Sunday, July 31, 2005

Cerita hujung minggu...

Hari ni hari minggu, abah tak ada plan kemana-mana. Sahabat abah dari Pahang semalam datang bertandang, sempat bermalam semalam. Sayang, awal pagi dah terpaksa bertolak ke Pahang, ada kursus haji katanya. Kalau tak, boleh abah bawak dia pekena teh tarik pagi ni. Seperti biasa la, rutin abah setiap ahad, kalau abah tak bekerja, pergi kedai beli akhbar. Seminggu sekali je abah beli akhbar, sebab hari lain abah baca kat ofis saja, itupun kalau sempat.

Tak banyak yang abah nak cerita hari ni, cuma nak petik kata-kata atau tulisan yang ada dalam akhbar mingguan malaysia hari ni, untuk dikongsi dengan anda semua.

”Bukan mudah untuk sampai pada tahap ini jika tidak bekerja keras. Tiada jalan pintas dalam hidup ini.” Kata Najmil Faiz Mohamed Aris, anak melayu berusia 26 tahun yang sedang mengikuti pengajian kedoktorannya di UK. Anak muda ini baru saja membentangkan kertas kerja di Parlimen UK, dan kajiannya memenangi The Best Research of Good Prospect 2005. Untuk seorang anak melayu SPM pangkat 3, abah bangga dengan anak muda ini.

Aziz Ishak pula berkata ”Alangkah lebih baik perhatian yang terlalu besar itu diberikan kepada usaha membantu ramai orang miskin dinegara ini menerusi formula yang sama iaitu SMS”. Aziz merujuk kepada program realiti Akademi Fantasia.

Katanya lagi, ”Alangkah baiknya jika tangisan kesedihan meratapi peserta AF yang tersingkir dapat sama diterjemahkan dalam bentuk kesedaran untuk memerangi ancaman sosial yang membawa kemelaratan kepada ratusan ribu anak melayu”.

”Saya sayangkan Islam. Islam tidak jahat, yang jahat adalah manusia”. Itu kata Qamarina, saudara baru yang diuji Allah dengan perlakuan mereka yang sejak lahirnya Islam yang mengambil kesempatan keatas beliau.

Qamarina juga bertanya, ”Kadang-kadang saya hairan mengapa tiada lelaki islam mahu menolong saya yang susah. Bila berkawan, mereka nak datang rumah, nak ringan-ringan,nak minta seks,apakah mereka tak rasa malu pada diri sendiri,kalaupun mereka tak takut pada pembalasan Allah dan hari Kiamat?”..

Baru sekejap tadi abah menonton dua rancangan kegemaran abah, CSI dan Tru Calling. Abah boleh faham apa rasa Nick bila terkurung dalam keranda semacam itu, takut. Takut andai masa untuk menghadap Ilahi sudah tiba. Tru Calling juga makin hebat bila Tru dan Jack berusaha melaksanakan kerja masing-masing, yang pastinya akan saling bertentangan.

Sudah 1130 malam, Mu’izz pun dah ajak abah tidur. Kesian dia, abah janji nak bawa dia ke kedai ikan tadi. Tapi bila tengok dia tidur lepas Asar tadi, tak sampai hati nak kejutkan. Tak apalah, insyaAllah minggu depan, abah akan bawa dia beli ikan untuk kolam mini abah kat depan rumah tu.

Friday, July 29, 2005

Cerita tentang perkhidmatan pelanggan...

Bermula Jumaat minggu lepas, hinggalah semalam, abah kena mengikuti Program Induksi yang dianjurkan HR Dept. kat tempat abah bekerja ni. Bagus juga mereka buat program macam itu untuk staf baru macam abah ni. Sekurang2nya abah tahu juga orang2 dalam organisasi ni.

Tapi bukan itu yang abah nak cerita. Semalam kami diberi taklimat oleh pihak Finance Dept. Kebetulan GM nya sempat berjumpa kami dan beri sikit nasihat. Yang menarik abah nak komen, ialah cerita si GM tadi tentang ‘customer service’. Diceritakanlah pengalamannya membayar bil di sebuah syarikat. Cerita tentang betapa syarikat tempatan tidak begitu pentingkan perkhidmatan pelanggan mereka.

Abah setuju pun dengan pandangan GM tu tadi, sebab Isnin lepas, abah pun mengalami kes yang hampir serupa. Dilayannya abah seperti abah ni datang untuk minta bantuan kewangan, padahal abah datang ketempat mereka untuk membayar sesuatu, nak memberi duit, yang pastinya juga akan masuk dalam akaun gaji mereka. Nasib baik la hari tu mood abah baik jugalah, kalau tidak, ada juga yang kena tegur.

Abah bukan apa, dah banyak kali terkena macam itu. Kebanyakannya disyarikat2 tempatan la, tak kira la badan kerajaan ke ataupun swasta. Abah rasa hal-hal macam ini sepatutnya tidak kerap sangat berlaku kalau kita ini bekerja dengan hati yang ikhlas. Abah fikir banyak kes di tempat kerja terjadi kerana ketidakikhlasan bekerja. Memang orang kata, customer kena la faham kerja-kerja orang-orang dikaunter ni. Ada masa mereka pun tertekan juga, dan kadang-kadang mood mereka tak baik. Tapi abah fikir mereka yang kerja dikaunter ni kena juga faham customer. Tak semua customer tu ada PhD dan pandai2 belaka. Ada customer yang tidak begitu faham pun apa yang nak dibuat kadang-kadang tu. Kesian juga abah tengok orang-orang tua yang tak berapa tahu nak berurusan dikaunter ni dimarah oleh pekerja kaunter. Pekerja ni sepatutnya kena tahan semua itu, layan pelanggan sebaik mungkin. Sebab gaji mereka dibayar untuk itupun. Kalau customer tidak dilayan dengan baik, abah tak tahu la duit gaji tu macam mana.

Tak salahpun bermanis muka, terangkan apa yang sepatutnya pada customer. Customer pun akan faham, dan akan berpuashati berurusan dengan mereka. Ini ada yang kadang tu bekerja dikaunter, tapi muka masam, bercakap dgn nada marah, hempas pen la, ada juga yang sibuk berborak dgn rakan sekerja sedangkan customer dah beratur panjang.

Pernah juga ada abah menegur seorang kakitangan di sebuah hospital. Abah perhatikan cara dia berurusan dengan orang ramai.. Bila sampai turn abah, dia beri layanan yang serupa juga. Abah tak lah marah, cuma terasa nak menegur. Abah kata “Cik, kalau cik rasa kerja melayan orang ramai ni membebankan, saya rasa baik cik berhenti saja kerja, balik jaga anak-anak dirumah. Tak perlu bimbang tentang tak ada orang yg nak ganti tempat cik, sebab saya rasa ramai lagi orang-orang menganggur kat luar sana, yang boleh melayan orang dengan baik, menunggu-nunggu untuk menggantikan tempat cik nanti”. Yang pastinya, mukanya makin bertambah masam la. Tapi abah tak kisah, asalkan dia berfikir sedikit akan hakiki tugasnya yang perlu berurusan dengan orang ramai.

Thursday, July 28, 2005

Cerita tentang cinta...

One in a Million
Bosson



You're one in a million....Oh
Now
You're one in a million...Oh

Sometimes love can hit you every day
Sometimes you can fall for everyone you see
But only one can really make me stay
A sign from the sky
Said to me

[Chorus]
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us

I've been looking for that special one
And I've been searching for someone to give my love
And when I thought that all the hope was gone
A smile, there you were and I was gone

I always will remember how I felt that day
A feeling indescribable to me
Yeah
I always knew there was an answer for my prayer
And you, you're the one for me

[Chorus x 2]

In the beginning I was cool and everything was possible
They tried to catch me but it was impossible
No one could hurt me it was my game
Until I met you baby and you were the same
And when you didn't want me I wanted you because
The funny thing about it is I liked the show
I like it when its difficult
I like it when its hard
Then you know its worth it
That you found your heart

[Chorus x 2]

You're one in a million...Oh
You're one in a million

Ini mesti ada yang kata abah jiwang lagi ni. Bukan apa, satu sebab abah letak lirik lagu tu adalah kerana abah cukup gemar dengan lagu ni. Kalau anda pernah tonton Miss Congeniality, anda tentu perasan lagu ni. In fact, dalam handphone abah pun abah setkan lagu ni sebagai ringing tone, jika panggilan masuk tu adalah dari Ummi. :-)

Sebab keduanya ialah kerana abah pernah janji nak tulis sesuatu tentang cinta. [Am mesti tunggu apa yang abah nak tulis ni, kan Am?].

Abah tak pandai sebenarnya nak menulis tentang cinta-cinta ni, cuma apa yang abah terfikir nak tulis ialah tentang persoalan ‘apa itu cinta?’. Cinta yang abah maksudkan kat sini ialah cinta sesama manusia.

Pernah juga orang bertanyakan abah, apa makna cinta pada abah. Soalan tu yang selalu buat abah termenung sekejap, sebab abah tak tahu apa jawapannya. Pada anda yang sedang baca blog abah ni, apalah agaknya makna cinta pada diri anda. Selalunya kalau ditanya macam itu, jawapan abah selalunya macam ini…”Entahlah, abah pun tak pasti apa makna cinta. Kalau nak kata abah cinta kan orang lain, pun abah tak tahu samada abah cinta atau tidak. Tapi kalau ditanya apa perasaan abah bila orang2 yang dekat dengan abah tiada disisi abah, contohnya kalau abah berjauhan dengan orang-orang tersebut, abah sesungguhnya pasti akan terasa kehilangan. Kalau itulah yang dinamakan cinta, then itulah makna cinta pada abah.”

Ummi selalu juga mengucapkan kata-kata seperti “I love U” pada abah, dan abah pun selalunya akan membalas dengan “I Love U too”. Tapi setakat itu sajalah. Mungkin atas dasar menjaga hati ummi, abah balas ucapannya. Kadang ummi tegur juga, yang ucapan abah macam tak datang dari hati. Memang betul pun, sebab abah rasa ucapan cinta kalau sekadar dimulut saja, tak ada apa2 makna. Mungkin sebab abah ini lelaki, abah tidak menunjukkan keseronokan, kebahagiaan, kasih sayang abah dengan kata-kata. Ataupun mungkin sebab abah jenis “a practical person”. Jenis yang suka menyalurkan rasa hati dengan perbuatan atau perlakuan. Kalau anda wanita, mesti anda akan kata, ucapan cinta itupun penting juga dalam menunjukkan rasa cinta pada orang/pasangan. Anda memang betul pun, cuma abah nak kena improve diri sikit, untuk masukkan elemen pengucapan rasa cinta itu sebagai sebahagian dari cara abah menyalurkan rasa hati, rasa sayang abah pada seseorang, which is ummi la kan.

Dua hari lepas abah tonton rancangan Mencari Cinta di TV3, satu rancangan yang menarik juga pada abah, dan abah nak juga komen sesuatu, tapi nantilah dulu. Abah nak kena hadiri taklimat sekejap lagi, nantila abah tulis lagi tentang cinta ni kemudian hari, insyaAllah.

Wednesday, July 27, 2005

Tak ada cerita hari ni.

Minta maaf, abah tak tahu nak tulis apa pagi ni. Cukuplah abah share satu gambar yang abah ambil masa kami ke Taman Burung Langkawi tempohari. Abah suka gambar ini, begitu juga ummi...tiada sebarang makna tersirat, cuma suka melihat keindahan ciptaan Allah.

Monday, July 25, 2005

Cerita tentang dugaan...II

Sambungan dari kisah semalam…

Persoalan kedua yang kawan abah tanya hari tu: “Dah Allah jadikan aku macam ini, nak buat macamana?”.

Abah tak tahu apa ada dalam fikiran dia, dan apa juga yang ada dalam fikiran anda bila anda baca blog abah ini, tapi pada abah, setiap halangan hidup, setiap kesukaran, setiap keperitan yang Allah datangkan dalam bentuk ujian dan dugaan, perlu diterima, dan perlu diusahakan sesuatu agar halangan dan kepayahan itu boleh diatasi.

Allah tidak jadikan ujian dan dugaan untuk kita tangisi, untuk kita kesali, untuk kita ratapi sepanjang hidup kita. Kita diberikan akal fikiran, dikurniakan kudrat, dilimpahi kesempatan masa. Untuk apa agaknya semua itu, kalau bukan untuk digunakan bagi kita menghadapi ujian Allah, dan menjadikan kita makhluk yang lebih bersyukur dan lebih beriman pada Penciptanya.

Bila dikatakan ”dah Allah jadikan aku macam ini, nak buat macamana?” seolah2 buat kita macam sudah putus harap untuk menghadapi dugaan itu. Mungkin kalau diuji dengan kesakitan dan kesusahan, insyaAllah kita mampu lagi untuk berfikir...”aku mesti berusaha mengubati penyakit ini” ataupun ”aku kena bekerja lebih kuat untuk keluar dari belenggu kedaifan”. Tapi pada mereka yang diuji dgn ujian ”fizikal lelaki, naluri wanita”, banyak dari mereka ini lebih memilih untuk mengikut arus ujian itu, bukan mencuba untuk mengatasinya.

Abah rasa anda semua pun mungkin sudah maklum akan situasi ini. Berapa ramai lelaki diluar sana yang tewas pada ujian perasaan mereka. Abah tidak tahu kenapa mereka lebih kepada mengikut rasa, mengikut naluri. Agaknya dengan mengikut, kesakitan itu tidak terasa. Pada yang memilih untuk melawan naluri itu, akan terasa peritnya. Masakan tidak, mahu menjadi seperti lelaki lain, sedangkan naluri meronta2 untuk jadi sebaliknya.

Pada fikiran abah, dan ikut ilmu abah yang cetek ini, bukan jadi kesalahan sekiranya mereka ini bersifat sikit feminin, asalkan tidak menyalahi hukum agama. Maksud abah, ramai lelaki yang agak lembut diluar sana, namun mampu hidup sebagai lelaki pada hakikinya. Mampu berkeluarga, dan mampu bahagia seperti lelaki lain. Bukan satu dosa kalau mereka ini suka pada berkemas rumah, memasak, menjahit, menggubah, tidak minat bersukan, dan sebagainya....selagi itu semua tidak menyalahi hukum Allah.

Yang abah simpati, mereka yang memilih untuk terlalu mengikuti naluri kewanitaan itu....anda tentu pernah kenal insan-insan ini. Memilih untuk berpakaian seperti wanita, memakai perhiasan seperti wanita, sanggup menjalani pembedahan penukaran jantina (na'uzubillah) dan yang lebih abah kesal, memilih untuk memuaskan nafsu, dengan manusia yang sama jantinanya. Astaghfirullahaladzim.....

Abah tidak mahu mengeji manusia-manusia seperti ini, kerana abah yakin, selagi ada iman dihati mereka, selagi mereka yakin bahawa Allah tuhan yg disembah, Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah, mereka masih boleh berubah. Dan abah berdoa, agar mereka ini akan berubah..menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Pinta abah, kalau ada insan2 sebegini yang anda kenali, bimbinglah mereka, didiklah mereka. Sekadar mencemuh, sekadar ”entahlah apa nak jadi dengan dunia ini”, sekadar menggelengkan kepala, tidak cukup pada abah. Nak dilepaskan pada siapa tanggungjawab membimbing mereka ini. Kalau tidak semua mampu kita bimbing, sekurang-kurangnya kita mampu bimbing mereka yang dekat dengan kita. Mereka seagama kita juga, anak bangsa kita juga rasanya.

Mungkin anda rasa apa yg abah tulis ini terlalu serius, atau mungkin terlalu picisan....tapi sekurang-kurangnya... anda baca.

Cerita tentang dugaan...I

Minggu lepas abah chat dgn seorang kawan abah. Asalnya saja nak tanya khabar masing-masing, tapi perbincangan bertukar jadi serius bila kawan abah tadi tiba-tiba mengeluarkan dua persoalan yang abah rasa nak ulas dalam blog hari ni.

Sebelum abah mengulas, biarlah abah bercerita sedikit tentang kawan abah. Bukan niat abah untuk membuka pekung kawan, cuma abah rasa anda akan lebih faham apa yang abah nak ulas.

Kawan abah sebenarnya menghadapi sedikit konflik jantina. Abah rasa anda semua pernah dengar tentang ini. Luarannya nampak seperti lelaki normal, tetapi di dalam, jiwanya lebih menjurus pada wanita.

Kawan abah sebenarnya ingin berkongsi masalah dengan abah, yang mana abah sentiasa akan dengar dan bagi sedikit panduan, setakat daya abah. Namun bila dia keluarkan soalan "Kenapa aku, kenapa bukan orang lain?",abah rasa abah patut ulas sedikit tentang itu.

Pada abah, selagi kita bernama manusia, selagi itulah kita akan diuji Allah Maha Pencipta. Siapapun, namakan siapa saja, pasti akan berdepan dengan ujian dan dugaanNya. Diuji dengan kepayahan, diuji dengan kesenangan. Antara ujian itu berat dan ringan saja bezanya, tapi yang pasti, semuanya diuji.

Namun agaknya kita manusia ini sering inginkan kesenangan, kebahagiaan dan kemewahan, bila Allah uji dengan kepayahan, kita mudah tewas, mudah melatah. Sebab itu sering kita tanya, "Kenapa aku, kenapa bukan orang lain?".

Bila datang ujian penyakit kronik spt kanser, AIDS dan sebagainya..."Kenapa aku?". Bila datang ujian kedaifan hidup, hingga terpaksa kais pagi makan pagi..."kenapa aku?". Bila diuji dengan berfizikal lelaki, bernaluri wanita..."kenapa aku?" Sedangkan bila dapat bonus hujung tahun 3 bulan...tiada pula "kenapa aku?"...Bila dapat kenaikan pangkat...tiada persoalan "kenapa aku?", bila dapat kereta hadiah cabutan SSP...jauh sekali bertanya "kenapa aku, kenapa bukan orang lain yg dapat hadiah ini?".

Abah rasa kita manusia ini kena lebih redha atas apa saja ujian Allah. Kena terima sungguh-sungguh bahawa Allah menguji hambaNya setakat daya hambaNya menampung. Tiada siapa meminta untuk diuji Allah dengan kesakitan, kedaifan, kesakitan jiwa. Tanyalah siapapun, tidak ada yang mahu. Tapi itulah kebesaran Allah, diujinya kita untuk mengingatkan kita dari lalai, diujinya kita untuk menguatkan jiwa kita menghadapi dugaan, diujinya kita kerana ingin diberitahu betapa Dia amat kasih pada hambaNya.

Itu persoalan pertama yang ditanya, persoalan keduanya "Dah aku diuji macam ini, aku nak buat macam mana?"....InsyaAllah esok abah akan mengulas tentang soalan ini.

Jangan dinilai sesuatu sekadar zahirnya semata, pandanglah dgn mata hati, renungkan dengan akal, fikirlah dgn iman, insyaAllah,kita kan mengerti...

Friday, July 22, 2005

Cerita tentang lagu...

Bersamamu
Siti Sarah

Jangan di ucap selamat tinggal
Pada diri ku yang menantikan mu
Telah kau tunai seribu janji
Satu kau mungkiri …
Hidup bersama ku

Tidakkah kau kasihan
Kepadaku yang mengharapkan cinta mu
Mengalir airmata ku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu.

Serikan semula mahligai hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu
Bertaut cinta yang satu

Berikan ku cinta
Sembuhkan luka lama
Selagi kasih membara
Daku setia selamanya

Jangan diucapkan perpisahan
Sayup suaramu membungakan rindu
Pasrahku di dalam kerinduan
Kasih padamu
Subur dihatiku...

Haha, ini mesti ada yang kata abah jiwang. Tak apalah, katalah, abah tak marah. Bukan sebab jiwang sebenarnya, tapi sebab dah lama abah dok mencari lagu ni yang abah dengar dalam salah satu drama di TV3. Tetiba semalam masa ke kedai CD, abah terpandang album baru Siti Sarah, apa lagi, belilah. Tapi maaflah, abah beli yang 'pirate' punya. RM7 sekeping. Nak beli yang original, abah rasa tak berbaloi, sebab abah cuma nak dengar lagu ini saja. Maaf ya pada peminat siti sarah. Menarik lagunya, mungkin juga sebab liriknya, atau mungkin juga sebab penyanyinya berjaya menyanyikannya dengan baik. Tak kisahlah apa sebabnya, cuma abah rasa sedap dengar masa first time abah dengar kat TV.

Seronok juga dengar lagu jiwang2 ni ya! :-)... Abah pun terasa nak menulis sesuatu tentang cinta ni, tapi nanti dululah, sebab abah tengah banyak hal yang nak diuruskan dipejabat ni. InsyaAllah abah akan tulis dalam masa terdekat. Sebabnya, semalam abah jumpa seorang kawan baru, dan kami boleh bercerita hal cinta, jodoh, perkahwinan...yang abah rasa seronok juga berbincang hal-hal ini sesekali.

Thursday, July 21, 2005

Cerita tentang Akademi Fantasia

Abah tertarik dengan satu surat pembaca di laman web harakahdaily. Penulis memberi komennya tentang fenomena baru di malaysia iaitu AF3. Sebelum abah komen, biarlah anda semua baca dulu apa yang beliau tulis.

Mawi dan Akademi Fantasia: Fenomena baru?
Wednesday, July 20 @ 12:41:19 MYT
Oleh MELINTANG SESAYAP

MAKA suasana menjadi tenang seketika. Jalan raya agak lengang. Anak-anak kecil tidak berkeliaran. Semua telah pun pulang ke rumah. Tiada kelas mengaji muqaddam hari ini. Ustazah memang tidak mengadakan kelas.

Anak-anak muda yang sering bersantai, lepak dan bersidai tepi tangga, tepi tembok dan tepi kaki jalan sudah pun kembali ke rumah sejak awal lagi. Tiada usik mengusik, tiada 'dating' dan tiada ke hulu ke hilir dengan motosikal. Tiada jalan-jalan malam.

Kenduri pada malam ini telah ditunda keesokan malam dan ada kenduri yang telah diawalkan. Ada yang tidak jadi pulang ke kampung atau ada yang melewatkan perjalanan jauh.

Anak yang kecil, bayi telah ditidurkan awal dan makan malam telah pun disantap seisi keluarga selepas solat maghrib. Ada yang telah membatalkan ziarah ke rumah saudara dan kalau ada tetamu yang ingin datang diminta melawat pada lain masa. Yang pasti bukan malam ini. Kuliah kurang orang. Ceramah lengang. Aktiviti semua mati malam ini.

Semua ini kerana inigin memberi laluan kepada siaran langsung konsert Akademi Fantasia. Yang tiada rangkaian ini, masing-masing telah awal lagi menempah. Dua bulan yang lalu. Yang tidak mampu menempah rangkaian ini sanggup pula bersusah payah menumpang tonton rumah kaum kerabat yang ada.

Yang telah dipotong rangkaian ini kerana sudah lama tidak membayar, telah berusaha mengumpul wang semula untuk membolehkan rangkaian disambung kembali. Yang belum menambah nilai kad prabayar telefon bimbit telah berkelam-kabut ke kedai berdekatan.

Sebutlah dan isytiharkanlah siapa yang tidak tahu tentang AF3 dan Mawi.

Sekalian alam kenal dan arif benar. Yang tua muda, kecil besar, miskin kaya, sakit sihat, kerajaan swasta, menteri atau orang gaji semua mengenali.

Begitulah suatu arus dan fenomena (meminjam tajuk akhbar) yang melanda. Tidak terelak lagi ledakan gelombang ini.

Yang mengulas pula datang dari segenap lapisan. Semua ingin menjadi juri tak bertauliah. Dari pensyarah menara gading (professor kangkung?) sehinggalah ke pesawah di tepi tebing.

Penghuni institusi pengajian tinggi hinggalah pekerja kuli yang hanya mengaji jawi. Daripada yang berada di awan biru sehinggalah yang berada di bawah tanah kubur menggali lubang baru. Hebat memperkatakannya.

Tahniah Akademi Fantasia kerana menjadi pemangkin dan pencetus suasana yang telah lama suram kerana pelbagai perkara. Terima kasih kerana telah membawa rakyat Malaysia lari seketika daripada realiti dan hakikat yang ditempuhi. Sekalung tahniah juga kerana telah menemui seorang insan yang didambakan sejak sekian lama oleh rakyat. Idola ramai dan teladan semua.

Mawi suatu nama keramat yang meniti dari bibir ke bibir dan menjadi buah mulut orang. Dari Datuk Keramat ke Tumpat sehingga ke Kudat semua tahu tentang perkara ini. Rakyat terutama remaja telah lama menantikan seorang lambang atau tokoh yang boleh dijadikan contoh.

Telah lama kekosongan ini berlaku. Gersang. Kering. Kini panduan hidup rakyat telah kembali pulih. Kiblat telah dibetulkan semula. Mawilah pengubah segalanya.

Hampir tiada kedengaran cacat cela dan sopeknya makhluk ini. Kiranya ada sekali pun, pasti ramai yang membela dan mempertahankannya. Penuh dengan pujian dan kekaguman yang menggunung.

Apa yang dibuat, dituturkan dan didiamkan menjadi ikutan ramai dan terasa seolah-olah seperti hadis pula. Rakyat khasnya remaja serta khususnya Melayu Islam memang ingin seorang yang 'beragama' membawa hala tuju matlamat hidup mereka.

Tetapi rakyat kebanyakan menantikan kemunculannya dari alam hiburan. Rakyat tidak mengharapkan kewujudannya dari alam atau bidang lain seumpama bidang ekonomi, politik, pendidikan kerana telah jelak dan telah muak dengan masalah yang timbul dan kecewa dengan insan atau pemimpin yang muncul untuk menjadi idola. Semua penuh bermasalah dan janji kosong.

Kini hati rakyat terubat dengan manusia yang 'dilahirkan' dan 'dibesarkan' daripada alam hiburan. Seorang yang ada nilai agama terpacul dengan gaya yang tersendiri.

Syabas. Bagus. Tahniah. Hebat. Cemerlang. Terbilang. Gemilang. Extravanganza. Penuh aura. Karisma. Ada 'x-factor'. Pakej yang lengkap! Ada mesej dakwah!
Tiada siapa menafikan kehadiran dan kehebatannya.

Sehingga terdengar dicuping telinga. Seorang pendidik menasihati anak muridnya "jadilah seperti Mawi. Mengaji boleh, menyanyi pun boleh. Ini yang kita hendak. Contohilah dia." Laksana seperti Anwar masuk Umno, kini Mawi masuk Astro. Berdakwah dari dalam...

Begitulah komentar yang dikumpulkan serta dikoleksikan secara berguni dan bergantang-gantang.
Akan tetapi...

Sedih betapa tipisnya iman kita.
Izinkan dibariskan kilasan pandangan tak seberapa untuk tatapan semua

Pandangan Pertama (1)
Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al-Quran. Antara petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang hidupnya: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah mereka menahan (merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30).

Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil duduk bersila penuh tertib dan adabnya.

Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan menyaringkan nyanyian Antara petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat...Aduhaiiiiiiiii...lemah lembut gayanya..." (lagu penyanyi lama)

Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah wanita yang berdiri di sisinya.

Pandangan Kedua (2)
Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri tegak Antara terjemahannya membawa erti "...menuju kejayaan"

Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema rancangan sambil menari rancak Antara alunannya berbunyi "...menuju puncak".

Pandangan Ketiga (3)
Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..."

Dengan petikan itu maka; 1.Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan 2. Seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara bergurau lantas mengejar Mawi 3. Seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak semena-mena memakai tudung berbentuk selendang di kepala seraya berkata "saya kalau nak komen Mawi mesti pakai tudung..."

Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton menyambung gurauan dan perbuatan main-main ke atas tudung ini.

Main-main dengan hukum Allah.

Pandangan Keempat (4)
Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi habis-habisan apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama Islam sendiri dicaci, di mana kalian 'bersembunyi' selama ini?

Pandangan Akhir
Apa pendirian PAS dan Harakah tentang fenomena ini?
Saya tinggal kilasan ini untuk direnungi dan dihadami bersama.
Saya pernah dinasihati oleh rakan-rakan agar tidak melawan arus. Sambung mereka Arus 'TsuMawi' ini boleh menyebabkan kau 'mati'!!!

Akhirnya jawab saya "biarlah saya 'mati' dan mati kerana Ilahi." – lanh

Pada abah, ada benarnya pandangan penulis tentang apa yang ditulisnya, terutamanya bab-bab yang seolah-olah mempersendakan soal pemakaian tudung, hanya kerana Mawi suka gadis bertudung. Abah tidak persoalkan kehadiran Mawi dalam AF3 ni, sebab abah fikir, anak muda seperti Mawi mungkin tertarik jiwanya pada benda-benda macam AF ini, kalau tidak Mawi takkan pergi audition.

Kalau nak diulas tentang AF3 itu sendiri, rasanya isu Mawi bukan satu isu, kerana ada atau tidak Mawi dalam AF, sambutan peminat tetap sama. SMS yang masuk ke Astro melimpah ruah juga. Dan abah rasa, jika nak menilai AF3, nilailah AF3 setakat AF, bukan dengan mengambil kira plajar-pelajar didalammnya, sebab pada abah, siapa saja yg jadi pelajar AF, AF tetap AF, yang pasti akan sentiasa menarik perhatian ramai penonton.

Monday, July 18, 2005

Cerita tentang masa, dan kesempatan...

Dua hari bercuti, abah tak ke mana-mana sebab ummi dah reserve weekend hari tu untuk kemas rumah. Kesian ummi, penat kemas rumah. Abah tolong mana-mana yg patut je la, sebab abah tak kreatif nak menghias rumah ni.

Semalam abah tonton Tru Calling, seperti biasal a kan, cerita kegemaran sekarang ni. Abah tak mahu la cerita tentang jalan ceritanya, cuma nak menulis sikit tentang apa yang abah belajar dari cerita semalam. Sebab abah rasa kita semua hampir sama saja pemikirannya, maksud abah dari segi memikirkan yang kita "sentiasa ada masa". Kita tahan diri kita dari melakukan sesuatu yang kita nak buat atas alasan "masih banyak masa untuk kita buat". Tapi bila ditengah jalan, maut datang menjemput, masa itulah baru terbukti yang kita sebenarnya "tidak cukup masa".

Datuk Jins pernah kata "Esok masih ada", tapi abah nak kata "Pastikah masih ada esok untuk kita?". Abah fikir, sementara kita ada masa ini, buatlah apa yang baik yang kita nak buat. Cakaplah pada insan-insan kesayangan kita, bahawa kita sayang pada mereka. Berbuat baiklah pada manusia, kalau itu yang kita ingin buat. Jangan ditangguh, sebab kita tak tahu masih adakah lagi esok untuk kita berbuat kebaikan.

Macam cerita semalam, dia mati tanpa sempat menyatakan yang dia cintakan wanita dipejabatnya. Dan wanita itupun dalam kesamaran samada simati itu tahu atau tidak yang dia sangat menyintainya. Masing2 tidak meluahkan perasaan atas alasan tadilah "masa masih banyak".
Simati itu juga tidak sempat berbaik dengan anak lelakinya,mungkin juga dengan alasan "masih banyak masa untuk berbaik nanti".

Friday, July 15, 2005

Cerita tentang penyewa...

Pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja (abah tumpang sepupu pada ummi sekarang ni), sepupu tadi mengeluh tentang penyewa rumahnya. Masakan tidak, duduk tanpa bayar sewa berbulan-bulan, tiba-tiba keluar rumah tanpa khabar berita. Bukan setakat itu, tinggal pulak bil air api yg mencecah ratusan ringgit. Kesian juga abah dengar. Tapi ini bukan kes terpencil abah rasa, sebab ramai lagi yang mengalami masalah dengan penyewa rumah. Daripada jadi satu pelaburan, jadi pulak satu beban. Tapi tak apalah, redha saja dengan ujian Allah.

Cuma abah kesal dengan sikap penyewa2 yang macam itu, tidak jujur. Bukan setakat tidak jujur, tapi menyusahkan hidup orang lain. Abah faham sesetengah penyewa ada masalah kewangan dan sebagainya, tapi jangan la sampai keluar rumah senyap-senyap. Masa nak menyewa dulu, lain perlakuannya, tapi bila dah jadi masalah, tinggal macam itu tanpa sebarang bicara.

Kita ini manusia, Islam pulak tu. Sampai ke mana sangat kita nak pergi dengan menipu orang lain. Kita pergi mana-mana pun, ini bumi Allah juga, dan Allah boleh lakukan apa saja pada kita. Hari ni kita menganiayai orang lain, esok lusa, boleh ke kita jamin hidup kita takkan dianiayai orang lain pulak. Dan hidup kita tak lama, sampai masa pergilah kita mengadap Maha Pencipta. Mungkin dosa dgn Allah, kita mampu bertaubat, tapi dosa sesama manusia, takkan terampun selagi empunya badan tidak memaafkan.

Abah bercakap ni sebenarnya untuk diri abah juga sebab abah juga menyewa rumah orang. InsyaAllah, abah mohon pada Allah jangan lalaikan hati abah hingga tergamak menganiayai orang lain. Abah takut dengan azab Allah. Sungguh abah takut.

Sebelum tidur semalam, abah tengok gambar-gambar yang abah ambil masa kami sekeluarga bercuti di Langkawi. Abah berkenan betul dgn satu gambar Muizz ni. Gambar tu abah 'snap' masa kami berada di satu stesen perhentian kereta kabel di Gunung Mat Cincang (betul ke tidak abah eja ni). Muizz tak sedar pun abah snap gambar dia...tapi abah suka tengok.

"Beginning today, treat everyone you meet as if they were going to be dead by midnight. Extend to them all the care, kindness, and understanding you can muster, and do it with no thought of any reward. Your life will never be the same again." - Og Mandino

Thursday, July 14, 2005

Cerita tentang kawan...


Semalam ada kawan sms abah, beberapa kali juga. Biasa la, mengadu tentang masalah dan kesukaran hidupnya. Abah simpati pada keadaan dia, dan abah mintak dia sabar dalam menempuh dugaan. Hidup ini satu perjuangan, dan selagi berjuang, jangan fikir tentang menang kalah, berjuang selagi ada daya. Abah cakap berdasarkan prinsip hidup abah. Kena pulak kita ini lelaki, ramai yg bergantung dan berharap pada kita. Kalau kita dah putus asa dalam hidup, macamana pula dengan orang-orang yang berharap pada kita.

Tapi abah sedar juga, setakat ini Allah belum lagi menguji abah dengan ujian yang berat-berat. Abah bersyukur, dan abah yakin sesungguh hati, Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk hambaNya. Antara kita nak menerima itu atau tidak.

Abah ingatkan sesi sms semalam dah abis, rupanya bila abah jaga dari tidur pagi tadi, ada missed call dan sms dari kawan abah tu. Terkilan juga bila dipertikaikan niat kita berkawan dengannya. Bukan apa, dia mintak abah call dia semula, tapi sebab abah dah tertidur, so abah tak call la. Tapi sms dia yg terakhir seolah2 nak bagitahu abah ni bukan kawan sejati dia, buat abah terkilan sikit. Abah tak kisah dia nak cakap macam itu, cuma abah terkilan sebab niat ikhlas kita disalahertikan orang. Tapi abah terima saja, orang tengah tension, macam2 boleh dikata, walaupun hatinya tak berniat nak kata. Tak apalah, abah lupakan aje sms tu. Cuma abah harap dia faham, pada abah, persahabatan bukan satu benda kecil, yang boleh abah main2kan. Bila bersahabat, ada satu 'ikatan' perasaan antara kita dgn sahabat, dan 'ikatan' itu yang kita kena jaga sungguh2.

Sambil2 dok menulis ni, teringat satu benda yang abah buat masa kat Langkawi dulu, yang buat muka ummi merah padam, tapi abah tahu ummi seronok abah buat macam itu. Nak tahu....tengoklah gambar ni. Hehe, abah nak letak gambar ni kat bawah, tak jadi la pulak, asyik blog ni letak kat atas je. Abah nak kena explore lagilah cara nak guna blog ni nampaknya.

Wednesday, July 13, 2005

Cerita tentang persahabatan dan kesilapan...

Lama betul abah tak menulis, walaupun tahu orang tak baca blog abah, tapi rasa nak menulis tu selalu datang. Kebetulan pulak dapat kenalan online baru hari ni, rasa nak menulis tu lagi la berkobar2. Hehe.

Semalam seseorang emel pada abah, menceritakan kisah hidupnya masa muda. Katanya, dia pernah bersahabat dengan seseorang, dan oleh kerana ada sikit kekeliruan, mereka putus persahabatan. Kini, selepas 30 tahun, dia teringin nak sambung semula ikatan persahabatan dengan kawan tu tadi. Cumanya, dia tak pasti betul atau tidak tindakannya.

Abah pun tak pandai nak nasihatkan, cuma abah kata, kalau niatnya untuk menyambung semula persahabatan itu ikhlas, teruskan sajalah. Mungkin kawan yang satu lagi itupun sedang memikirkan benda yang sama. Elok sangat kalau dua sahabat lama bertemu semula. Yang lepas, lupakan saja. Kita manusia lemah, tak boleh lari dari buat silap, walau sehebat mana kita nak sempurnakan diri kita pun, salah silap mesti ada.

Dan nak cari sahabat sekarang ini bukan mudah, kalau kawan itu dah jadi sahabat pada kita, kekalkanlah gelaran itu, jangan putuskan. Sahabat itu satu pelengkap pada hidup kita sebenarnya, walaupun kita rasa boleh bahagia hidup tanpa sahabat.

Abah tak pastilah dia akan teruskan ke tidak niat dia tu, tapi abah doakan moga2 persahabatan mereka terjalin semula, yang pastinya ikhlas kerana Allah.

Abah sendiri pun kadang2 takut juga buat silap pada sahabat2 abah. Walaupun kenal baik, kadang2 kita tersilap kata dan laku juga. Untuk sahabat2 abah yang baca blog abah ni, maaf kalau ada salah silap yang tak termaafkan lagi. Abah hidup tak tahu lama mana, sebab itu abah tak mahu mengulang kesilapan yang pernah abah buat, dan orang lain buat. Abah rasa tak sempat nak lalui atau ulangi kesilapan yang sama lagi.