Kejap ni, sedang abah menikmati minum petang (uiks, sejak bila lak ada sesi minum petang nih?) di pejabat, abah baca satu emel, yang bertajuk "Bila hati sudah mati.". Baca punya baca, ingatkan tazkirah, rupanya kisah tentang bagaimana seorang isteri dimadukan dan disisihkan suami hinggakan meninggal pun suami tak jenguk. Malam itu si isteri nazak, malam itu jugalah si suami naik flight ke Perancis untuk berbulan madu dengan isteri muda.
Membaca emel itu, buat abah teringat kepada 2 cerita yang abah tonton diTV baru-baru ini. Cerita pertama, Ihsan tajuknya, disiarkan di TV3. Berkisah tentang si Tanggang moden. Cerita ke2 pula bertajuk Mencari Syurga yang disiarkan di Astro Prima. Kisah bagaimana hidup 3 wanita yang bermadu bila mana isteri paling muda cuba memporakperandakan rumahtangga 2 yang lain.
Apa kesamaan ketiga2 kisah ini? Tidak ada samanya dari segi kisah, tapi dari segi pengajaran, abah rasa banyak kesamaan.
Pertamanya, dalam hidup ini, jangan sesekali meninggi diri. Tak selamanya kita akan cantik, muda, kaya, bahagia, disayangi. Akan sampai ketika kita akan hilang semua itu.
Keduanya, orang tua, perlulah dihormati oleh yang muda. Apatah lagi jika yang tua itu, ibu bapa kandung sendiri. Amaran Allah dan pesanan Nabi juga sudah sekian banyak tentang perilaku kita pada ibu ayah.
Ketiganya, dalam berumahtangga, jangan sekali2 faktor cantik, muda, berharta, pandai dsbnya itu dijadikan asas perkahwinan. Yang cantik tidak mustahil akan hodoh suatu hari, yang muda pastinya akan berkedut juga kulitnya nanti. Begitu juga yang berharta dan pandai. Semua itu tak siapa berani jamin akan kekal lama. Letakkan agama paling atas sekali dalam membentuk rumahtangga. Supaya satu hari nanti, hati kita tidak akan terpaling dari pasangan, hanya kerana nawaitu kita sewaktu memilih dia adalah bukan kerana agamanya.
Balik pada ketiga2 kisah tadi, terlintas difikiran abah, "Masih wujudkah lagi manusia yang berperwatakan seburuk itu - menendang ibu kandung, memisahkan suami dgn isteri tua, membiarkan isteri menderita hingga ke akhir hayat? Kalau ikut pengalaman, susah nak percaya. Tapi kalau difikir sebetulnya, abah rasa masih ramai diluar sana yang berperwatakan sebegitu.
Semoga Allah jauhkan kita dari sifat2 sebegitu insyaAllah.
p/s: Ini wallpaper laptop abah yg terkini.