Wednesday, January 31, 2007

Cerita tentang sedih...

Sekarang ni waktu bekerja, tapi sebab nak mengepek juga, abah curi la sikit waktu kerja untuk mengepek kat blog nih. Bukan benda urgent sangat pun, tapi kalau tak tulis, lupa lak nanti, ya lah, dah tua, semua benda dah mudah lupa.

Hari Sabtu baru-baru ni, abah ke Zoo Negara. Kebetulan Ikhwan, anak saudara Mi[singkatan utk Ummi](dan abah juga) ada datang habiskan cuti pertengahan semester dia kat rumah. Kesian kat dia sebab tak pergi mana-mana pada weekdays, sebab kami kerja, jadi abah bawak la dia jalan-jalan ke Zoo Negara. Tapi bukan cerita Zoo yang abah nak mengepek.

Lepas penat ronda2 Zoo, kami ke Taman Melawati makan nasi ayam. Sambil-sambil makan, ada la seorang hamba Allah datang jual VCD. VCD yang dijual menarik juga, iaitu VCD yang bertajuk Jangan Bersedih atau La Tahzan ikut Bahasa Arab. Dan Dr. Badrul Amin yang sampaikan tajuk tu dalam bentuk tazkirah dan zikir. Tapi abah tak sempat nak tengok sepenuhnya lagi. InsyaAllah, cuti Hari Wilayah esok, abah akan cuba tengok sampai habis VCD tu.

Dr. Badrul Amin kata sebab manusia bersedih ada banyak, dan salah satu yang abah boleh tangkap ialah Manusia bersedih kerana kesilapan yang telah dibuat.

Kebetulan pula IKIM.fm pagi tadi, sentuh sikit tentang perkara yang sama, jadi abah nak le menulis tentang itu sikit pagi ni.

Memang betul pun, bila kita buat silap, atau buat dosa, kita selalunya akan rasa sedih bila teringatkan kesilapan atau dosa yang kita dah buat. Kalau dosa kecil tu mungkin tak sangat rasa sedihnya, tapi kalau dosa besar, abah rasa mana-mana orang yang masih rasa beriman pada Allah pasti akan rasa sedih.

Bersedih boleh, asalkan dengan bersedih itu, akan mampu mendorong kita berbuat sesuatu untuk membetulkan kesilapan, atau paling tidak memohon ampun atas dosa yang kita buat. Tapi kalau bersedih, dan terus bersedih tanpa ada apa-apa, abah rasa, baik tak payah. Buang air mata dan masa saja.

Itu kata Ustaz Dr. Badrul Amin, jangan bersedih atas dosa yang kita dah buat. Kerana manusia ini memang lumrahnya tidak akan lepas dari buat silap dan dosa. Tak ada manusia yang tak pernah buat silap dan dosa, hatta Nabi-nabi pun (Kalau abah salah bab ini, tolong perbetulkan ya kawan2). Kenapa kita tidak perlu bersedih setelah kita berbuat silap dan dosa? Kita tidak perlu sedih kerana, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Kalau betul kita silap, kita salah, kita berdosa, mohon ampun pada Allah. Mohon dengan iklas, berjanji tidak akan ulangi lagi, insyaAllah, dosa-dosa kita akan diampunkan Allah. Abah pernah dengar ada Ustaz kata, Allah sangat menyukai hambanya yang berbuat silap, dan kemudian memohon ampun atas kesilapan tersebut. Dan kegembiraan Allah itu, lebih besar dari kegembiraan orang yang kehilangan unta di padang pasir, dan kemudian berjumpa semula dgn unta yang hilang itu.

Jadi, kalau kita semua rasa sesal dan sedih atas kesilapan dan dosa yg kita dah buat, mohon ampunlah dgn Allah. Jangan bersedih lagi. Allah sangat mengasihi hambaNya yang mengasihiNya. Dan satu pesanan penting ustaz diIKIM.fm pagi tadi, sentiasalah jadikan istighfar itu satu amalan. Daripada melatah benda bukan2, apa kata jadikan istighfar itu latahan kita(ini abah kata, bukan ustaz kata). Dan jangan mulut saja istighfar, hati pun sekali. InsyaAllah.

Oklah, dah lama abah ambil masa bekerja. Abah undur diri dulu. Minggu depan abah akan sibuk dengan bengkel selama seminggu, mungkin tidak sempat nak update blog. The next week pulak, abah mungkin kena terbang ke Kota Kinabalu lagi, ada kerja sikit nak kena buat kat sana. Kalau nak tempah gelang kristal, boleh le? Hehehe.

Selamat bercuti hari wilayah untuk orang wilayah.

Tuesday, January 30, 2007

Cerita tentang syurga, dan hati...


Abah dapat grafik diatas dari laman web Irdy74. Dan abah letak disini untuk berkongsi dengan anda. Juga abah nak berkongsi satu lagu yang first time dengar pun abah dah suka. Sebuah lagu dari sinetron Mutiara Hati yang disisrkan di tv9. Menarik ceritanya, cuma abah tak tahu la boleh tengok atau tidak selalu cerita itu. Lagu ni biasa saja, tapi dengar lama2, boleh buat abah sayu hati.





Mutiara Hati - Novi (New Sakha)

Ku rindu kasih sayangmu
Kau pergi tinggalkanku
Masih lekat di hati ini
Kau bilang ku mutiara hati

Ku ingin berjumpa denganmu
Bonda telah menghadap ilahi
Biarkanlah hanya dalam mimpi
Untuk menghapus semua rinduku

Ya Allah berikanlah aku
Bonda yang berhati mulia
Sebagai ganti dia yang pergi
Untuk membimbing menuju redhaMu

Pancarkanlah cahayaMu pada jiwaku ini
Untuk dapat rahmat kurniaMu...

Petang semalam, abah call seorang sahabat, setelah mendapati ada missed call pada hp abah. Bersembang sekejap saja, tapi dalam sekejap itupun, abah rasa ada kesilapan berlaku. Sahabat itu pada hari sebelumnya sms abah minta abah tonton Halaqah di TV9. Dan semalam waktu ditelefon, abah maklumkan yg abah tak berkesempatan tonton Halaqah sebab Muizz dok tengok cerita kartun. Sahabat tadi kemudian kata pada abah, "kenapa tak ajak Muizz tonton Halaqah sekali. Ustaz Akil Hay kata, masa kanak-kanak lah waktu yang paling sesuai untuk terapkan nilai-nilai murni." Bukan nak menidakkan saranan itu, bukan, tapi memang waktu itu waktu Muizz tonton TV, sebab abah selalu janji selepas siap kerja sekolah, baru dia boleh tengok TV. Itu yg abah cuba sampaikan pada dia, tapi sahabat itu terus-terusan dengan saranannya. Dan untuk memendekkan perbualan, abah cuma cakap, "Tak apalah, abah tahu apa yg baik apa yang tidak untuk anak abah". Dan mungkin itulah kesilapan abah. Kadang-kadang bercakap tak fikir dulu apa kesannya. Telahan abah betul, sebab sms dari sahabat itu menyusul beberapa minit selepas abah bersembang di telefon dgn dia. Abah tak tahu apa yang dia fikir dgn perkataan2 abah, tapi abah harap dia tidak salah faham.

Monday, January 29, 2007

Cerita tentang adik...

Satu ketika yang tak berapa lama dulu, abah rajin jugalah mencari2 lagu-lagu lama kesukaan abah dalam Internet. Dalam mencari-cari tu terjumpalah satu lagu arwah Sudirman yang abah pernah suka dengar waktu kecik-kecik dulu. Abah letak je kat blog abah ni, nak kongsi ngan anda. Nak tujukan kat adik perempuan pun tak boleh, sebab adik perempuan abah dah berkeluarga, bukan sekolah lagi.




Pesan Abang

Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak gula
Pasti ramai kan tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil ambil periksa
Agar senang masa depan

Tumpukan Perhatian
Dengan Sepenuhnya
Serahkan selainnya
Kepada Yang Esa

Bila adik dah berjaya
Abang kan turut gembira
Tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa

Sekali adik terkandas
Bukan Untuk Selamanya
Dihati sematkan pesanan
Ingat Abang tetap sayang...


Bercakap tentang adik ni, semalam ada seorang kawan yang abah anggap macam adik sendiri, hantar sms pada abah, katanya, dia mintak maaf sebab lama tak contact abah. Dan kalau contact pun, waktu dia ada kesulitan hidup. Pada abah, tak contact tak bermakna sudah lupa. Dan itu yg abah bagitahu dia. Walaupun tak contact, tapi selagi ingatan dia pada abah ada, itu sudah memadai. Sekurang-kurangnya, disatu ketika nanti kalau berjumpa, dia masih tahu siapa abah. Dan sebab balasan sms abah itu jugalah, dan mungkin juga sebab masalah yg dia hadapi, 45 minit juga kami bersembang ditelefon pagi semalam. Kalau Din sempat baca blog abah ni, abah harap segalanya akan baik untuk Din. Hidup manusia tak akan lepas lari dari cabaran dan dugaan. Yang penting, hadapi cabaran itu, supaya kita kan boleh terus melangkah kearah destinasi hidup yang lebih baik, insyaAllah.

Thursday, January 25, 2007

Cerita tentang nilai diri...

Hari ni tak nak mengepek apa-apa, cuma nak kongsi sesuatu yang abah rasa perlu dikongsi. Abah terima emel dari kawan satu ketika dulu, dan abah nak kongsi dengan anda isi kandungannya. Ini dia...

Self Worth
[ Don't try to be what you are not. Be yourself. ]

Do not undermine your worth
By comparing yourself with others.
It is because we are different
That each of us is special.

Do not set your goals
By what other people deem important.
Only you know what is best for you.

Do not take for granted
The things closest to your heart.
Cling to them as you would your life.
For without them, life is meaningless.

Do not let your life slip through your fingers
By living in the past nor for the future.
By living your life one day at a time,
You live all the days of your life.

Do not give up
When you still have something to give.
Nothing is really over
Until the moment you stop trying.
It is a fragile thread
That binds us to each other.

Do not be afraid to encounter risks.
It is by taking chances
That we learn to be brave.

Do not shut love out of your life
By saying it is impossible to find.
The quickest way to receive love is to give love;
The fastest way to lose love is to hold it too tightly.

In addition,
The best way to keep love is to give it wings.
Do not dismiss your dreams.
To be without dreams is to be without hope,
To be without hope is to be without purpose.

Do not run through life
So fast that you forget not only where you have been
But also where you are going.
Life is not a race but a journey
To be savored each step of the way.

So smile.... and let the sun shine through.
For there's someone, somewhere, watching over you.

Tuesday, January 23, 2007

Cerita tentang akhbar...

Hari ni tak nak mengepek banyak-banyak, sebab kebelakangan ni, abah rasa abah dah terlebih mengepek. Tak tahu kenapa, sekarang ni macam senang je nak mengepek. Sindrom yang sama pernah abah hidapi sekitar tahun 2001 dahulu. Harap-harp tak lama la, sebab abah tak suka sebenarnya abah jadi kaki mengepek. Takut nanti Ummi panggil abah pak nenek lak nanti, haru.

Hari ni nak sentuh sikit tentang akhbar. Tentang bagaimana akhbar ni kadang-kadang paparkan berita yang tak berapa penting untuk dipaparkanpun. Contohnya semalam la, Berita Harian letak gambar Adibah Noor besar-besar kat muka depan. Hanya kerana Adibah Noor menang. Memang Adibah Noor menang, tapi realitinya bukan dia seorang saja yang menang, orang lain yang gubah lagu tu pun menang juga. Abah tak la nak pertikaikan yang itu, sebab hari ni dalam BH juga, dah ada orang pertikaikan BH ttg cerita kemenangan Adibah. Cuma abah fikir, boleh nak 'cover' cerita tu, tapi tak perlu la letak muka depan. Menang AJL tak ada apa sangat pun. Itu kata abah la kan, orang lain abah tak tahu.

Dan tadi waktu makan tengahari dengan Yun, terkeluar juga soalan yang abah dok tertanya-tanya tentang keperluan akhbar Mingguan Malaysia menyediakan ruangan Lelaki Pilihan(ke apa ntah namanya) dalam Pancaindera. Abah tanya Yun, dan abah dapat jawapan yang sama. Kalau anda peminat Mingguan Malaysia, pasti akan perasan satu kolum yang selalu tunjuk orang-orang lelaki dan kisah mereka. Abah tak nampak apa relevannya ruangan tu diadakan. Nak kata mereka itu orang-orang yang cemerlang dan boleh dijadikan contoh, tak juga. Sebab kalau ya mereka cemerlang, takdelah foto tak pakai baju yang dipaparkan. Kalau kolum Dicelah-celah Kehidupan itu, abah boleh faham apa sebab ianya diwujudkan. DCCK tu bagus untuk kongsi pengalaman hidup orang lain dgn pembaca, agar pembaca dapat mempelajari sesuatu dari pengalaman orang lain. Apapun, orang-orang di Utusan sajalah yang tahu apa sebabnya. Cuma abah je tak boleh nak fikir alasan logik ttg ruangan yang pada abah pelik itu.

Sebab itulah agaknya, abah lagi senang membaca akhbar percuma macam The Sun, yang abah fikir isi kandungan mereka lebih bagus untuk dibaca. Bercakap tentang The Sun ni, nak petik sikit kata Dr. Yap Sin Tian, Presiden Dong Zong. Katanya, angka graduan bumiputera menganggur yang tinggi iaitu hampir 94% berbanding 1.73% untuk graduan berbangsa Cina menunjukkan bahawa polisi kerajaan yang membantu hanya satu kaum sahaja gagal. Maksudnya, usaha kerajaan membantu kaum bumiputera dengan pelbagai skim, sebenarnya tidak berjaya, kerana dengan pelbagai bantuan pun, ramai yg menganggur. Mungkin betul juga apa yang dikata, walaupun faktor yg mendorong kepada pengangguran ini pelbagai lagi. Mungkin dengan bantuan yang diberi, kita tak perlu bekerja keras sangat. Dan sebab tak perlu bekerja keras itulah, bila tiba masa nak mintak kerja dan terpaksa bersaing dengan bangsa lain yang lebih bekerja keras, kita kalah. Mungkin. Abah tak kata ini saja alasannya, banyak lagi, tapi dari pandangan abah, ada betulnya juga alasan bantuan kerajaan ni jadi satu sebab.

P/S: Teringat-ingat kata-kata Kak Rubiah dalam CINTA - "Kadang-kadang orang yang paling kita sayang lah yang paling susah untuk disayangi."

Monday, January 22, 2007

Cerita tentang CINTA...

Cinta...
Cinta itu apa?
Ada orang tahu,
ada orang yang tak tahu,
ada yang buat-buat tak tahu,
lagi parah, tak tahu tapi buat-buat tahu.

Cinta itu sering buat kita
tercari-cari
tertanya-tanya
termimpi-mimpi
tertunggu-tunggu
terbayang-bayang...

Cinta itu bahagia
cinta itu juga derita

Cinta itu mengasyikkan
Cinta itu juga menyiksakan

Cinta itu perjuangan
Cinta itu juga pengorbanan

Cinta itu memiliki
Cinta itu juga melepaskan pergi

Cinta itu menerima
Cinta itu juga memberi

Cinta itu madu
Cinta itu jugalah racun

Cinta itu suka
Cinta itu jugalah benci

Cinta itu rindu
Cinta itu jugalah dendam

Cinta itu pengertian
Cinta itu jugalah salahtafsiran

Cinta itu ketawa
Cinta itu jugalah airmata

Cinta itu kebenaran
Cinta itu jugalah kepalsuan

Cinta itu syurga
Cinta itu jugalah neraka

Tidak kira apa pengertiannya
Cinta itu kemestian
Kerana itu doa dipohon
Dipohon moga diketemukan
Dipohon moga tidak kehilangan
Dan apapun ia dihati kita
Moga-moga cinta itu
Cinta yang diredhai olehNya.

Haha, apa yang pepagi Isnin ni dah merepek tentang cinta ni. Entah, abah pun tak tahu. Kat atas tu pun abah tak tahu nak panggil apa, sajak bukan, puisi pun tak, sementelah lagi seloka atau syair gurindam.

Bukan apa pun, petang semalam, lepas abah balik kerja, dan selepas menikmati mee kari dan lamb chop yang ummi masak, abah melepak la sekejap, sambil-sambil tengok cerita Cinta. Tak sekejap juga pun, boleh tahan lama juga melayan cerita jiwang itu.

So, apa komen abah? Cerita tu menarik pada abah, menarik kerana jalan ceritanya, menarik kerana lakonannya, menarik kerana sinematografinya (cewah, sejak bila lak pandai menilai bab2 sinematografi nih!). Tapi yang paling abah puji, jalan ceritanyalah. Ringkas, tapi digarap dengan cukup cantik. Banyak pengertian cinta yang diberi oleh cerita tu, dan sebahagian besarnya dah abah repekkan dalam kata-kata diatas tu.

Malam semalam juga sempat menonton AJL21 dan Tanah Kubur di Astro Ria. Sayangnya masa tayangan sama, jadi, abah main tukar-tukar saluran sajalah, sekejap AJL sekejap TK. AJL21 tak banyak kejutan jugalah. Bukan kejutan dari segi sapa menang, sapa kalah, tidak. Tapi kejutan dari segi persembahan dan tayangan percuma yang diadakan.

Artis2 wanita masih juga sibuk menayang dada masing2, yang sesetengahnya menampakkan lurah didada pun. Nak kata tak perasan, tak mungkin la kan, sebab baju tu dah dicuba berkali-kali. Artis lelaki pun sama juga. Dengan fesyen yang orang utan pun segan nak pakai, ditambah lagi dengan ucapan2 yang tidak membangun minda, kata hati abah, habis punah ranah semuanya. Ada juga yang menyanyi sambil selak kain tayang peha. Belum lagi dicampur dengan goyang gerudi artis Indonesia. Dan dalam AJL21 jugalah, Zahid mengalunkan kalimah suci Allah. Dalam itu jugalah satu ayat dari satu surah dibacakan pada penonton, Yasin dan Too Phat juga begitu asyik mengalunkan Alhamdulillah. Apa maknanya? Apa kesannya? Anda fikirkan dan nilaikan sendirilah.

Pada yang tahu menilai dan memilih apa yg baik dan apa yg tidak, alhamdulillah. Tapi pada jutaan lagi yang kurang bijak menilai dan memilih, harap2 mereka tidak terikut2 lagak-lagak yang bisa meruntuhkan itu.

Oklah, takleh nak merepek lagi, sambung lain kali, insyaAllah.

Friday, January 19, 2007

Cerita tentang sekolah...

Rabu malam hari tu, abah kebetulan menonton TV, dan pada masa tu TV3 sedang udarakan rancangan Sebalik Malam, dengan hos Juragan dan Puteri yang abah pun tak pasti kenapa perlu dipanggil juragan dan puteri. Tak kisahlah yang itu, sebab abah tertarik dengan kisah yang dibicarakan saja. Kisahnya tentang asrama. Dan ada 3 perkara yang dikaitkan dengan asrama iaitu gejala buli, histeria dan kelakuan sumbang.

Walaupun abah cuma duduk asrama waktu dah masuk matrikulasi, tapi dari cerita kawan2 abah, apa yang dipaparkan dalam Sebalik Malam itu memang betul. Memang jadi satu kebiasaan kes-kes buli berlaku disekolah. Dimatrikulasi tempat abah belajar dulupun ada kes-kes buli, cuma tidak la teruk sangat. Alhamdulillah, setakat abah di asrama, Allah pelihara abah dari mengalami keadaan dibuli.

Kes kena paksa basuh baju senior, kena pukul dengan senior, kena lecture berjam2 dengan senior, dan yang paling teruk, kes buli yang melibatkan perlakuan seksual. Tak ada satupun kes buli itu baik hasilnya. Semuanya buruk. Kalau ada yang baik pun, bila ada orang yang pernah kena buli, tidak akan lakukan perkara yg sama pada orang lain, sebab dia tahu apa rasanya bila dibuli. Tapi susah nak jumpa yg itu, yang selalu kita jumpa, kebanyakan yang membuli itu sebabnya adalah kerana dia pernah kena buli. Bermula mungkin untuk balas dendam sebab dia pernah kena, hinggalah pada, perbuatan buli itu datangkan satu rasa keseronokan pada dia. Ada kes sehingga meninggal pun ada. Nauzubillah.

Siapa yang tukang bulinya? Anak-anak dan adik2 kita. Siapa yang kena buli? Anak-anak dan adik2 kita juga. Kita tahu ke depa tu membuli dan dibuli? Ada yang tahu dan ada yang tak tahu, dan ada juga yang "ah, malaslah nak ambik tahu". Kalau kita tahu, alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita ambil berat tentang persekolahan dan kehidupan anak dan adik kita diasrama. Kalau kita tak tahu, abah sarankan rajin2 lah kita ambik tahu. Bak satu pengakuan dalam Sebalik Malam itu, "Saya selalu kena buli diasrama, tapi dengan keluarga, saya berpura2 yang kehidupan saya diasrama sangat baik dan saya gembira, sedangkan saya rasa macam sampah bila saya berada diasrama". Anak atau adik tak cerita bukan bermaksud tak ada masalah, cuma mungkin dia segan nak bercerita. Yalah, siapalah nak balik rumah cerita kat ayah atau ibu, yang dia kena liwat disekolah. Jarang sangat yang berani. Itu kalau dia yang kena, kalau dia yang mengenakan orang, jauh sekali la kan nak bercerita kat family.

Kenapa abah mengepek ttg ni pulak hari ni ya? Sebabnya satu saja: abah nak kita semua yang ada anak dan adik disekolah berasrama supaya lebih mengambil tahu akan keadaan depa disekolah dan asrama. Kalaulah kita tahu dia dibuli, ambil lah langkah2 yang patut, dan kalau kita tahu dia pembuli, ambil jugalah langkah2 yang patut. Jangan harapkan pada pihak sekolah dan warden asrama juga.

Kenapa penting untuk diambil tahu? Sebab apa yang terjadi hari ini, akan menghantui mereka juga sampai mereka dewasa. Ambil satu kes sajalah: kes liwat disekolah. Lazimnya berlaku disekolah berasrama lelaki. Kalau anda kebetulan kenal dengan orang yg pernah diliwat disekolah, cubalah tanya, samada dia dah lupakan peristiwa itu atau belum. Abah yakin 90% daripada mereka masih tetap ingat. Malahan ada yang trauma pun. Dan ramai juga dari mangsa-mangsa itu akhirnya bertukar menjadi orang yang sukakan hubungan sesama jenis. Kerana apa? Seks. Siapalah yang akan kata seks itu tidak menyeronokkan. Semua orang akan kata ia best. Maaf cakap.

Kali pertama diliwat disekolah, mungkin dia akan rasa sangat sedih, marah, geram, kecewa dan sebagainya. Tapi kalaulah peristiwa itu berulang kali berlaku, abah fikir, perasaan kecewa, marah, geram, sedih semua itu akan bertukar jadi satu keseronokan. Dan hasilnya, bermula dengan dipaksa, mereka akhirnya akan secara sukarela memperlakukan perkara yang sama. Paling malang, ia akan terbawa-bawa walaupun dah berbelas tahun tinggalkan alam persekolahan. Hatta dah kahwin pun masih belum boleh tinggalkan perkara itu.

Memang la orang akan kata, "Ler, dah besar, dah reti berpikir, buat apa nak buat benda tu lagi. Tak yah la buat". Cakap cam biasalah kan, memang senang. Tapi pada yang mengalaminya, abah tak rasa sesenang itu mereka boleh selesaikan masalah dalam diri mereka itu. Sebab itulah kita selalu baca dalam suratkhabar daripada mangsa-mangsa rogol yang menceritakan takutnya mereka bila bakal suami tahu yg mereka pernah dirogol. Sebab benda itu bawa trauma pada depa. Akan teringat2 sampai bila2. Cuma bezanya kes rogol ni, depa takkan rogol orang lain pulak sebab nak balas dendam.

Cukuplah dulu, meleret la pulak.

Ingatan abah untuk anda, dan diri abah juga. Kalau kita ada anak2 dan adik2 diasrama, ambil tahu la sikit apa yg berlaku, dan buatlah apa saja supaya kes2 yang kita tak ingini takkan terjadi. Yang penting didik mereka sebaiknya. Pihak sekolah pun, kena lebih rajin memantau dan mengambil tindakan. Skrg bukan zaman tutup mata dan telinga saja hanya semata2 sebab kes2 sebegitu tidak penting berbanding pencapaian akademik.

Oklah, abah ada meeting kejap lagi. Jumpa lagi minggu depan, insyaAllah.

Selamat berehat dihujung minggu nanti. Sebelum terlupa, Selamat Menyambut Tahun Baru 1428 Hijrah. Abah doakan moga tahun hijrah yang baru ini, kita semua akan lebih berjaya mendekatkan diri pada Allah, lebih tawadhuk dan lebih istiqamah dalam apa jua yang kita buat, moga Allah kan sentiasa memberkati hidup kita, moga juga kebahagiaan yang kita sering idamkan itu akan dihamparkan Allah pada diri kita, insyaAllah.


Send this eCard !

Thursday, January 18, 2007

Cerita tentang Come Primavera...

Hari ni tak nak mengepek apa-apa, walaupun hajat dihati tu nak mengepek tentang cerita dalam Di Sebalik Malam TV3 yang ditayangkan semalam, tapi nantilah dulu. Lain kali. Hari ni nak kongsi lagu baru kegemaran abah dulu. Jangan bimbang kalau tak faham liriknya, sebab abah pun tak faham juga. :-)



L´inverno sai finirá
e come é arrivato se ne andrá
e scioglierá il dolore
come la neve al sole

E le ferite che ai
lo sai guarirano prima o poi
dopo la notte l´aurora ancora verrá
si perché

Torna la vita piú serena
e rifiorisce come primavera
la vita grida a voce piena
dentro te

Ritroverai anche tu
la forza che ora non ai piú
e quella voglia di vivere
che ancor non c´Ã© tornerá

Torna la vita piú serena
e rifiorisce come primavera
la vita grida a voce piena
dentro te

Torna la vita piú serena
e rifiorisce come primavera
la vita grida a voce piena
dentro te

la vita grida a voce piena
dentro te

Come primavera

Wednesday, January 17, 2007

Cerita tentang didik dan hukum...

Bosan tengok TV tadi, abah tukar-tukar channel, alhamdulillah tertekan RTM1 yg jarang abah berminat nak tengok. Me’lekat’ jugalah abah sejam depan TV tengok rancangan Isu Semasa. Isu yg dibincang: Ulama dan kehidupan masa kini. Tetamu jemputan: Mufti Perlis. Sudah lama abah nak tengok Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan idea2nya, dan pandangannya. Alhamdulillah, abah puashati dengan penjelasan, tentang beberapa isu kontroversi – isu tangkap khalwat, isu perubahan pemikiran dan beberapa isu lain.

Disentuh juga, bab-bab penentangan dan kritikan yg diterima. Dan abah perasan pun dalam yahoogroups yang abah langgan, ada yang terang-terang menunjukkan penentangan pada Dr. Asri. Mulanya penentangan idea, tapi merebak kepada menentang Dr. Asri sebagai individu pulak. Abah pun tak faham la dengan sekelompok orang melayu islam kita itu.

Abah tak ada hubungan saudara pun dengan Dr. Asri, tapi idea-idea beliau adalah idea yang banyak betulnya. Abah bukan ustaz ataupun ahli agama yang boleh tafsirkan dengan mendalam apa yang Dr. Asri kata, tapi setakat ilmu agama yg ada sikit ini, abah fikir yang idea-idea Dr. Asri banyak yang kena difikirkan dan ditimbangkan serta dipraktikkan.

Ambil satu contoh, isu tangkap khalwat. Kata Dr. Asri, kenapa perlu tekankan pada tangkap khalwat, sedangkan kita tidak mendidik pun orang akan dosa zina. Kenapa perlu Islam itu dipakejkan sebagai agama yang menghukum, sedangkan Islam itu satu agama yang banyak mendidik. Tapi untuk yang menentang, macam-macam alasan yg diberi. Tak salah mengkritik, tapi kritikan orang kita ini, banyak kritikan yang meruntuhkan. Bukan sikit yg abah baca komen orang tentang Dr. Asri nak bawa fahaman itu dan ini di Malaysia, Dr. Asri jadi alat UMNO, Dr. Asri itu dan ini.

Abah akui abah kadangkala lurus bendul juga orangnya. Tapi abah pelik sangat2 bila orang2 kita ni terlebih prejudis pada banyak benda. Orang buat itu, dikatakan ada udang disebalik batu. Orang buat ini, dikatakan ada helah politik, dan macam-macam. Abah tak tahu kalau-kalau Dr. Asri itu ada agenda lain disebalik idea2 dan komen2nya, tapi kalau ada pun, abah tak pandang itu. Abah pandang pada apa yang dikata. Dan abah yakin, Dr. Asri ikhlas dalam apa yg diperjuangkannya.

Dah lama abah tertanya-tanya, kenapa kita diMalaysia ini, lebih pada nak mengamalkan Islam yang menghukum. Orang Islam kita sangat senang menghukum. Mendidiknya ada, tapi tak sehebat menghukum. Kita akan lebih sokong kalau orang yg buat dosa dihukum seberatnya, tapi kita tak akan kisah sangat dengan idea untuk mendidik orang supaya tak buat dosa.

Ambil sajalah kes pelacur2 dan penagih2 dadah yg ada diserata tempat. Apa yang kita buat? Menghina adalah perkara pertama yg selalu orang buat. Menangkap dan mendenda ialah perkara kedua. Jarang sangat kita mendengar orang mendidik dan menarik orang2 ini kembali ke jalan Allah. Dan yang pentingnya, kita tidak mendidik sebetulnya orang2 yg melanggan pelacur itu supaya kembali kejalan Allah juga.

Abah sangat meyokong idea2 yang menyarankan kita supaya mengambil pendekatan yang lebih penting dalam memastikan syiar islam itu akan terus kukuh.

Mengantuk la pulak, nantilah abah sambung. Ada lagi idea nak mengepek isu ini.

Sikit lagi nak cakap, hehe, abah teringin nak dengar Dr. Asri beri komen tentang kerajaan yang perlu melakukan sesuatu pada media TV dan radio diMalaysia ini. Sebab abah nampak, TV kita tidak banyak mendidik. TV kita hanya banyak menyimpangkan orang melayu dari Islam dengan mendekatkan kita ini pada kemodenan, kononnya. Kenapa anak-anak dara suka pakai seksi2, sebab TV mendidik mereka supaya seksi. Kenapa anak2 melayu sibuk nak masuk AF, Mentor, bintang itu ini?? Sebab TV kita galakkan. Tak cukup dengan TV luar yang menghampirkan kita dengan benda2 itu, TV tempatan kita pun turut sama berbuat demikian. Semua klasifikasi U, 18SX, dan macam2 jenis lagi itu sudah tak nampak mana relevannya, sebab anak didik Inul goyang gerudi pun dikelaskan sebagai U. Tak pelik la nanti, kalau ada anak2 kita seawal 4-5 tahun sudah pandai goyang gerudi.

- Abah,
14/1/07
Marco Polo Hotel Tawau

Tuesday, January 16, 2007

Cerita tentang KK, Sandakan dan Tawau...

Abah sedang tunggu flight ke KL. Sambil-sambil tunggu, abah lepak kat KFC di airport KK ni dan cuba nak mengepek sikit. Bukan mengepek apa pun, nak bercerita sikit tentang apa yg berlaku sepanjang 4 hari abah di Sandakan, KK dan Tawau.

Alhamdulillah semua OK. Sandakan hujan macam yang dilaporkan dalam akhbar dan berita. Abah sempat juga pekena Bakso yang memang dah lama abah rindu. Hehe. Terima kasih Su sebab belanja abah makan bakso. Abah juga sempat makan di Sim-sim. Cuma tak sempat nak pekena Soto Makasar. Takpe, insyaAllah ada masa lagi nanti, abah akan datang lagi dan pekena soto pulak. Cuma yang agak sedih sikit, abah sempat juga lihat tempat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang yang mengorbankan 2 orang pelajar sekolah di Sandakan hari tu. Banyak pun sebenarnya kejadian tanah runtuh di Sandakan semenjak hujan tidak berhenti-henti. Keadaan jalan pun agak banyak yang rosak dan berlubang-lubang.

Jadual agak ketat di Sandakan. Sampai disana pun dah petang. Perancangan nak ke rumah Irman terbantut, sebab hujan dan sebab dah lewat sangat. Tugasan pun sempat 80% saja abah laksanakan pada hari sabtu sebab nak 'kejar' flight ke Tawau. Tugasan yang selebihnya 20% tu abah serahkan pada rakan di Sandakan untuk diselesaikan.

Flight ke Tawau tak ada yang terus, jadi, abah terpaksa ke KK dulu. Memandangkan abah ada masa 5 jam untuk menunggu flight ke Tawau, abah call kawan abah di KK. Alhamdulillah, dia free sikit masa itu.Jadi, sempat jugalah pergi makan, dan ronda2 Pasar Filipina di KK. Kalau duduk lama sikit, mesti lagi seronok, sebab KK agak mengujakan abah. InsyaAllah ada rezeki nanti, abah nak bawak Ummi dan Muizz ke KK. Abah nak juga bawak depa ke Kinabalu.Moga2 Allah beri kelapangan dan kemurahan rezeki untuk kami ke KK nanti.

Flight ke Tawau delay hari tu, jadi, abah tiba lewat jugalah di sana. Sampai Tawau, abah daftar ke hotel, dan terus lena. Penat bah! Hari Ahad, abah ke pejabat disini utk laksanakan tugas abah. Alhamdulillah, pukul 3 dah siap apa yg perlu dibuat. Sempat abah jalan-jalan Bandar Tawau dengan kawan pejabat yang baru abah kenal.

Kalau nak tanya abah Tawau macamana, abah kata, OKlah. Bandar tak lah besar sangat. Tenang macam Sandakan juga. Yang paling menarik hati – Kepak Ayam Lelek. Mak aih…sedap hingga menjilat jari. Makanan lain tak sempat abah cuba lagi. InsyaAllah lain kali kalau datang abah akan cuba makanan yang lain. Hotel di Tawau pun OK, alhamdulillah. Satu yang best, hotel tu betul-betul bersebelahan dengan masjid. Dan abah perhatikan, orang Tawau ni bagus bila tiba waktu azan. Ramai yang bergegas kemasjid itu, walaupun ramai juga lagi yang asyik dgn urusan masing-masing. Tapi bagus lah. Orangnya pun ramah-ramah, tapi sebab abah ni jenis tidak berapa ramah, so, tak adalah nak bersembang banyak sangat.

Bercakap tentang Tawau, teringat pada rakan sebilik abah waktu abah mula-mula masuk matrik tahun 91 dahulu. Rakan sebilik abah itu senior matrik, dan orang Tawau. Bila terpandang papan arah ke Kuhara, teringat kat dia. Halimuddin namanya. Entah dimana dia sekarang. Teringin juga nak jumpa, sebab dah lama sungguh abah tak jumpa dia. Entah di semenanjung ataupun balik ke Sabah. Baik orangnya, dan abah tak boleh lupakan dia sebab dialah satu-satunya rakan sebilik abah yang hampir saban malam menangis disejadah. Dia menangis sambil berdoa pada Allah. Dan abah pun kadang turut sama bergenang air mata tiap kali dengar dia menangis selepas solat malam. Dan sebab itu juga, abah dulu rajin sikit buat apa yg dia buat, cuma lepas tamat belajar saja, abah jadi liat semula. Moga Allah kembalikan sikap yg baik itu pada abah. Apapun, abah doakan moga rakan abah ini akan senantiasa dalam rahmat Allah dan semoga hidup dia sebahagia yang diingininya.

Oklah dulu, nanti abah sambung lagi. Dah ada pengumuman suruh masuk sebab flight abah akan berlepas setengah jam lagi. Tak sabar nak jumpa Ummi dan Muizz. Rindu bah! Hehehe.

Salam dari KK,
Abah, 15 Jan 06, 5pm.

Thursday, January 11, 2007

Cerita tentang boleh II...

Minta maaf la pada rakan pembaca yang tersinggung dengan post abah semalam. Hehehe, abah pun pelik dengan apa yg abah tulis, tapi abah masih lagi maknakan apa yg abah tulis.

Bang long kata, tutup mata sajalah. Boleh bang long, memang sangat boleh untuk tutup mata, dan tutup mulut. Abah mengepek kat blog ni pun, sebab abah pun selalu tutup mata dan tutup mulut sebelum ini. Orang kita pun bukan tak biasa diajar tutup mata dan mulut. Kita selalu diajar benda itu. Nampak apa yang tak berapa betul, "Alah, diamkan ajelah, buat-buat tak nampak". Tak pun, "ler, biarlah dia. kita takyah bising-bising, tu kan hal kecik aje." Tapi yang bagusnya sekarang ini, kalau masuk tandas, mesti akan ada sticker atau nota yang kata, "Sila flush selepas guna". Zaman hari tu tak ada, sebab orang semua tutup mata dan tutup mulut saja bila masuk tandas yg tidak diflush oleh orang sebelumnya. Ada juga nota yang kata "Sila duduk, bukan bercangkung" dalam tandas duduk. Hahaha, kelakar juga bunyinya, tapi itulah kenyataan. Ada pernah jadi mangkuk tandas duduk di opis lama abah pecah, akibat ada orang yang gunakan seolah2 guna tandas cangkung. Pihak pentadbiran terpaksalah keluarkan memo dan notis, sebab benda dah pecah. Kalau setakat retak je tu, abah rasa, mereka pun akan tutup mata dan tutup mulut seperti yg bang long sarankan.

Tapi betul bang long, abah pun selalu tutup mulut. Bukan sebab tak sakit hati, sakit juga mata dan hati, tapi sebab abah rasa kita ini memang macam itu. Cuma sekarang ini, bila Muizz tanya, "Kenapa orang tu buat motor dia bunyi bising(macam yg mat rempit selalu buat)? atau bila dia tanya, "Kenapa orang tu hisap rokok?", atau beberapa soalan lagi, jawapan abah dan ummi ialah "Orang itu sakit otak. Ahmad jangan buat macam itu nanti, tak baik buat macam itu, Allah marah." So, sekarang ni bila dia tgk budak-budak rempit naik motor ataupun tgk orang hisap rokok, dia sendiri akan mengomen, "Sian orang tu sakit otak kan bah!".

Hana kata nak kena bagi masa untuk ubah mindset orang kita. Betul juga tu. Tapi rasanya dah banyak masa diberikan. Daripada pelajaran Ilmu Sivik diperkenalkan hinggalah pada Sivik & Kewarganegaraan, rasanya sama juga. Yang buat benda2 pelik itupun bukan orang tak sekolah, sekolah pun. Ada yang masuk U lagi. Tapi macam itu juga. Nak kata tak diajar, rasanya diajar, tapi tak tahulah kot-kot masa orang ajar, dia sibuk belajar benda lain.

Abah pun tak reti nak bagi saranan apa, cuma kalau kita ni mak ayah, pastikan anak2 kita dilatih dengan perkara-perkara itu. Kita orang Islam - Islam ajar kebersihan, Islam ajar kebaikan tingkah laku, Islam ajar erti tanggungjawab dalam bekerja, Islam ajar segalanya. Pastikan anak-anak kita itu terajar dengan benda-benda itu. Adab guna tandas, adab buang sampah, adab bercakap dengan orang, adab berpakaian. Supaya satu hari nanti, InsyaAllah anak kita tidak akan mengotorkan tandas, anak kita tidak akan buang sampah merata-rata, anak kita tidak akan buat kerja sambil lewa, anak kita tidak akan berpakaian yang tidak patut, etc.

Oklah, cukuplah mengepek bab ini. Abah nak siapkan kerja sikit. Jumpa lagi minggu depan, insyaAllah. Esok abah akan ke Sandakan, dan kemudian ke Tawau - atas urusan kerja. Doakan abah selamat dalam perjalanan.

P/S: Sebelum abah lupa, nak tunjukkan hasil kerja tangan Ummi untuk majlis p
ertunangan anak pengasuh Muizz baru-baru ni. Ummi minta komen, kot-kot boleh dia baiki lagi skill, insyaAllah.


Wednesday, January 10, 2007

Cerita tentang Malaysia BOLEH...

Petang semalam, waktu abah sedang isi minyak kereta, Muizz dok main2 ngan tingkap kereta, dan hasilnya, tingkap tu dah rosak. Aduihhhh, sabar la hati. Bersebabkan itu, (atau mungkin sebab lain yg Allah saja yang tahu), pagi ni abah terpaksa guna komuter ke tempat kerja. Dan komuter pulak buat hal hari ni, lewat dari jadualnya. Aduihhhhh.

Terlanjur cerita tentang komuter lewat ni, nak la mengepek sikit tentang pengalaman kakak abah berurusan di sebuah pejabat majlis daerah di kampung. Kakak abah pergi ke pejabat tanah sebab nak perbaharui lesen perniagaannya. Bila sampai ke pejabat, kata pegawai kat situ "Kerani tak ada, dia MC". Hari lain pulak kakak abah ni pergi, pegawai tu kata lagi, "Kerani cuti hari ni". Dan hasilnya, lesen tak boleh diperbaharui gara2 kerani tak ada. Kata abah, "Selamat Datang ke Malaysia". Bukan nak kondem apa, tetapi memang banyak sangat cerita tentang perkhidmatan pelanggan yang tak berapa baik yang disediakan diMalaysia. Macam kes kakak abah tadi la. Abah rasa la kan, kalau la takdirnya kerani tu meninggal dunia, habis la kelam kelibut pejabat tu, sebab tak ada orang nak buat kerja. Pegawai-pegawai cuma tahu 'punch in' dan 'punch out' saja, selebihnya bergebang kat opis, dan buat2 sibuk kalau orang besar turun.

Abah fikir, bukan soal perkhidmatan saja, banyak lagi yang perlu diperbaiki di Malaysia ni. Semalam baca luahan pembaca diakhbar berkaitan keadaan tandas2 awam di Malaysia. Kata abah, tandas2 awam dinegara kita ni bukan manusia yang guna, lembu yang guna, sebab itu jadi macam itu. Ada jugalah manusia yang guna, tapi beberapa kerat je. Selebihnya, lembu-lembu dan monyet2.

Kasarnya bahasa ek! Haha, maaf la, bukan sengaja nak kasar, tapi memang terpaksa kasar. Orang kita dinegara tercinta ini adalah punca kepada banyak benda yang tak kena. Abah tak nak la komen banyak tentang orang-orang diatas yang macam dewa-dewa saja lakunya tu, tapi nak komen orang2 yang dibawah, yang macam kita semua ni.

Kat Malaysia ni la rasanya negara yang boleh tengok macam-macam benda. Bak kata arwah Pak Said (ke apa namanya ntah) Macam-macam Ada.

Boleh tengok sampah melayang keluar dari kereta semasa memandu ataupun keluar dari rumah sapa-sapa ntah dirumah yg bertingkat-tingkat.
Boleh tengok sampah berulat2 sebab takde lori datang kutip.
Boleh tengok pelanggan menunggu berjam-jam sebab kaunter yg bukak cuma satu.
Boleh tengok tandas yang "nak melepas pun boleh hilang rasa nak melepas".
Boleh tengok orang berebut2 nak masuk komuter atau bas.
Boleh tengok orang bergaduh2 dalam yahoogroups.
Boleh tengok kereta potong Q masa jalan sesak.

Dan macam-macam lagilah yang boleh tengok.

Sebabnya, MALAYSIA BOLEH. Rakyatnya semua boleh buat, baik buat benda yang baik dan bermanfaat, hinggalah pada buat benda yang tak senonoh dan tak berfaedah. Belum lagi pergi pada buat benda yang menyusahkan orang lain. Orang Malaysia serba boleh. Patut la slogan itu yang asyik disebut-sebut.

Oklah, cukup la mengepek hari ni. Sambung esok pulak. Hehehe. Pada yang dok fikir samada abah tgh marah atau tidak skrg ini waktu menulis entry ini - jawapannya: Abah tak marah.

Tuesday, January 09, 2007

Cerita tentang banjir...

Semalam abah sempat tonton Buletin Utama setelah sekian lama abah tak dapat tonton berita TV. Kisah utamanya - banjir. Agak teruk juga kelihatan banjir dinegeri Kelantan. Di Trg abah nampak macam ok sikit. Harap-harap tidak akan ada berlaku kejadian yg tidak diingini, memandangkan banjir berlaku hampir saban tahun.

Tiap kali tengok dan baca berita tentang banjir, tiap kali itu jugalah abah akan teringat kisah-kisah dulu. Pengalaman dengan banjir juga lah antara perkara yang masih ada dalam kotak fikiran abah, dan alhamdulillah, ianya pengalaman manis. Masakan tidak manis, waktu itu abah masih budak. Bayangkan bangun tidur saja, abah nampak air mengalir dibawah rumah. Rumah abah rumah papan masa itu, masih boleh intai apa ada bawah rumah melalui celah-celah lantai papan. Dan abah juga sempat saksikan bagaimana air banjir perlahan-lahan mengalir kearah rumah abah, dan tidak sampai sejam pun, air dah mencecah setengah tiang rumah. Waktu itu, mandi air bah sajalah yang abah reti. Banjir juga bagi abah satu rahmat, kerana dengan banjir jugalah abah boleh menahan pukat hanya ditepi jalan. Dan untuk mendapat ikan-ikan tidak sesukar biasa.

Waktu itu juga jalanraya utama terpaksa ditutup, maka bersidaianlah kenderaaan yang tidak mampu nak kemana-mana. Dapat jugalah mak beranak-angkatkan 3-4 orang kakak-kakak maktab yang stranded kerana banjir.

Banjir juga pernah buat abah saksikan bagaimana sebuah rumah perlahan-lahan runtuh dan dihanyutkan air ke laut. Hanya tinggal bahagian dapur sahaja. Alhamdulillah, waktu itu, tiada kemalangan jiwa. Alhamdulillah, kebelakangan ini, kampung abah tidak dilanda banjir lagi. Setakat air naik sikit-sikit tu adalah. Walaupun rindu nak tengok banjir dikampung, tapi abah syukur, kerana tidak ada banjir. Rahmat bagi abah belum tentu lagi satu keseronokan pada orang lain.

Pada mangsa-mangsa banjir, abah harap mereka akan bersabar dan hadapi dengan tenang.

Entah bila agaknya, Muizz dapat alami pengalaman dengan banjir seperti yang abah alami. Susah agaknya dia nak lalui perkara sama, kerana dunia kami membesar sudah sangat jauh berbeza.

Hingga jumpa lagi...

P/S: Sejuk hati abah tengok rata-rata wanita diTrg dan Kelantan yang ditemuramah TV3 semalam, bertudung. Alhamdulillah. Dan rawan juga rasa hati, bila abah dikhabarkan tentang orang-orang yang pernah rapat dengan abah satu ketika dulu, kebanyakannya telah mula membuka tudung, atas alasan yang abah sendiri pun tidak pasti. Moga mereka semua akan masih terus diberi hidayah oleh Allah.

Friday, January 05, 2007

Cerita tentang korban...

Tuannya bercuti, blog pun menyepi. Hehe, tapi tak sepi juga pun, sebab ada juga kawan2 blog yang rajin singgah blog abah dan tinggalkan ucapan, pesan mahupun doa. Terima kasih atas tanda ingatan anda.

Nak kata lama bercuti tu idak la sangat, cuma nak mengepek tu macam tak ada apa nak diepekkan.

Hari Raya Korban abah dan keluarga sambut macam biasa juga. Kali ini diKelantan. Dan menurut Ummi, bermula 2007, hari raya haji cuma disatu lokasi sahaja, sebab cuti tak panjang.

Di Kelantan, raya korban cuma meriah dengan sesi korban. Alhamdulillah, Ummi dan abah dimurahkan rezeki untuk sama-sama berkorban lembu pada tahun ini. Dan tahun ini juga satu pengalaman baru bagi abah. Sebelum ni abah cuma banyak memerhati, sebab ramai orang yang terlibat. Tapi kali ini, orang yang terlibat tidak ramai, kerana ada banyak tempat korban dikampung. Abah pun terpaksa turut sama melapah lembu. Alhamdulillah, penat, tapi seronok. Sepanjang hayat abah, belum pernah abah buat kerja-kerja itu, alhamdulillah kali ini, Allah berikan abah peluang untuk berkorban dan turut sama membantu dalam proses penyembelihan dan pembahagian daging korban.

Tapi rasa seronok tu tak lama, sebab menjelang malam abah demam. Bukan demam sikit2, demam yang jarang2 abah jumpa. Nak kata sebab lapah lembu, tidak juga. Agaknya sebab berhujan kot. Tapi tak apalah, sakit itu mungkin untuk menyuci dosa2 kecil abah.

Sebelum balik ke KL, abah sempat pergi berurut dengan seorang pakcik dikampung. Mak mertua abah dan ummi yang sarankan. Alhamdulillah, abah sangat berpuashati dengan urutan yang diberi. Memang betul la kata orang, tukang2 urut diKelantan memang bagus-bagus. Bukan setakat urut sahaja, banyak ilmu dan petua yang dicurahkan pada abah, walaupun abah tidak minta. Tapi kebanyakannya petua orang lelaki la. Tapi tak salah pun abah ambil ilmu dan petua yang diajar, asalkan tidak menyalahi ajaran Allah.

Muizz pun dah mula bersekolah semula. Hari pertama dia ponteng, sebab kami masih dikampung. Semalam adalah hari pertama, dan dia nampak gembira kerana masih bersama dengan beberapa orang kawan sekelas dia yang dahulu. Dan sekarang ni makin banyak cakap la pulak. Penat juga rasanya nak melayan. Tapi tak apalah, memang budak umur macam itu akan suka bercakap. Cuma kalau abah rasa tak larat melayan tu, abah suruh juga dia berhenti sekejap bercakap. Kalau dirumah kurang la sikit dia bercakap, sebab ada TV, tapi kalau didalam kereta atau diluar, susah nak berhenti.

Oklah dulu, cukup takat ini. Abah nak ke masjid untuk Solat jumaat. Hingga jumpa lagi, insyaAllah.

Opss, sebelum terlupa, abah nak ucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2007 pada anda semua - Am, Muzem, PB, Irman, Bang Long, Kak Hajjah, Anim, Zamdee, Yun, Aarin, Hana, Niezam, Ustaz Muda, Aba-Muiz dan yang lain-lainnya. Abah doakan moga tahun ini, kita akan lebih diberi peluang untuk lakukan yang terbaik buat diri sendiri, keluarga, dan orang2 disekitar kita. Moga kita antara orang2 yang dipilih Allah untuk dilimpahkan kurnia dan rahmatnya senantiasa, insyaAllah.