Tuesday, February 28, 2006

Cerita tentang petrol dan Mawi...

Hari ni harga petrol naik lagi sebanyak 30 sen seliter. Alah, apa sangatlah 30 sen. Memang pun, tapi bila tengok tangki kereta sedut minyak sampai 50 liter, banyak tuhhhhh. Tapi komen banyak-banyak pun tak guna juga, sebab nak tak nak, abah kena juga isi tangki keta, kalau tak, tak berjalan la abah. Imagine RM15 bertambah untuk kos minyak bagi satu tangki, dan sebulan paling jimat pun kena isi 2 kali full tank. Aduihhhh, parah. Semalam kul 10pm, lepas dapat sms dari Abg. Dwan, abah singgah stesen minyak isikan Myvi abah full tank. Sampai rumah, abah check minyak keta Ummi, half tank. So, abah drive keta ummi ke stesen kat area rumah, dan isi full tank lagi. Ada satu pekerja stesen tu pun tanya, "kenapa ramai sgt orang isi minyak malam ni?". Rupanya dia tak tahu pun minyak nak naik harga. :-)

Dan hari Ahad hari tu, abah tengok Mawi menang besar. Alhamdulillah, murah rezeki dia. Tapi abah cakap juga ngan Ummi, jangan nanti jadi trend orang2 yang berpendidikan agama masuk Akademi Fantasia sebab nak jadi macam Mawi. Parah. Imagine adik2 sekolah pondok pakat2 pergi audition Akademi Fantasia ke, Malaysian Idol ke. Haru masyarakat. Cukuplah Mawi sorang. Kita dah terlebih ramai anak-anak melayu Islam yang dah lali dgn dunia glamour.

Dan tak ada apa nak dibanggakan dengan angka yang banyak itu. Tak sanggup dah rasanya nak tengok anak melayu Islam naik atas pentas ambil trofi sambil tayang peha yang tak berapa gebu itu, dan tak tahan juga nak tengok anak melayu islam yg lain pula pakai mekap mengalahkan pontianak busuk sundal malam. Nasib baik ada juga saki baki anak melayu islam yang ada dalam industri itu macam Rosyam Nor. Tapi 2-3% sajalah, yang 98% lagi tu, wallahua'lam. Bercakap tentang ini, teringat pesanan arwah S.Jibeng dalam Melodi satu ketika dulu. Pesan arwah, "Untuk ibubapa kat luar sana, kalau ada anak nak jadi artis, kalau boleh jangan bagi. Tak bagus jadi artis ni. Banyak buruknya jadi artis dari baiknya"(lebih kurang macam itu la bunyinya).

Oklah, takat itu saja epekan hari ni. Saja nak memenuhkan ruang blog, walaupun abah tahu ramai dah jengkel baca epekan abah. hehe.

Ini ada satu lagu dendangan Mawi yang abah suka. Seroja.



Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia oh saja
Sekadar saja

Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Janganlah engkau percaya dengan asmara

* Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari bersama oh adik memetik bunga

Ulang *

Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Thursday, February 23, 2006

Cerita tentang Sibu dan Bersamamu...

3 hari diSibu, banyak sungguh idea abah untuk mengepek dalam blog abah ni. Tapi bila balik sini, lupa terus apa nak ngepek. Tapi abah cerita sikit la pengalaman abah semasa diSibu.

Trip ke Sibu agak menarik. Bandarnya agak besar juga. Dan satu yang abah suka, Sibu penuh dengan burung layang-layang. Boleh panggil "City of Sparrows" agaknya. Abah tinggal di Hotel Tanah Mas yang so-so saja hotelnya.

Abah cuba juga nak berjalan2 sekitar bandar, tapi sebab abah sorang kot, so, tak la abah ronda-ronda sangat. Abah cuma pusing sekitar hotel saja. Tak berani nak makan di restoran, maka abah jadikan Sugar Bun sebagai tempat makan abah. Lunch, dinner - semuanya di Sugar Bun. Abah tak berani nak makan merata sebab abah tengok majoriti kedainya milik bukan Islam. Dan Sibu sendiri bukan bandar orang Melayu, sebab majoriti orang yg abah jumpa bukan Melayu. Masjid pun cuma satu je abah jumpa. Tapi church - merata-rata tempat ada, berlambak-lambak. Agaknya inilah peninggalan Raja Beruk (opsss, silap) Rajah Brooke yang paling ketara disana - Kristian.

Hari kedua abah kena travel ke Bintangor, sebab abah ada kerja di Maktab Perguruan Rajang. Masa perjalanan 2 jam, menaiki teksi. Sejam untuk menunggu feri untuk menyeberang sungai, dan sejam lagi untuk perjalanan dari Lanang ke Bintangor. Kami lalu kawasan kampung sekitar Meradong untuk sampai ke Bintangor. Rumah mereka semuanya tiang tinggi-tinggi. Dan hampir kesemua rumah ada ceper besar untuk terima siaran TV. Dalam banyak2 rumah tu, ada satu rumah je yang ada Astro. Sekolah rendah agak banyak juga abah jumpa sepanjang perjalanan, tetapi cuma nampak papan tandanya saja, sebab sekolahnya jauh kedalam lagi. Bila tengok keadaan ini, fahamlah abah kenapa ada cikgu2 yang keberatan untuk dipost ke pedalaman Sabah Sarawak ni. Tabik abah pada yang sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa.

Dan apa yang abah amati, life is hard for most people dikawasan pedalaman ini. Dibandar Sibu tak ketara sangat, tapi dikampung2 yang abah lalu, abah tahu mereka bukan hidup senang.

Hari ketiga, abah ronda2 sekitar Pasar, cari2 benda nak bawak balik. Terjumpalah buah Dabai. Beli dalam sekilo. Dan yang paling best, jumpa udang galah besar2. Habis la dalam 4-5 kilo beli udang galah, hehe, sebab abah memang gila makan udang. Nanti bulan 6 nak gi Sandakan makan udang puas2. :-)

Itu sajalah kot cerita tentang Sibu. Dan sebelum lupa, Sibu bersih bandarnya, abah tak nampak banyak sampah, berbeza dengan sekitar Lembah Kelang, sampah hampir dimana2 ada.

Dan masa dalam flight balik ke KL semalam, abah tertarik dengan seorang pramugara. Dia kata kat abah, "Selamat pagi Tuan, kami ada nasi lemak dgn sambal udang. Atau kamu mahu telur mata dan kentang?". Abah pandang dia balik, abah kata "Kamu?" hehehe, tapi abah senyum saja la. Abah tak kisah pun sebenarnya, cuma rasa pelik sikit la pramugara bahasakan passenger kamu. Orang depan abah dia bahasakan Abang. Mungkin dia nak mesra atau mungkin baru kerja kot! Itu belum lagi dengar arahan ketua pramugara yang bagi arahan macam cikgu tadika baca buku cerita untuk budak2. Hmmmm, teruk betul abah ni, semua nak komen. Bukan nak komen sangat, cuma wonder, ini ke yang orang kata "World's Best Cabin Crew".

Masa duduk Sibu juga, abah sempat tonton rancangan Bersamamu TV3. Dan ini antara episod yang buat abah mengalir air mata. Hahahaha, sungguh, abah tak tipu. Abah sebak betul tengok kes yang dipaparkan. Abah boleh rasa apa yang abang dalam cerita tu rasa bila dapat panggilan yang anak kesayangan telah meninggal dunia. Abah dulupun masa azankan dan qamatkan Muizz dalam inkubator masa lahir, pun tak dapat tahan sebak, ini lagilah, anak meninggal.

Tapi abah syukur, sebab abah nampak mereka itu tabah. Tabah diuji Allah, walaupun berat. Dan sepanjang abah tonton banyak episod Bersamamu ini, abah dah tengok banyak kes orang-orang susah yang tak lupakan Allah. Solat berjemaah, anak2 diajar mengaji, kasih sayang anak beranak jelas terpancar - disebalik segala kesusahan yang menimpa.

Ini agak berbeza dengan kita yang agak senang ini. Mungkin sebab senang la kita terkadang lupa dengan Allah. Nak berjemaah pun jarang2 sekali, sebab terlalu sibuk dengan kerja. Nak ajar anak mengaji pun susah, sebab masa dah terluang dengan akhbar dan TV. Abah tak kata orang lain, abah kata diri abah sendiri. Dan rancangan dan kesusahan hidup orang ni sedikit sebanyak berjaya sedarkan abah juga akan kealpaan dan kelalaian abah selama ini.

Moga2 Allah akan permudahkan hidup mereka yang sukar itu, dan juga menjaga diri abah dari lalai lagi.

Hingga jumpa lagi esok, insyaAllah.

Friday, February 17, 2006

Cerita tentang Mama...

Hari ni takde apa nak dingepekkan, cuma nak letak satu lagu yang abah dok asyik dengar lately nih. Melodinya best, liriknya bagus, dan nyanyiannya pun OK. Hari Senin nanti abah akan ke Sibu. Ada kerja sikit kat sana. Itupun last minute ditugaskan. Seronok ada, risau pun ada. Seronok sebab abah tak pernah sampai Sibu, risau sebab depa kata makanan kat situ susah nak jumpa yg halal. Tapi tatau la kan. Cuma kesian la kat Ummi sebab kena hantar abah ke KLIA seawal jam 5.30 pagi, sebab flight abah pagi.

Oklah, ini lagu yang abah nak share ngan anda. Selamat berhujung minggu.

Mama - Il Divo



Mama, thank you for who I am
Thank you for all the things I'm not
Forgive me for the words unsaid
For the times I forgot

Mama remember all my life
You showed me love, you sacrificed
Think of those young and early days
How I've changed along the way [along the way]

And I know you believed
And I know you had dreams
And I'm sorry it took all this time to see
That I am where I am because of your truth
And I miss you, yeah I miss you

Mama forgive the times you cried
Forgive me for not making right
All of the storms I may have caused
And I've been wrong, Dry your eyes [dry your eyes]

Cause I know you believed
And I know you had dreams
And I'm sorry it took all this time to see
That I am where I am because of your truth
And I miss you, yeah I miss you

Mama I hope this makes you smile
I hope you're happy with my life
At peace with every choice I made
How I've changed along the way [along the way]

Cause I know you believed in all of my dreams
And I owe it all to you, Mama

Thursday, February 16, 2006

Cerita tentang kita dan iman kita...

Semalam abah tonton cerita pertama musim terbaru CSI. Kisahnya macam biasa la, cerita penyiasatan. Cuma yang buat abah nak komen ialah tentang tentang kematian seorang lelaki(suami orang) dan seorang perempuan(bukan isterinya) yang dirempuh kereta yang terbabas ketika mereka sedang ...(faham2 lah). Tengok keadaan macam itu, buat abah terfikir sekejap. Kita manusia yang suka buat dosa ni tak pernah terlintas ke yang mungkin nyawa kita dicabut sedang kita buat dosa? Abah selalu juga terfikir macam itu. Tak tahulah orang lain.

Imagine kita mati dalam keadaan tgh berzina, mati dalam keadaan botol arak ditangan, mati dalam keadaan terkejut sebab menang Nombor ekor. Nauzubillah. Moga2 Allah jahkan kita dari keadaan macam itu.

Dan semalam terbaca satu emel dari Anim tentang kemestian kita sebagai umat Islam untuk membantu menyampaikan Islam pada orang bukan Islam. Abah cukup setuju dengan apa yang ditulis, tapi abah fikir, ramai antara kita yang masih belum ada kekuatan untuk berbuat macam itu. Moga-moga Allah beri kita kekuatan untuk berbuat macam itu. Dan dalam masa yg sama juga, abah naik bimbang tengok orang Islam kita. Sebabnya, Ummi ada cerita 2,3 hari lepas tentang kisah seorang saudara baru yang telah kembali kepada agama asalnya. Alasannya tidak diketahui, tapi abah rasa, ia mungkin berpunca dari kita juga. Kita kata Islam ini agama suci, Islam is the way of life. Dan ini buat orang bukan Islam berminat mendekati Islam. Tapi dalam masa itu juga, kita tunjukkan perlakuan2 yang bertentangan dengan apa yang kita kata dan percaya.

Siapa nak menjawab bila dalam Islam kata arak itu haram, tapi orang Islam juga yang togok kencing syaitan itu. Islam kata aurat itu perlu ditutup, tapi orang Islam juga yang buka aurat sebebas-bebasnya. Islam kata solat mesti 5 waktu, tapi orang Islam juga yang selalu lupa solat, dan mungkin tak pernah sujud disejadah pun. Salah siapa kalau orang bukan Islam kata orang Islam tak boleh jadi contoh? Salah siapa kalau saudara baru balik ke agama asal? Salah kita.

Sepatutnya dalam dunia hari ini, kita sudah berada pada tahap memperkaya dan memperkasakan umat Islam. Tapi tidak, kita masih jauh lagi untuk ketahap itu. Kerana apa? Kerana kita masih lagi bergelumang dengan usaha2 untuk memperbetulkan perlakuan2 pelik umat Islam sendiri. Masih banyak perlu dilakukan untuk mengubati penyakit2 umat Islam yang makin menjadi-jadi sekarang ini. Isu memperkasakan umat Islam entah bila akan boleh kita fokus kepadanya betul2.

Entahlah, bercakap ttg ini, macam takde penghujungnya. Tapi kita kena berbuat sesuatu. Mufti Perak kesayangan abah, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sekarang ini sudah ada hampir 100 ribu orang Islam diMalaysia yang murtad. Dan ramai lagi dalam proses untuk murtad secara rasmi. Mubaligh Kristian makin galak mendekati anak2 muda Islam bermasalah dan menarik mereka ke Kristian. Tapi kita? Kita cuma tahu menggeleng kepala, tahu menunding jari, tahu menghina pada saudara-saudara seagama kita sendiri yang telah buat silap.

Ya Allah, lemahnya iman kami ini ya Allah. Ampunkanlah dosa2 kami Ya Allah. Kuatkanlah hati dan iman kami. Berikan kami kekuatan untuk membetulkan kesilapan2 kami ya Allah.

Dan baca The Sun hari ni buat abah termenung sekejap. Dilaporkan sekian banyak kemudaratan yang menimpa golongan yg amalkan seks sejenis. AIDS, herpes dan sebagainya, tapi, perlakuan itu makin berleluasa nampaknya.

Kalau anda semua rajin dan ada masa lapang, cuba lawat Utusan Online, dan cuba search archive. Gunakan tajuk "gay". Dan anda bacalah apa yang dilaporkan dan ditulis. Kalau anda setakat "Oh, kisahnya" saja, percayalah yang abah antara orang yang cukup sedih dengan response anda itu.

Kalau rencana-rencana yang ditulis itu tidak cukup untuk buat anda rasa untuk melakukan sesuatu, rajin2lah guna enjin carian seperti Google, Yahoo atau yang lain-lain. Gunakan keyword "ittew".

Bacalah...dan anda buka mata, buka hati, tanya iman. Inikah yang kita hendak????

Wednesday, February 15, 2006

Cerita tentang Valentine...

Abah ada terima beberapa emel dari rakan2 yang berceritakan tentang Hari Valentine. Hampir kesemua emel tersebut menentang sambutan hari Valentine. Abah tak nak komen la bab history atau tujuan hari valentine diadakan, cuma pada abah la, kalau betul nak celebrate kasih sayang, tak kisah bila nak celebrate pun, 14 Februari ke, 11 September ke, 31 Ogos ke, celebrate sajalah. Tak perlu nak celebrate kasih sayang antara suami isteri(bukan pakwe makwe ya!) masa Hari Valentine sahaja.

Dan alhamdulillah, setakat hari ni, abah belum lagi berjumpa dengan kawan2 yang begitu bersungguh2 nak sambut Valentine. Takde jumpa lagi rakan2 yg begitu sibuk nak beli bunga dan hadiah2 untuk isteri sebab Valentine. Mungkin anda pernah jumpa, tapi abah rasa budaya valentine kat Malaysia ni masih pada tahap "Hanya orang2 tertentu saja yg celebrate". Cuma abah jadi bimbang sebab TV-TV kat Malaysia ni makin galak dok promote Valentine tu sebagai hari kasih sayang. Kasih sayang suami isteri tak apa juga, ini banyak cerita untuk musim valentine ni cerita kasih sayang dua manusia yg bukan muhrim. Bukan apa, takut anak2 melayu islam kita yang malas nak gunakan akal dan asyik tunduk pada nafsu ni, akan jadikan Valentine itu satu hari menunjukkan tanda cinta(yang anda pun tahu apa maksud abah). Haru!!!

Monday, February 13, 2006

Cerita tentang potong Q, Adibah dan artis...

Pagi tadi abah tak tahu kenapa trafik agak sesak di Sungai Buloh. Bila abah keluar je dari tol Sungai Buloh, kereta dah sesak, dan bila abah nak menyusur masuk ke lane highway, tak ada sorang pun nak bagi abah masuk. Kereta belakang pun dah hon. So, abah pun terpaksa la drive kat lorong kecemasan a.k.a potong Q. Haha, seronok juga rupanya potong Q ni ya. Yalah, kereta kat lane sebelah tak bergerak, yang kita ni laju je meluncur. Kalau abah tahu macam ini la seronoknya, dah lama abah amalkan potong Q ni. Nanti lain kali nak potong Q jugak la. Hahaha. Taklah, abah cakap saja. Abah takkan buat kalau tak terpaksa macam tadi. Dan abah fikir, abah kena naik komuter la sekarang ni untuk ke ofis. Kesesakan jalan dah pada tahap yang luar dari biasa. Naik lenguh juga kaki main clutch.

Hari Jumaat lepas, abah ke dinner syarikat abah bekerja. Memandangkan jadi usherer, kena la abah datang awal. Ingatkan awal la kena bertugasnya, rupanya, pukul 7 lebih baru start bertugas walaupun ikut plan asal pukul 6. Sebabnya, tetamu semua sampai lewat sebab jem teruk.

Makanan D'Saji spt selalu la kan, sedap. Show pun OK, sebab Adibah Noor was very entertaining. Dia ada nyanyikan satu lagu, Ikan dilaut asam didarat. Sedap juga lagunya. Kat sini abah letak lagu tu, kot2 anda nak dengar. Liriknya sekali.

Dan semalam, waktu abah bertugas di UKM, terbaca la satu paper tentang 2 artis mabuk berang dengan wartawan. Abah tak tahulah siapa, sebab wartawan tak tulis namanya. Dan abah pelik juga, kenapa tak tulis. Apa privilige yang artis ada hinggakan kalau buat salah pun wartawan tak berani nak tulis nama kat akhbar. Tulis sajalah, baru peminat2 dia tahu "Ohhh, artis kesayanganku mabuk di kelab malam". Dan kalau minat juga, tak tahulah abah kan apa sudahnya.

Kebetulan masa tengah baca tu, ada seorang senior staff cakap ngan abah, katanya "Jak, don't be surprised with these kind of news. itu memang dah lifestyle artis. Arak, disko, dadah - itu semua gaya hidup majoriti artis kita". Betul atau tidak, wallahua'lam. Tapi abah rasa betul. Sedih jugalah abah, sebab makcik pakcik, adik adik, kakak kakak bukan main minat dengan artis ini dan itu. Siap hantar surat, tampal poster kat bilik, time artis tu dtg buat show, sanggup bersesak2 sampai pengsan. Sebabnya - minat sangat. Padahal artis-artis yg diminat ni la yang hidup macam tak ingat mati. Arak dah macam air mineral. Disko tu lebih dia kenal dari surau dan masjid. Pakaian pun kalau boleh, nak pakai bra dan panties sahaja(maaf cakap la). Takut juga nanti bila gaya hidup artis2 pujaan ni dah menular jadi gaya hidup peminat2 pulak. Tak ke haru dunia.

Ok, stop dulu. Kang banyak lak cerita tak elok yang keluar.

Enjoy Adibah's song!



Kalau menyanyi perlahan-lahan
Di bawa angin terdengar jauh
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Di bawa angin terdengar jauh

Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh

Bunga melati di dalam taman
Daun yang hijau banyak yang gugur
Bunga melati di dalam taman
Daun yang hijau banyak yang gugur

Kalau turut makrifat iman
Tidakkan air mungkin bercantum
Kalau turut makrifat iman
Tidakkan air mungkin bercantum

Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Ikan di laut asam di darat
Dalam periuk bikin mufakat
Dalam periuk bikin mufakat

Mufakat…



Thursday, February 09, 2006

Cerita tentang kata...

Abah tengah nak cuba feature yang ditawarkan oleh Castpost.


Hazami - Kata

Katakanlah dengarkanlah percayalah
Kata...

Katakanlah dengarkanlah percayalah
Katakanlah Katakanlah Katakanlah

Katakan kau cinta padaku
Kan ku serah segalanya
Ku pasti kita bahagia
Tiada lagi keraguan

Cintaku takkan persia
Walau ribut getir melanda
Bukan paksa atau mainan
Usah bimbang lafazkanlah

Ke mana saja ku lari
Wajahmu selalu di hati
Suaramu menghibur kalbu
Ku terlena sejenak merindu

Katakanlah dengarkanlah percayalah
(Sampai bila harus aku menunggu)
Ucapkan sayang cinta padaku setulus hati murnimu

Katakanlah dengarkanlah percayalah sesungguhnya
Ku serahkan jiwa ragaku hanyalah untukmu

Katakanlah dengarkanlah percayalah
Daku dambakan senyum manismu tawa mesramu lirikan manja


Katakan kau cinta padaku

Kan ku serah segalanya
Bukan paksaan atau mainan
Usah bimbang lafazkanlah

P/S: Abah suka rentak lagu ni, walaupun liriknya pada abah 'ntahhapahapa'. :-)

Cerita tentang penghinaan...

Minta maaf banyak-banyak. Abah tak terfikir ada yg perasan yang abah dah lama tak update blog. Thanks Anim. Kurang2nya mesej Anim buat abah rasa, "Oh, ada juga ke yang rindukan blog abah. hehe". Takdelah Nim, abah gurau saja. Sibuk sikit lately ni. Tak sempat nak update blog walaupun banyak benda dalam minda ni yang nak dikongsi.

Benda pertama nak komen, ttg isu karikatur. Abah mulanya terkejut, dan rasa marah juga. Tapi semalam barulah abah dapat tengok betul2 macamana bentuk karikaturnya. Allah, rasa macam meruap2 rasa nak marah pada org yang melukisnya. Perkara pertama yg terlintas difikiran abah,"Moga Allah laknati dan beri pembalasan yang secukup2nya pada manusia2 hina ini". Dan abah jadi sedih sebab abah ingatkan Denmark saja yg kurang ajar macam ini, rupanya, orang diMalaysia pun sama. Nauzubillah. Abah tak tahulah samada mereka di Sarawak Tribune itu bangang(maaf cakap!) atau mereka memang sengaja nak mencetuskan api kemarahan umat Islam Malaysia. Kalau nak kata itu silap, abah rasa, itulah kesilapan paling bodoh dan kurang ajar yang akhbar boleh buat. Entahlah, tak tahulah abah apa tindakan kerajaan, tapi abah fikir, itu kesilapan yang tidak boleh diperbetulkan sekadar mohon maaf dan letak jawatan. Mereka mesti berbuat sesuatu.

Abah rasa anda semua pun mesti ada rasa marah tentang isu ini, tapi dalam pada kita marah itu, marilah kita sama2 sedar dan insaf. Inilah masa kita bangkit. Islam dihina disana sini, umat Islam ditindas dimerata tempat. Dan kita diMalaysia, masih sibuk dgn Anugerah Bintang itu dan ini, masih sibuk dengan 'lawatan sambil belajar yg perabihkan duit rakyat' itu dan ini. Inilah masa untuk kita bangun, kita hayati sesungguhnya ajaran Islam ini, yang menyuruh kita majukan diri, lengkapkan diri, hebatkan diri. Bukan hebat dgn hantar SMS bertalu2 untuk undi Mawi, bukan hebat dengan buat lawatan ke Capetown untuk melawat tandas. Tapi hebat yang boleh membolehkan orang hormat pada kita, hebat supaya orang tak boleh tindas dan hina kita.

Dan semalam The Star, yang memetik China Press, cerita tentang kes gugur kandungan. Katanya, makin meningkat sekarang ini. Dan sebahagian besarnya, kes pengguguran wanita yang belum berumahtangga, yang majoritinya pelajar IPT. Macam mana la kita nak hebat, kalau anak2 dara dan teruna kita di IPT itu sekadar hebat dengan dunia cintanya, hingga boleh gugurkan anak. Sesak nafas dibuatnya sikap manusia diMalaysia kita ini sekarang ini. Abah pun tak tahu, abah cuma tahu mengepek. Bukan mengepek suka-suka, tapi mengepek untuk ajak org terfikir sama ttg apa yg abah nampak dan fikir. Paling tidak pun, kita sama2 boleh betulkan diri kita sendiri, andai kesilapan itu ada pada diri kita. Dan bila kita dah betul, kita sama2 bantu betulkan diri orang2 yang dekat dengan kita, insyaAllah.

Muizz sekarang ni nampak makin manja sikit. Semalam dia mengadu sakit mulut. Memang pun, minggu lepas dia ada ulser dalam mulut. Tapi dah nak sembuh. Dua malam ni dia mengadu sakit. Abah pun bawak la ke klinik, sebab dia kata nak pergi klinik. Dan bila pergi klinik, doktor pun tak buat apa, sebab ulsernya dah nak sembuh. Doktor cuma bagi ubat sajalah. Masa pergi klinik tu dia moyok je. Bila keluar je bilik doktor, dia dah mula bertukar jadi dia yang asal. Aktif, talkative, suka nak bergurau. Padahal ubat pun tak makan. Hehe, inilah org kata psikologi manusia. Ada yg tengok muka doktor terus hilang sakit. Tapi dalam kes Muizz, bukan muka doktor yang buat dia OK, tapi kedai 7-Eleven kat area klinik tu. Kelaur je klinik, terus ajak abah pergi 7E, nak beli aiskrim. Aduihhhhh, baru 5 tahun, dah pandai buat taktik macam ini. nanti dah besar, entah taktik apa la pulak lagi. :-)

Tapi tak apa, abah pun seronok tengok abang dah sihat, dah ceria. Dan abang pun dah makin pandai buat homework, especially bila abah puji abang pandai. Abah doakan moga abang akan jadi lebih pandai, semoga kepandaian abang nanti boleh digunakan untuk bantu umat Islam yang lain, insyaAllah.

Esok atau mungkin minggu depan, abah mengepek lagi.

Monday, February 06, 2006

Cerita tentang ....

Dah lama abah tak jenguk pondok buruk abah ni. Yelah, lama cuti. Cina yg raya, abah yang sakan bercuti. Tapi bukan abah saja, ramai lagi yang bercuti lama agaknya. Sebab itu abah terpaksa ambil masa 9 jam waktu balik ke Kelantan hari tu. Selalu abah drive dalam 6-7 jam je. Tension juga masa balik hari tu, sebab ramai yang potong Q. Sebab itulah jem. Tapi lupakan la bab itu, sebab itu dah jadi tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.

Waktu balik hari tu, abah ingat nak bawak Muizz dan Ummi main pantai, tapi sebab sehari sebelum abah balik tu, ada kes tiga sekeluarga mati lemas di Pantai Irama. So, ramai yang nasihatkan jangan pergi pantai. Tapi sempat la satu hari tu abah bawak Ummi, Muizz, Tok Mek, dan anak2 buah pergi mandi pantai kat Tok Bali. Seronok gak abah, sebab dah lama tak mandi laut, walaupun tak reti berenang.

Tak ada apa yg menarik sepanjang abah di Kelantan, kecuali abah perasan yang Kota Bharu makin sesak dengan kenderaan. Sana sini jalan jem. Dulu tak la macam itu. Nak pergi KB pun makan masa sejam setengah, patut setengah jam je. Agaknya ramai orang melawat KB kot masa tu.

On the way balik ke KL, abah singgah kat rumah mak di Paka. Sempat la bermalam satu malam. Hari Sabtu abah bertolak balik KL, sebab hari ni abah kerja. Petang tadi macam biasa la, bawak Muizz dan Ummi ke Taman Kelana Jaya. Penat juga abah, sebab dah lama tak beriadah.

Dan malam ni, tengok Juara Lagu. Frust sikit sebab lagu Wajah tak menang. Tapi juri lebih pandai kot menilai mana yang baik. Oklah, abah tak nak komen banyak ttg Juara Lagu yang tak ada apa2 faedah, sekadar memenuhi malam abah hari ni.

Abah pun takde idea apa nak mengepek. Nanti dah ada idea kang, abah tulis lagi. Kalau kawan2 semua ada idea, bagilah kat abah. Kalau menarik, akan abah mengepek tentang idea yang anda bagi, insyaAllah.