiga2 kenduri tersebut cuma 100 meter sahaja. Nak buat macamana, ini memang musim nasi minyak.

2. Sempat 2 kali ke Kota Bharu. Makin sesak, dan makin membangun KB nih. Cuma satu je yang abah masih ralat. Tahap kebersihan bandar KB, agak menyedihkan. Bandaraya Islam, dan Islam sangat mementingkan kebersihan. Tapi di KB dan kawasan2 lain di Kelantan, nampak macam elemen kebersihan itu tidak berapa diambil berat. Abah tidak mengutuk, tidak. Sekadar meluahkan rasa, sebab sayang pada negeri ni, walaupun bukan negeri kelahiran abah. Orangnya baik2, dan come lote (opsssss!), tapi sayang, sampah merata2 tempat ada. Kadang naik kembang tekak melihatnya. Tapi waktu bersantap di Restoren Cikgu, kena lupakan seketika sampah merata2 ni, kalau tak, tak enjoy makan. :-)

3. Semalam abah bertolak balik ke Sungai Buloh. Ingatkan tak jem, rupanya trafik slow juga. Bukan slow sebab banyak sangat kereta atas jalan, tapi sebab ada banyak driver2 yang lembab a.k.a selfish. Kereta bersusun2 kat belakang dia, masih juga bawak kereta sambil control ayu (walaupun jauh daripada ayu). Sakit hati jugalah dibuatnya. Hasilnya, bertolak pukul 3 petang, sampai Sg.Buloh pukul 1 pagi.

4. Hari ni masih lagi bercuti, sebab ada banyak benda nak diuruskan. Esok masuk ofis, confirm banyak kerja menanti. Tapi takpe, nama lagi kerja, kan?

Abah tinggalkan anda disini dulu hari ini. Sebelum abah lari, nak berkongsi satu benda baik, sebab 4 benda kat atas tu takde yg boleh dijadikan panduan hidup. :-)

Sebelum tidur, lakukan empat perkara ini:
1. Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 kali.
2. Selawat untuk Nabi Muhammad SAW 3 kali.
3. Beristighfarlah 3 kali.
4. Bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir jugalah sebanyak 3 kali.