Wednesday, September 28, 2005

Cerita tentang hedonisme...

Realiti TV Memupuk Budaya Hedonisme

Dalam keghairahan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan konsep Islam Hadhari yang bermatlamat melahirkan umat Melayu yang seimbang pencapaian antara kejayaan duniawi dan ukhrawi, rakyat negara ini dihimpit oleh budaya kuning yang diimport dari luar.

Hal ini secara tidak langsung boleh menggugat usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bertamadun dan boleh menggagalkan usaha melahirkan personaliti unggul (towering personality).

Di mana silapnya hingga rakyat di negara ini begitu terdedah dengan budaya-budaya songsang yang diimport dari Barat melalui kaca televisyen. Rakyat menjadi medan ujian dan mangsa kegelojohan sesetengah pihak yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nilai-nilai murni yang semakin pupus. Yang menjadi mangsa ialah remaja-remaja yang masih dangkal pemikiran mereka, yang hanya tahu untuk berhibur. Inikah generasi yang ingin kita lahirkan untuk menggantikan kepimpinan yang ada? Hukamak pernah berkata, “Jika kita ingin lihat pemimpin-pemimpin yang akan datang maka lihat lihatlah generasi yang ada pada hari ini! Jika generasi yang ada suka berhibur, itulah bentuk pemimpin yang akan dilahirkan pada masa akan datang!

Tidak cukup dengan lambakan siri telenovela dari negara Amerika Latin seperti Rosalinda, Betty La Soy, Perla, Ruby, Juanas Miracha dan Mis Tres Hermanas, yang mana budaya dan cara hidup yang dipaparkan jelas bertentangan dengan norma-norma ketimuran dan agama, masyarakat kini berhadapan pula dengan rancangan Realiti TV yang condong dalam memaparkan budaya hedonisme yang merosakkan dan melalaikan.

Hal ini dapat dilihat dengan munculnya program-program Realiti TV yang diceduk dari Barat seperti Akademi Fantasia (AF), Malaysia Idol, Mentor, Audition, Mencari Cinta dan sebagainya. Akademi Fantasia yang diterbitkan oleh ASTRO menggunakan format La Academia, sebuah program TV popular dari Mexico, Malaysian Idol terbitan 8TV berilhamkan rancangan American Idol dan Mencari Cinta terbitan TV3 berdasarkan program Bachelor Lorette.

Pengimportan budaya asing melalui rancangan-rancangan tersebut jelas menunjukkan perancangan jahat musuh untuk merosakkan generasi muda kita khususnya remaja agar leka dan asyik dengan hiburan dan hidup berseronok-seronok.

Pendedahan kepada hiburan yang keterlaluan menyebabkan mereka banyak membuang masa tanpa memikirkan hala tuju dan masa depan. Para remaja juga ditune minda mereka untuk menjadi selebriti, mengejar populariti dan glamor. Inilah sebabnya ramai remaja yang menyertai program-program tersebut demi untuk mencapai cita-cita sebagai penyanyi!

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah i Oktober 2005.

Petikan diatas abah ambil dari Majalah i. Menarik topik bulan ini. Banyak perkara yg abah sendiri terlepas pandang, tapi bila baca, abah terfikir semula tentang banyak benda itu.

Abah sebenarnya tidak menyokong sangat hiburan zaman sekarang, tapi dalam tidak menyokong itupun, abah baca juga kalau ada cerita tentang Misha Omar diakhbar atau majalah...:-). Dalam tidak sokong itupun, abah dengar juga lagu-lagu. Dalam tidak sokong itupun, abah download juga mp3 yang abah suka.

Pernah juga cuba lari dari berbuat benda2 macam itu, tapi abah gagal. Bila baca tulisan dalam I bulan ni, baru abah tahu. Abah sebenarnya macam jutaan lain lagi manusia, sudah terikut budaya hedonisme. Budaya yg lebih selesa untuk berhibur. Alhamdulillah, abah rasa abah tidak terlalu taksub dengan hiburan. Mungkin sebab abah pun dah berumur. Tapi bila tengok anak-anak muda yang terjerit-jerit, yang terkinja-kinja bila mereka join program hiburan, abah jadi sedih. Sedih kerana pada pandangan abah, mereka ini seolah taksub dengan artis dan hiburan. Sedih kerana abah tahu artis itu bukannya jenis yang jaga agamanya. i.e solatnya.

Memang ada orang kata, takkan artis solat pun nak tunjuk dalam TV, atau, takkan dia nak cakap dia solat atau tidak. Tapi dari pemerhatian abah, rasanya artis2 yang akan muncul dalam rancangan live, rasanya perlu disolek 3-4 jam sebelum rancangan ke udara. Dan kalau dah disolek, macamana mereka nak solat? Bukan senang nak set rambut, nak solek muka. Kalau dah pukul 5 ptg disolek, dan siap sejam lepas itu, agak anda apa jadi pada solat maghribnya, kalau rancangan perlu keudara jam 8.30?

Tapi bila artis yang tidak solat maghrib itu tadi keluar buat show dipentas, terjerit2 juga peminatnya, mungkin ada yang histeria. Sebab terlalu minat agaknya. Dah terlanjur bercakap tentang ini, abah teringat satu iklan tentang rancangan akhir Rexona No Sweat Challenge, yang rasanya akan dibuat pada pukul 7pm. Dan abah rasa, yang masuk pertandingan tu, ada yang dalam ICnya tertulis Agama: Islam. Hmmm. Itu baru bab solat, belum cerita bab2 lain lagi. Sebab kalau dicerita, rasanya semua orang akan cakap: Itulah dunia artis. Kalau setakat cakap saja tidak mengapa, takut nanti anak-anak kita juga yang terikut2 budaya artis itu tadi, tak ke haru dibuatnya. Nak kata anak kita ni artis, bukan, tapi tingkahlakunya dah macam artis??? Camna?

Abah saja je tulis benda2 macam ini. Walaupun remeh, dan semua orang tahu, tapi abah rasa tak semua orang concern. Dan abah nak juga beritahu anda, betapa abah rasa gelihati bila tengok ada orang cium tangan orang2 tertentu. Tangan mak ayah pun tak dicium, tapi bila jumpa orang2 besar, kalau boleh nak dicium sampai kekaki. Padahal bukan tak tahu, yang dicium tangan itulah kaki perempuan, kaki judi, kaki rasuah...etc.

Monday, September 26, 2005

Cerita tentang kenangan...

Dibawah ini adalah sebahagian kandungan emel yang abah terima. Menarik dan banyak yang boleh dipelajari dari kisah tersebut.

Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t.

SEMOGA MENJADI RENUNGAN BERSAMA


Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!"

Baca kisah diatas, teringat abah pada cerita zaman silam, masa abah sendiri sebesar anak dalam kisah itu. Teringat pengalaman menjaja kuih muih hampir setiap pagi, dari rumah ke rumah, bermula seawal 7 pagi, dan selalunya tamat kurang lebih jam 10. Abah sendiri pun rasanya rindu pada kuih2 yang abah jual, yang sekarang pun susah abah nak jumpa. Abah bukanlah sejujur dan seikhlas anak dalam cerita tadi, tapi sekurang-kurangnya, pengalaman membesar dalam keadaan sebegitu banyak menyumbang kepada siapa diri abah sekarang. Sesungguhnya takkan abah lupakan kisah silam yang banyak membentuk abah. Kisah diikat pada tiang rumah kerana bermain hingga lewat senja, kisah ditampar ayah kerana merokok pada usia 10 tahun :-), kisah takut turun dari pokok kerana takut dimarah akibat mandi pantai tanpa pengawasan orang dewasa, kisah hampir lemas dalam telaga semata2 kerana nak selamatkan sehelai t-shirt. Hmmmmm, banyak sangat kisahnya. Kisah suka, duka, lucu, semua bercampur aduk. Dan alhamdulillah, semua itu masih tersemat dalam memori abah. Itulah agaknya antara benda2 paling berharga dalam hidup abah: Kenangan silam.

Tuesday, September 20, 2005

Cerita tentang abah...

Kesian kawan-kawan blogger abah, mesti tertanya-tanya mana la abah pergi. Senyap je. Maaf banyak-banyak. Abah bukan nak menyepi diri, cuma banyak benda berlaku 4-5 hari ni. Sabtu lepas abah pergi cuci rumah kakak ipar abah(alhamdulillah, penyewa yg bermasalah tu pindah juga akhirnya). Lepas cuci rumah tu, abah bawak Ummi dan Muizz makan nasi ayam melawati. Sedap juga.

Hari Ahad bermula la episod abah tak sihat. Bangun pagi, rasa satu badan sakit-sakit. Agaknya lama tak buat kerja berat sikit kot. Ummi pun sama. Tapi dalam macam itupun, abah sempat juga ke rumah sahabat baik abah, tengok baby girlnya yang baru 2 bulan usianya di Shah Alam. Comel babynya. Balik dari rumah sahabat abah, ummi ajak ke Wisma PKNS kejap. Ronda2 tengok gerai, then abah ajak depa balik, sebab rasa macam nak demam.

Memang demam pun. Rasa flat habis. Tapi dalam flat2 tu pun, abah tengok juga Tru Calling.[Ya Anim, abah tengok]. And as usual, ceritanya menarik. Nanti la abah chat ngan Anim kang, abah cerita kat Anim.

Hari Isnin, abah ngan Ummi MC. Berehat kat rumah saja, sebab badan still rasa tak larat lagi.

Hari ni, Selasa, abah kena attend bengkel di Hotel Legend, sampai la Jumaat nanti. Abah tak pernah datang sini, tapi abah bagi 4 bintang untuk makanannya. Banyak jenis, dan sedap. Hehe, anda jangan fikir abah kesana untuk makan saja. Abah ada kerja, tapi dah terlanjur diberi makan kan, so abah berilah komen sikit. Manalah tahu satu hari PB ke, Am ke, Anim ke nak ajak abah makan kat situ.

Oklah, banyak pulak abah bercerita. Nanti sambung lagi.

Thursday, September 15, 2005

Cerita tentang Regresa A Mi



No me abandonas asi
hablando sola de ti
Ven y devuelveme al fin
la sonrisa que se fue
Una vez mas
tocar tu piel
e hondo suspirar
Recuperemos lo que se ha perido

[Chorus:]
Regresa a mi
Quiereme otra vez
Borra el dolor
que al irte me dio
cuando te separaste de mi
Dime que si
Ya no quiero ilorar
Regresa a mi
No puedo, vida

Extrano el amor que se fe
Extrano la dicha tambien
Quiero que vengas a mi
y me vuelvas a querer
No puedo mas
si tu no estas
Tienes que ilegar
Mi vida se apaga

[Chorus]

No Me abondonas asi
hablando sola de ti
Devuelveme la pasion de tus maso

Regresa a mi
Quiereme otra vez
Borra el dolor que al irte me dio
cuando te separaste de mi
Dime que si

Abah terdengar lagu ni kat TV. Then abah cari kat Internet, tapi tak jumpa. Nasib baik sahabat baik abah (thanks J!) carikan lagu ni kat abah.

Abah tak faham apa yang dinyanyikan, tapi sedap juga dengar.

Kalau anda faham, abah respek la.

P/S: kalau anda nak lagu ni, emel abah.

Wednesday, September 14, 2005

Cerita tentang jodoh lagi...

Malam semalam Ummi masak laksa, hmmm, boleh tahan juga sedapnya. Habis la jugak semangkuk besar abah makan. Kebetulan semalam ada rancangan Mencari Cinta, so, tengok la. Zul masuk balik. :-). Terkejut juga macamana depa boleh masukkan semula org yg dah terkeluar, tapi bila fikirkan itu rancangan untuk mencari rating dan untung, abah fikir, depa boleh buat macam2 benda, as if itu satu kejutan dan pembaharuan. Tapi kemasukan Zul abah rasa OK la, sebab dia peserta yg abah rasa cool, namun pada abah, secara peribadinya, Elly bukan untuk Zul. Dari segi rupa, Danial banyak persamaan dengan Elly, dan kalau ikut orang tua-tua, selalunya suami isteri ni mesti akan ada persamaan dari segi rupa. Tapi dalam kes mencari cinta ni, tak tahulah abah apa kesudahannya. Sebab ajal maut jodoh pertemuan itu Allah yang tentukan.

Dan bercakap tentang jodoh pertemuan Allah yang tentukan ni, abah bercerita juga dengan seorang kawan. Kawan yang sekian lama mencari pasangan, tapi belum jumpa sampai sudah. Dia macam putus asa sedikit bila usahanya tak berhasil. Abah pun faham apa perasaan dia bila tengok kawan2 lain semuanya dah berkeluarga dan hidup aman bahagia(mudah-mudahannya). Abah kata kat dia, perkara pertama kena terima: Jodoh ditangan Allah. Perkara kedua kena ingat: org yg baik akan dijodohkan dengan yg baik. Kenapa abah pesan macam itu pada dia? Sebab abah nak dia faham tentang ketentuan jodohnya. Mungkin setakat hari ini masanya belum sampai, atau mungkin tidak ada jodoh yg sesuai untuknya lagi. Dan kalau ditakdirkan dia tidak bertemu jodoh hingga akhir hayat, abah kata kat dia: Jadilah hamba Allah yang terbaik yang mampu dibuat, kerana kalau jadi hamba Allah yg terbaik, insyaAllah syurga nan abadi itulah tempatnya pengakhirnya. Dan disyurga itu, namakan sajalah siapa yang dia ingin berada disisinya. Itulah jodoh dia. Ada orang jodohnya didunia, ada orang jodohnya disyurga nanti. Apapun, kita sebagai hamba Allah yg lemah, berusahalah sebaik mungkin moga2 kita ini tergolong dalam golongan yg disayangi Allah Maha Pencipta.

Dan kalau abah masuk syurga Allah nanti(yang mana abah sangat2 berharap), walaupun abah tahu abah tak layak, tapi abah fikir abah takkan mampu menahan siksaan api neraka Allah. Kalau masuk nanti(anda doakanlah agar abah serta anda semua dapat masuk syurga Allah), abah cuma nak Ummi saja berada disisi abah. Pada abah, setakat hari ini, dan insyaAllah hingga keakhirnya, Ummilah 'bidadari' abah.

Teringin memetik kata-kata Ibnu Sina - "Aku lebih rela hidup pendek yang penuh terisi, daripada hidup panjang yang kosong."

Tuesday, September 13, 2005

Cerita hujung minggu...

Semalam sibuk sikit, sibuk apa pun abah tak tahu. Sebab tu tak sempat nak update blog. Hari ni nak menulis sikit tentang aktiviti hujung minggu hari tu. Hari minggu abah penuh dengan berjalan-jalan. Sebabnya, kakak abah sekeluarga dengan mak abah dan tok chu abah datang KL. So, hari sabtu tu kami pusing2 KL la. Bawak depa pergi mana2 yang patut, tapi banyaknya kami pergi ke kedai2 kereta terpakai la, sebab abang ipar abah nak survey kereta second hand. Ada la yg dia berkenan, tapi tak pasti apa keputusannya.

Hari Ahad, abah bawak depa ke Putrajaya. Abah pun dah lama tak berjalan kesana. Muizz dgn sepupu2nya lah yang seronok, berlari sana sini. Kami ke Alamanda sekejap, sebab abah pun tak pernah sampai situ. OKlah. Tak la seperti yg abah dengar. Lepas Alamanda, kami ke Masjid dan kawasan sekitarnya. Lama juga kat situ, sebab budak2 tu asyik dok bermain, lari sana sini, walaupun tengah panas terik. Abah nak larang kan, kesian pulak, sebab nampak mereka macam enjoy.

Ahad petang tu, lepas makan, depa bertolak balik ke Terengganu. Haha, tiba-tiba abah rasa sayu tengok depa balik. Tak tahu kenapa, tapi inilah perasaan yang abah selalu rasa masa belajar dulu, tiap kali abah perlu balik ke kampus lepas tamat cuti semester. Tapi sekejap je la rasa tu, sebab lepas tu bila layan Muizz, hilang rasa sayu tadi. Sekejap je abah layan, sebab lepas tu abah tertidur, sampai la pukul 7.

Malam tu kami ke Econsave kejap beli sikit barang rumah, dan bawak Muizz ke klinik sebab dia batuk dan selsema. Ummi pun sama. Balik dari klinik, abah layan Tru Calling, dah 3 minggu cerita ni tak ditayang.

Dan semalam, abah dapat call dari seorang sahabat, hampir 2 jam juga bersembang, hehe, habis la duit dia bayar bil telefon bulan ni. Banyak la ceritanya, yg berkisar tentang kehidupan dia. Seronok juga dapat borak dengan sahabat ni kadang-kadang. 2 jam berlalu pun rasa macam 20 minit.

Dan sebelum abah lupa, abah nak ucap terima kasih pada sahabat abah(Ustaz, abah tahu ustaz baca blog abah) kerana menghadiahkan sesuatu untuk abah dan ummi sempena ulangtahun perkahwinan ke5 kami 31 ogos lepas. Terima kasih banyak2 Ustaz. Abah dan ummi suka dengan pemberian tu.

Friday, September 09, 2005

Cerita tentang hensem dan tak hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan macam bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Abah dapat emel yg mengandungi sajak/pantun/puisi?? diatas. Abah tak kata semua tu betul, tapi sesetengahnya abah setuju...dan abah sedih sikit la, sebab 'malang'nya jadi lelaki tak hensem. Hehe...

Thursday, September 08, 2005

Cerita tentang nostalgia...

Abah ada terbaca kisah kemalangan bas di UUM. Sedih juga sebab ada yang parah. Abah pun tak pasti apa silapnya, tapi one thing for sure, jalan di Sintok tu seingat abah, ada part2 yang bahaya. Kalau tak, takde la abah terbang cam Superman masa motor abah kena langgar dengan kereta pakcik cafe kat satu simpang tu dulu. Kena pulak betul2 hari abah nak balik beraya dikampung. Dalam tangan berbalut, naik la jugak bas balik kampung. Sedih ada, seronok pun ada. Sedih sebab dalam bas abah takleh tidur, sakit. Seronok sebab ingatkan keprihatinan kawan2. Almost everybody bagi kad raya and wish yang abah akan cepat sembuh. Hehe, kira kesayangan jugak la abah ni masa tu dalam batch tu...[abah perasan sebenarnya ni]

Semalam juga kami berbalas2 emel alkisah dari kes kemalangan bas di UUM tu. Ntah macam mana, tiba2 abah teringat dua kisah lucu (atau mungkin tak) tentang abah dan bas masa belajar di Sintok dulu. Abah share dgn kawan2 kisah abah, dan abah ingat nak share dengan anda jugalah.

Satu hari abah naik bas ke kuliah, selalunya abah jalan kaki saja sebab Kolej Pernas dengan dewan kuliah tak jauh, tapi entah macamana, abah naik bas pulak masa tu. Seperti biasa, bas sesak la. Abah tak kisah sgt sebab memang selalu macam itu. Kat depan abah ada sorang pelajar India perempuan. Dalam dok berhimpit2 tu, tiba2 driver bas brek mengejut, tak pasti abah apa sebabnya. Tau apa jadi? Abah terkedepan dan muka abah tenggelam kejap dalam rambut budak perempuan India yang kembang setaman itu. Tapi takde la sampai tahap abah lemas, cuma sempat la hidu bau minyak bijan sekejap. Budak tu pun malu agaknya, tapi sebab dah sesak macam itu, so, masing2 buat tak tahu sajalah.

Kisah kedua, abah keluar ke Pekan Changlun satu hari tu, kalau tak silap hari tu ada Pasar Malam. Abah beli la durian 2 biji, hajat hati nak ajak kawan2 kat blok 3A tu makan sama. Abah letak durian bawah seat bas. Sampai satu tempat, driver tu emergency brek. Apa lagi, bergolek la dua biji durian tu dari seat abah kat belakang bas, ke depan. Hehe. Nasib baik la tak kena sapa2. Bila ada pakcik cakap "Durian sapa bergolek ni??"...abah dengan muka dua posen pergi la ambik balik durian tu. Haha. Syukur juga tak kena kaki orang lain, kalau kena agaknya, tak pasal2 abah kena humban keluar dari bas tu.

Tersengih juga abah sekejap teringatkan dua kisah lama tu. Tapi dalam teringat kisah kelakar tu, abah tiba2 rasa rindu pada kehidupan abah di UUM, rindu pada kawan2 lama yang majoritinya abah tak tahu apa kisah mereka sekarang, rindu juga pada makanan2 yang sedap di Kedah. Harap2 abah dapat satu hari nanti jenguk UUM semula, inysaAllah.

Monday, September 05, 2005

Cerita hujung minggu...

Hari ni tak ada cerita menarik, cuma nak kisahkan sikit apa aktiviti abah hujung minggu baru-baru ni.

Hari Sabtu abah sepatutnya attend persidangan di Hotel Istana tapi abah tak pergi sebab abah kena bawak ummi dan ibu ummi untuk membuat rawatan di klinik. Ibu ummi mengadu dia rasa letih, and quite shocking juga bila diuji kandungan gula dalam darah ibu, 21.5. Mak aih, tingginya. Patut la ibu rasa letih. Bila ditanya, ibu kata dia lupa makan ubat. Hmmm, abah diam saja, sebab fikirkan kesian kat ibu yang terpaksa menelan 14 jenis ubat tiap2 hari. Kebetulan ubat diabetes dah habis, dan ibu tak tahu pun itu ubat diabetes. Malam semalam lepas abah belikan ibu ubat2 yang dah habis tu, dan lepas ibu makan, nampak ok sikit. Pagi ni ummi check gula dalam darah ibu, dah turun ke 9. Alhamdulillah. Harap-harap lepas ni ibu lebih particular dgn ambilan ubatannya. Abah risau kalau2 ibu lupa lagi. Sebab dgn umur ibu yang sebegitu, doktor kata anything could happen to her kalau jadi lagi kes macam ini.

Semalam hari Ahad, abah temankan ummi dan kakak Ummi ke Ukays Perdana, pergi tengok rumah kakak Ummi yang bermasalah dengan penyewanya. Kesian kat kakak Ummi, dah la gaji tak seberapa, penyewa pulak buat hal. Setakat tak bayar sewa tu boleh faham, ini dengan air dan elektrik tertangguh sampai beratus-ratus. Macamana la kakak Ummi tak garu kepala. Petang tu abah pergi kenduri rumah jiran, sedap juga nasi beriyaninya. hehe...abah ni suka makan. So, kalau ke kenduri yg makannya sedap, mesti bertambah la.

Petang semalam abah bawak Muizz dan sepupu Muizz (yg pernah membesar bersama2 dengan Muizz) pergi beli ikan untuk kolam abah. Seronok betul depa tengok ikan yg pelbagai bentuk dan rupa tu. Abah, macam biasa la, sentiasa teruja dengan ikan-ikan perhiasan. On the way balik, abah singgah kat Taman rekreasi di Kota Damansara. Lagi sekali Muizz dan sepupunya bersorak. Depa berlari la keliling tasik, abah je yang berjalan. patutnya abah pun lari sama, sebab dah lama abah tak exercise, perut pun dah makin kedepan nampaknya. :-). Seronok juga teman anak main2 kat taman rekreasi ni, tapi lagi seronok kalau ummi ada.

Next time kalau free lagi abah nak bawak Muizz ke situ lagi. Seronok tengok dia enjoy dengan tempat tu.

Thursday, September 01, 2005

Cerita tentang Insaf...

Hari ni bukan nak cerita, hari ni abah nak kongsi lirik sebuah lagu yang sangat2 abah suka dengar. Kalau anda berkesempatan, dengarlah lagu Insaf dari Rabbani ini. Syahdu sungguh lagunya, dan boleh bawa kesedaran kalau hayati betul2 liriknya, InsyaAllah.

Insaf

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa kumasa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku

Rabbani