Thursday, December 29, 2005

Cerita tentang perangai...

Hari ni tak tahu abah nak cerita apa. Lately rasa macam putus idea pulak nak mengepek. Hari ni dan esok abah bercuti. Tapi dalam cuti-cuti pun, ada benda nak kena siapkan dan hantar ke ofis. Malam esok, lepas abah jumpa kawan baik abah yang akan ke Mekah, abah akan drive balik ke Trg. Semalam kawan abah tu call lagi sekali tanyakan abah, jadi ke pergi jenguk dia di Kelana Jaya. Abah macam biasa la kan, suka nak provoke perasaan orang. Abah kata "Tengoklah dulu, kalau ada, ada la tu, kalau tak, takde la". Hehe, bukan apa, saja je. Dan sebab dia dah faham perangai abah kot, dia kata, tak apa, dia tunggu. Memang abah dah niatkan nak pergi pun ke Kelana Jaya tu melawat dia, sebelum dia bertolak ke Mekah.

Malam semalam Ummi masak Mee Bandung Muor, best! Thanks Ummi. Dan sambil2 masak tu, Ummi dok bercerita la ttg orang2 besar dipejabat2 tu. Cerita tak best la sikit, sebab Ummi kata, ramai orang2 pangkat tinggi ni, tak bagus sikit perangainya. Kalau staff bawah tengok, memang staff akan respect la, sebab boss nampak alim sangat, dan boss memang baik. Staff tak solat, akan ditegurnya, staff tak puasa pun akan kena tegur. Tapi jangan tak percaya, kalau dibelakang staff, boss yg nampak alim tu la yang jejak kaki ke kelab malam dan menogok air haram. Ummi kata, muka memang decent habis, tapi perangai, Allah sajalah yang tahu.

Dengar Ummi cakap macam itu, buat abah terfikir sekejap. Rupanya disekeliling kita ni, ramai sungguh manusia yang pandai berlakon. Depan anak isteri, depan kawan2, dialah manusia paling baik, paling tinggi pekertinya, paling warak. Tapi dibelakang, nauzubillah. Tangan yang dok pegang tasbih tiap2 hari itulah yg digunakan untuk menepuk punggung GRO. Handphone yang digunakan untuk call anak isteri itulah yg digunakan untuk merakam aksi lucah kawan2 dgn perempuan2 tak elok. Hingga pada tahap ibu sakit tenat dihospitalpun tidak diendahkan, hanya kerana ingin mabuk2.

Moga2 Allah lindungi kita semua dari berubah menjadi manusia2 seperti itu. Dan abah nak ingatkan anda, dan abah juga. Berhati2lah dalam menilai manusia. Skrg bukan zaman mudah menilai isi hati dan sikap manusia yg ada didepan kita. Apa yg kita tengok dan rasa, belum tentu itu yg tersirat.

Ini ada satu gambar yang abah rakam masa ke Underwater World Langkawi hari tu.


Dan ini, ada satu kata-kata yg abah dapat dari seorang adik, menarik bunyinya:

Allah answers prayers in three ways: He says yes and gives you what you want, He says no and gives you something better or He says wait and gives you the best in His own time.

Tuesday, December 27, 2005

Cerita tentang Melaka...

Hari Jumaat abah terpaksa balik lambat dari ofis, sebab ada kerja yang kena siapkan juga. Hahaha, sejak abah masuk kerja kat tempat baru ni, ini kali pertama abah stayback. Hehe. Kalau tak, sharp 5.30 abah dah cabut. Hinggakan kawan2 ofis tegur bila nampak abah masih diofis selepas 5.30. Nasib baik malam tu ada dua orang staff lain ada disekitar ofis, abah ajak depa makan kat Jalan Ipoh. OK juga ada orang temankan makan, sambil makan sambil bercerita; cerita apa lagi kalau bukan cerita tentang hidup dan kerja.

Hari Sabtu, abah tak kemana-mana. Hari Ahad, abah dan family ke Melaka. Bawak mak mertua abah berubat tradisional di kawasan Masjid Tanah. Selepas berubat, abah ke rumah kawan ummi. Cantik rumahnya. Biasa la kan,rumah orang melaka. Abah sentiasa teruja tengok rumah cute orang melaka nih. Sempat juga la ambik gambar sikit2. Lekat jugalah abah dalam sejam lebih kat situ. Hehe, bukan setakat dijamu makan, tapi abah juga diberi sedikit pokok2 air yang cantik. Abah macam inilah kerjanya kalau bertandang kerumah orang, ada saja pokok yang cantik, abah laju je mulut bertanya samada abah boleh mintak sikit. Haha, memang muka tak malu.

Balik dari rumah kawan ummi, Muizz pulak ajak abah ke pantai. Tahu mana abah tuju? Pangkalan Balak. Walaupun tempatnya tak secantik mana,tapi abah pergi juga, sebab Muizz dah sibuk cakap nak mandi pantai, dan abah pula, sebab nak tengok balik tempat yg pernah abah lawati 5 tahun lepas. Dulu abah pergi ramai2, dengan kawan sekuliah. Masa tu seronok la kan,sebab banyak aktiviti. Abah biarkan Muizz mandi puas2. Dan sesekali abah layan dia mandi.Kalau ikut hati abah nak gak mandi,tapi sebab tak bawak baju extra,so lupakan niat tu. Kesian juga tgk Muizz, mandi sorang2. Kalau ada adik, mesti dia seronokmandi.hehehe, itu yg abah cakap dgn Ummi, dan Ummi? Senyum seperti selalu la kan,tiap kali abah bagi hint macam itu.

Nanti abah nak ke Melaka lagi, sebab teringin nak makan seafood di Alai. Dgr cerita, sedap. InsyaAllah,panjang umur, abah akan kesana lagi.

Itulah cerita cuti krismas. Nak mengepek benda lain takde idea hari ni.

Friday, December 23, 2005

Cerita tentang hidup abah 2,3 hari ni...

Dah lama abah tak update tentang aktiviti hidup abah, hari ni nak cerita sikit.

Malam selasa lepas, abah ke Kelana Jaya, untuk menghantar kawan abah sedari kecil, untuk menunaikan ibadat haji bersama-sama ibunya. Sepatutnya ayahnya yang pergi, tapi sebab ayah dah dijemput Allah, dialah yang menggantikannya. Dan bercerita tentang ayah Is, yang abah selalu panggil Pok(atau Pak dalam bahasa standard), teringat abah waktu Pok meninggal di Hospital Selayang hampir dua tahun lepas, kalau abah tak silap. Awal pagi Is telefon abah, masa tu hari Ahad, dan abah on the way ketempat kerja. Abah pergi juga ketempat kerja. Baru sekejap abah tiba diofis, Is telefon lagi, kali ni suara dah berubah. Abah pun bagitahu rakan ofis, dan terus pecut ke Selayang. Sudah takdir Allah, bila abah jijak saja kaki kedalam bilik Pok, abah dengar doktor kata "Makcik, minta maaf, pakcik dah tak ada". Abah terdiam sekejap. Is, spt anak-anak lain juga, dah pastinya tak boleh tahan airmata la kan. Abah pun naik sedih bila tengok Is dan Cik Yah menangis. Hehe, anda jangan, abah ni pantang tengok benda sedih2 ni. Hehe. Moga roh Pok dirahmati Allah sentiasa.

Memandangkan abah terpaksa balik awal sebab mak mertua tak sihat, abah bagitahu Is. Abah tahu dia terkilan sikit, tapi tak apalah. Is, abah doakan moga ko dan cik yah akan mendapat haji yg mabrur, insyaAllah.

Dan semalam, adik ummi datang rumah, untuk pertama kalinya. Datang sebab nak cari sijil2 sekolah dia untuk mintak kerja baru. Dan alhamdulillah, adik ipar abah yg sorang ni dah makin baik perangainya abah tengok. Mungkin berkat doa mak dan adik beradik.

Semalam juga, sorang adik call abah ceritakan kesulitan hidup. Abah tak tahu macamana nak tolong. The best thing I did was to console him. Alhamdulillah, dia kedengaran lega sedikit, walaupun abah tahu masalahnya belum selesai. Dan bila dengar tentang kesulitan hidup orang lain, abah bersyukur sungguh2 pada Allah. Bersyukur kerana abah tidak diuji semacam itu. Berat sungguh kadang kisah hidup manusia disekitar kita ni. Luarannya nampak ceria, tapi didalam, Allah saja yang tahu. Bila kita diberitahu tentang apa yg terbuku, baru kita terasa, betapa beratnya dugaan orang2 itu. Kita kadang benda kecik pun terasa berat, inikan pula dugaan berat2. Silap-silap kita pun tak tertanggung.

Dan abah sentiasa ingatkan diri. Hidup ni kalau boleh, berbaktilah pada orang2 yang dekat dengan kita. Tidak perlu berbakti harta benda pun, cuma berbakti dengan menghormati diri orang2 itu, dan pastikan kita tidak menyusahkan diri orang2 itu.

Petang semalam abah dok tengok2 album lama abah dalam PC ni, terjumpa satu gambar Muizz masa dia kecik. Abah terasa nak tunjuk kat anda juga. Hehehe.


Tuesday, December 20, 2005

Cerita tentang lagu dan perli...

Abah dapat lagu ni minggu lepas, dan abah dah lupa pun tentangnya, sehinggalah seorang lagi kawan emel lagu yang sama petang tadi. Lagunya boleh tahan, dan bagus untuk mengingatkan kita, cuma kasar sikit bahasanya sesekali.

Dan abah tak nak ulas panjang2, anda baca la liriknya, dan nilaikan sendiri...

Minah Tudung"
Hafiz As'ari)

*Chorus:
Minah-minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak, BODOH!
Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat-ketat, BODOH!
Ada pula pakai tudung tapi pakai T-shirt pulak, BODOH!
Mana ke tidak masyarakat kita dipandang rendah, BODOH!

Verse 1:
Keluar dengan mak pakai tudung,
Pakai sopan aurat tertutup,
Tapi bila keluar dengan kawan aurat terdedah bagi lelaki
tengok percuma,
Aku sendiri tengok pon heran, mana tak heran
Agama kuat tapi baju ketat, (strikethrough: buka tudung rambut perang)
Perang-perang konon tu nak tunjuk belang,
Tindik sini tindik sana, bukan ditelinga saja,
Lidah pon ada, Muka decent tetapi perangai (strikethrough: nonsence)
Ikut sesuka hati dia, Tapi tak ikut segi agama...
(Chak chak chak kedongdong)

*Chorus

Verse 2:
Depan ibu bapa pakai baju lengan panjang, seluar panjang, haha
Tapi dibelakang, lain cerita, macam monster
Cabut kening, ada tattoo dibadan dia,
Pakai make-up pakai lipstick punya tebal macam MOMOK macam MOMOK
Masyaa'lah, masyaa'lah, tak boleh angkat, tak boleh angkat, tengok dia,
tengok dia, goyang p*****, goyang p*****,
masuk club pakai
tudung,
pergi
tandas buka tudung
Ooooh...kemana pergi budaya,
kemana pergi agama,(strikethrough:
MANA PERGI MELAYU KITA?)

*Chorus

Verse 3:
Dengar sini semua, jangan ikut tren masa kita,
Kita rosak, kita hancur
Siapa nak jawab bila kita dikubur?
Mak nak jawapkan? (sorry sikit) Bapak jawapkan? (sorry sikit)
Atuk jawapkan (sorry sikit)
Berani buat berani tanggung
sendiri
Fikir baik-baik, fikir masak-masak
Jangan kita menyesal dihari kelak
Fikir baik-baik, fikir masak-masak
Jangan kita menyesal dihari kelak

*Chorus

ATUK:Berubah lah kamu sebelum kamu diberubah kan hahaha...
Budak:Yelah tuk...tuk jugak pandai kan..? Whatever ar tuk!
Atuk:Ish budak ni...

Kalau anda nak lagu ni, emel abah. Nanti abah emel kat anda.

Cerita tentang perpisahan...

Entah kenapa semalam, dua kawan abah YM abah hampir serentak, dan kedua2nya bercerita tentang isu yang sama: Penceraian(atau Perceraian?). Tapi bukanlah kisah tentang diri mereka, sebab salah sorangnya masih belum berpunya. Masing2 bercerita tentang perihal rumahtangga kawan masing2 yang telah dan hampir runtuh. Kena pulak minggu lepas, abah baru dapat berita duka, kawan abah di tempat kerja lama telah berpisah dengan isterinya, di pagi AidilFitri yang lalu.

Abah sedih dengar cerita macam2 ini. Sebab pada abah, kes penceraian ini sebenarnya sesuatu yang boleh dielakkan. Anda mungkin kata pendapat abah salah, tapi abah sangat yakin bahawa 80% kes penceraian yang telah berlaku sebenarnya boleh dielakkan. Lihat saja cerita2 duka tentang rumahtangga yang membawa kepada penceraian. Antara alasan yang biasa: Tiada sefahaman, ada orang ketiga, campurtangan keluarga, masalah zuriat, etc.

Memang ada genuine case yang membuatkan cerai terpaksa dilafazkan, tapi fikirlah, hanya kerana tiada sefahaman, rumahtangga runtuh. Hanya kerana tiada zuriat, rumahtangga ranap. Pada abah, kita manusia ni terlalu sangat berharap. Berharap supaya orang lain memahami dan menerima kita. Kita harapkan suami/isteri kita kasihkan kita selamanya, kita impikan suami/isteri faham perasaan kita, kita minta suami/isteri penuhi segala kehendak dan tuntutan kita, padahal dalam masa yang sama, kita tidakpun cuba memenuhi harapan suami/isteri kita tadi.

Entahlah, abah pun baru masuk 5 tahun usia perkahwinan, banyak benda yg abah masih belum tahu dan belum tempuhi. Tapi setakat pengalaman abah yg masih baru ni, abah fikir andai kita sebagai suami atau isteri cuba fahami hakikat perkahwinan itu sendiri, fahami akan peranan dan tangungjawab kita, insyaAllah, perceraian memang boleh dielakkan. Dan yang paling utama, letakkan agama itu terkedepan dalam segala hal dan masalah.

Abah tak reti nak pesan sangat, cuma pada abah, jika rumahtangga bermasalah, cubalah atasinya dengan penuh hemah. Biasalah adat berumahtangga, kadang2 akan berselisih faham, kadang akan ada rasa marah, benci dan sebagainya. Tapi itu semua boleh hilang, andainya kita cuba. Berbincanglah suami isteri, ketepikan kepentingan diri sendiri. Andai betul ingin berpisah, timbangkan baik buruknya. Apa baik buruknya kalau kekal bersama? Apa baik buruknya kalau berpisah? Jangan terburu-buru ikut nafsu. Dan andainya perpisahan itu kata sepakat, mohonlah dengan Allah. Kalau sebelum kahwin kita boleh Istikharah untuk bertanyakan Allah betulkah itu pilihan yang tepat, kenapa tidak dalam kes perceraian ini, kita tanya Allah lagi, betulkah ini keputusan yang tepat?

Untuk rakan-rakan dan ahli keluarga, kalau boleh janganlah burukkan keadaan. Jika mereka beritahu ingin bercerai, jangan disokong atau ditentang. Galakkan mereka untuk berfikir semasak-masaknya. Bayangkan hanya kerana saranan dan sokongan kita, mereka bercerai.

Abah tak nak la mengulas panjang, walaupun banyak yg abah nak tulis. Cukuplah setakat ini sahaja.

Hari Ahad lepas, kakak abah dari Trg datang berkunjung satu family. Dan Ummi macam biasa la, kalau ada sedara mara datang, mesti akan dipaksa makan. Hehe. terima kasih ummi kerana memasak yang sedap2 untuk depa. Dan semalam, abang Ummi dari Putrajaya datang bertandang juga, sambil2 hantar emak mertua abah kerumah abah. Dan semalam juga, abah kenyang lagi.

Semalam juga abah terkejut tengok berita tentang banjir. Pekan(atau Bandar?) Changlun teruk dinaiki air. Alhamdulillah, kampung abah tak banjir.

Monday, December 19, 2005

Cerita tentang kejayaan...


SULAIMAN Saipin bersama isterinya, Esah Din di rumah mereka di Baling, semalam.

Satu cerita yg menarik perhatian abah awal pagi Isnin ni dalam UM. Walaupun pada kebanyakan kita ini cerita biasa, tapi pada abah, ini cerita gembira yg patut diwar-warkan sentiasa. Antara sekian banyak cerita duka yg tercetak diakhbar, abah sangat mengharapkan khabar gembira seperti ini.

BALING 18 Dis. - Dia hanya seorang penoreh getah, buta huruf dan mempunyai 17 orang anak. Sekali pandang, tidak ada apa-apa keistimewaan tentang hidup Sulaiman Saipin, 70, dan isterinya, Esah Din, 69.
Bagaimanapun, anda mungkin tidak percaya jika diberitahu, 13 daripada 17 anak-anak mereka telah berjaya memasuki universiti. Malah lebih membanggakan, kesemua anak mereka kini bekerja di sektor awam dan swasta dengan menyandang pelbagai jawatan tinggi. Pada kebanyakan orang, mempunyai anak yang ramai satu beban terutama dari segi menentukan masa depan pendidikan mereka. Bagaimanapun, anggapan itu meleset apabila Sulaiman yang bekerja sebagai penoreh getah membuktikan sebaliknya.

Apakah rahsia Sulaiman dan Esah sehingga 13 anaknya itu berjaya memasuki menara gading?
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Merah Kuala Ketil di sini hari ini, Sulaiman berkata: ``Sebagai seorang buta huruf, saya mendisiplinkan anak-anak dengan mengutamakan pelajaran. Ini kerana, ada masa bermain dan masa mengaji [harap2 kita pun akan pastikan yg ini untuk anak-anak, jangan didik anak untuk dunia semata-mata, akhirat juga perlu], semuanya perlu ikut peraturan.

``Selepas balik dari menoreh getah, saya akan periksa buku mereka. Jika ada tanda merah dalam buku rekod, saya akan pukul mereka.
``Saya sering menggunakan rotan untuk mendisiplinkan anak-anak saya.'' Bagaimanapun, katanya, garang dengan anak-anak bukan bermaksud benci tetapi itulah lambang kasih sayang kepada mereka [kita sekarang macamana? anak kena jentik telinga dek cikgu pun kita bising sampai ke ADUN, sementelah lagi anak dirotan, heboh satu Malaysia. Sebab itu abah pernah cakap dengan seorang rakan guru, kalau nampak anak murid buat salah, biarkan saja. Sebab mak ayahnya lebih pandai didik, silap haribulan bila kita denda, kita pulak yg kena. Dan memang betul, rakan abah tadi telah ditukarkan ke sekolah yg lebih terperosok di pedalaman, hanya kerana memukul pelajar].

Menurutnya, walaupun dia dan isterinya tidak faham tetapi sentiasa mengawasi semua anak-anak supaya belajar mengikut waktu.
Pasangan itu mempunyai 17 orang anak, iaitu 12 lelaki dan lima perempuan. Tambah datuk kepada 69 cucu ini, dia dan isterinya tidak pernah bersalin pakaian malah pernah menjual tanah kerana mahu membiayai pelajaran anak-anaknya. Berkat kesabarannya, 13 anak-anaknya itu telah berjaya memasuki universiti.

Ditanya lebih lanjut, Sulaiman berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan zuriat yang banyak. ``Itu adalah rezeki biarpun sedar kepayahan dan kesusahan untuk membesarkan kesemua mereka [betul kata orang tua2, anak itu rezeki sebenarnya] '' katanya. Sebagai seorang penoreh getah, Sulaiman berkata, dia terpaksa bergolok bergadai untuk membesarkan anak-anaknya. Bagi Esah pula, walaupun mempunyai anak yang ramai tetapi dia lega kerana hasil penat lelah berbasikal setiap hari untuk pergi menoreh selain berdoa pada Ilahi, telah menampakkan hasilnya.

``Setiap kali keluarga besar ini berkumpul seekor lembu terpaksa dikorbankan [this is the best part! hehe] ,'' tambahnya.

Friday, December 16, 2005

Cerita tentang bulan...

Hari ni abah takde idea nak mengepek. Cuma nak letak lirik lagu yang makin menarik minat abah. Lagu ni abah rasa lagu tema untuk Cinta Tsunami. Sedap juga lagunya, walaupun abah tak minat sgt lagu asalnya, tapi kali ni, jadi terpikat la pulak. Agaknya sebab Ibnor Riza pandai nyanyi lagu ni kot!

Biarlah Bulan Bicara


Bulan sabit yang jatuh di pelataran
bintang redup tanpa cahaya gemintang
langkah tanpa arah, sesat di jalan yang terang
aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Ingin pulang membalut luka hatimu
ku pun tahu betapa pedih batinmu
beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibirmu
tak terlintas dendam di bening mata indahmu
aku yang merasa sangat berdosa padamu
masih pantaskah mendampingimu

Biarlah bulan bicara sendiri
biarlah bintang kan menjadi saksi
tak kan kuulangi walau sampai akhir nanti
cukup derita sampai di sini...

Wednesday, December 14, 2005

Cerita tentang janji Allah...

Pagi-pagi tadi kakak abah dikampung telefon, maklumkan tentang sepupu abah meninggal dunia awal pagi tadi. Terkejut juga abah, sebab arwah muda lagi, sebaya adik perempuan abah. Memang la dulu dia kurang sihat, tapi masa abah balik beraya hari tu, arwah dah nampak ok. Tapi itulah, janji Allah. Dikatanya ajal kita tika ini, tika ini jugalah kita menghadapNya. Sesaat pun tak tercepat atau terlewat.

Abah tak dapat nak balik, sebab ada banyak aktiviti yang abah kena buat 2,3 hari ni. Nanti abah akan ziarah mak ngah masa abah balik cuti Krismas nanti, InsyaAllah. Moga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin.

Dan bercakap tentang mati ni, abah rasa dah banyak kali berita kematian yang abah terima, kebanyakannya melibatkan orang-orang yang abah kenal, samada di KL ataupun dikampung. Memang itu lumrah alam, dan memang telah dijanjikan, namun berita2 kematian macam ini sedikit sebanyak mampu mengingatkan abah yang satu hari abah akan dijemput juga oleh Allah. Takut? Memang abah takut. Takut kerana abah tahu abah bukan hamba yang layak untuk syurga Allah, tapi abah juga takut dengan azab neraka yang sangat memedihkan. Moga Allah dapat beri abah kekuatan untuk jadi hambaNya yang baik.

Dan masa bengkel hari tu, abah dikenalkan dengan satu istilah baru: Personal Myth. Personal myth ini merujuk pada satu pemikiran dan perasaan pada seseorang individu, bahawa perkara-perkara yang tidak elok tidak akan berlaku pada dirinya. Cthnya, pandu kereta laju. Fikirkan kemalangan? Tidak, kerana dia anggap "Oh, ia takkan berlaku pada aku". Memang betulpun. Abah selalu macam itu, buat satu benda tanpa risaukan akibat buruk yg boleh berlaku, sebab abah fikir perkara yang buruk tidak akan berlaku pada abah. Tapi bila benda tu betul berlaku, baru kita terfikir yg apa saja perkara yg berlaku pada orang lain boleh berlaku pada diri kita juga.

Sebab itu mak pesan, berpada-padalah dalam mengulas tentang diri orang lain a.k.a jangan mengata orang. Mungkin betul orang yang dikata itu tidak baik, tapi jangan lupa kita pun belum tentu akan baik selamanya. Bila tengok orang susah, kita tanya "Kenapa tak usaha cari rezeki?", memang betul, tapi jangan lupa, kita pun belum tentu senang selamanya. Banyak la contoh yang abah rasa anda pun boleh nampak sekarang ini.

Moralnya: Jangan lupa akan kuasa Allah. Apa saja boleh berlaku. Bersedialah sentiasa. Ini pesanan untuk abah, dan untuk anda juga.

Dan bercakap tentang mati ini juga buat abah teringat kembali bait-bait lirik Kembali oleh Far East. Syahdu sungguh bila abah dengar lagu tu, and guess what, itulah lagu yang abah dok dengar dan nyanyikan(hehe) hampir setiap hari didalam kereta. Kata Far East:

Aku kan kembali padamu Rabbi
Mengadapmu Ya Rabbulizzati
Segala ketentuan ku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Monday, December 12, 2005

Cerita tentang hubungan...

Dulu masa kecik-kecik, mak selalu pesan, kita kalau berkawan, jangan terlalu rapat. Sebab bila dah terlalu rapat, sikit hal pun boleh buat kita berpisah. Abah dulu wonder juga, kenapa mak cakap macam itu, tapi bila abah dah makin besar, makin dewasa, dah jumpa banyak jenis orang dan kawan, abah akhirnya faham apa maksud pesanan mak.

Kebetulan pula masa abah hadiri bengkel hari tu, ada penceramah yang berkongsi satu puisi ciptaan Khalil Gibran. Mesej Khalil dan mesej mak hampir sama, cuma Khalil gunakan puisi dan pesanan mak straight forward, tak ada gaya bahasa. Abah cukup suka bila abah baca bait-bait ayat dalam puisi tersebut, indah maksud dari kata-katanya. Dan abah rasa apa yang dinukil bukan setakat panduan untuk sebuah perkahwinan sahaja, malah untuk apa saja jenis perhubungan yang lain, baik persaudaraan, persahabatan dsbnya. Anda baca dan fahamkan apa yang cuba disampaikan.

~Marriage~

You were born together,
and together you shall be
for evermore

You shall be together
when the white wings of death
scatter your days

Aye, you shall be together
even in the silent memory of God

But let there be spaces
in your togetherness
And let the winds of heaven
dance between you

Love one another,
but make not a bond of love

Let it rather be
a moving sea
between the shores
of your souls

Fill each other's cups
but drink not from one cup

Give one another
of your bread
but eat not
from the same loaf

Sing and dance together
and be joyous,
but let each one of you
be alone,

Even as the strings
of a lute are alone
though they quiver
with the same music

Give your hearts,
but not into each other's keeping

For only the hand of Life
can contain your hearts.

And stand together
yet not too near together

For the pillars
of the temple
stand apart,

And the oak tree
and the cypress tree
grow not
in each other's shadow

Kahlil Gibran - The Prophet

Kalau nak baca poem lain oleh Kahlil, rujuk laman web ini.

Cerita tentang aktiviti hidup...

Dua tiga hari lepas, jadual hidup abah agak padat juga. Jumaat - Ahad, abah kena hadiri bengkel di Crown Princess. Menarik juga bengkelnya, sebab kena dengan minat abah, cuma yang letih sikit, sebab setiap hari habis pukul 11 malam. Abah sampai rumah pun dah hampir pukul 12. Awal pagi dah kena pergi sebab program start pukul 8.30. Hari ni pun rasa penat lagi, tapi sebab ada kerja nak kena setelkan, abah datang juga ofis. Abah pun tak sedar hari ni Selangor cuti. Untung la Ummi, hari ni dia cuti.

Semalam juga, jiran abah meninggal, sebab asma. Meninggal awal pagi. Moga2 arwah akan ditempatkan dikalangan orang beriman. Sebelum ke bengkel, abah sempat la menziarah jenazah awal pagi tu. Abah tak berapa rapat sangat pun. Biasa la kan, jiran2 abah semuanya dah berumur, anak masing2 semua dah besar2. Dan agaknya orang2 berumur susah sikit nak terima orang2 muda macam abah ni(muda ke? hehe). Abah cuba juga join depa, tapi bila nampak air muka tu macam tak best, so, abah rasa better abah buat biasa saja. Abah ingat abah sorang je jadi macam itu, rupanya Ummi pun kena yang sama, jiran sebelah abah yg baru dapat anak sorang itupun kena, dan jiran yang baru pindah situ pun kena. Dan persamaan antara kami: kami tidak sebaya dengan mereka.

Abah tak tahulah kat tempat lain macam mana, cuma di kawasan perumahan abah, itu yang berlaku. Sebab itulah abah susah sikit nak join apa2 aktiviti. Bukan malas nak tolong kalau ada apa2, tapi sebab tuan rumah pun tak cakap apa2, buat apa abah nak pergi pandai2. Silap2 kena perli macam jiran abah yg sorang tu kena. Terus hilang mood nak tolong. Kalau ke surau dulu, rajin juga abah tunggu sampai habis doa dan bersalam dengan semua, tapi bila dah banyak kali tgk orang2 tua buat muka tak best masa bersalam, abah dah takde semangat nak salam2 lagi. Skrg, habis doa saja abah terus angkat kaki. Biarlah orang nak kata apa, janji abah tak kecik hati tengok muka2 tak best pakcik2 kat surau tu. Hehe, abah pun dah lama tak ke surau, asyik dilalaikan dengan urusan dunia.

Susah juga bila orang tua buat orang muda macam itu, memang la tak semua orang tua macam itu. Tapi bila asyik dgn geng2 hinggakan orang muda macam abah ni pun dibuat tak endah saja, walaupun kami cuba dekati mereka, abah rasa mana-mana orang pun akan back off. Ummi lagi best, tiap kali kerumah jiran membantu bila ada kenduri, mesti akan ada soalan dari makcik-makcik "Ko ni sapa?". Tak ke kecik hati bila orang tua berbahasa aku ko dengan kita. Semalam pun masa ummi menziarah jiran yg meninggal tu, kata ummi, ramai juga makcik2 yang tak nak bersalam pun bila dihulur tangan, kalau bersalam pun muka toleh ke arah lain. Nasib baik isteri pada arwah jenis peramah.

Entahlah, abah malas nak fikir ttg ni. Dan abah pun dah terasa macam nak pindah saja dari situ. InsyaAllah, kalau ada rezeki, abah nak juga beli rumah sendiri, dan hopefully kalau abah beli rumah, jiran2 baru bukan jenis macam itu.

Semalam juga terpaksa berkejar ke KLIA, jemput kakak ipar abah yg tiba dari Medan. Abah ingat kak long nak tidur rumah abah, rupanya dia nak balik terus ke Terengganu. Sebabnya, dia rindukan abang. Dan kebetulan abang abah tu accident kereta beberapa hari lepas. Abah pun belikan tiket ke Kuantan, dan minta adik ipar abah di Terengganu jemput kakak ipar abah di airport Kuantan. Sementara tunggu flight ke Kuantan pukul 10 mlm, abah bawak kak long ke Putrajaya, rumah abang ipar abah(abang pada Ummi). Lepak rumah dia sekejap, then abah ke KLIA semula.

Balik dari KLIA terpaksa singgah ke rumah sepupu Ummi, sebab dia asyik call ajak dinner rumah dia. Walaupun dah pukul 11 malam, abah pergi jugalah, sebab dia suruh juga pergi. Dapat la makan nasi dagang dan laksa malam tadi. Dalam pukul 12 abah balik rumah, dan.....tido.

Oklah, abah sambung esok. Ada satu sajak menarik yang abah nak kongsi esok.

Thursday, December 08, 2005

Cerita tentang masa depan...

Malam semalam abah berYM dengan dua orang adik. Lama jugalah berborak. Hehe, dah lama abah tak buat macam itu. Masa bujang dulu je abah rajin layan borak maya dengan kawan-kawan.

Dengan adik yg satu ni, kami bercerita tentang hidup. Sesuatu yang abah cukup suka kalau diajak bercerita. Alhamdulillah cerita yg keluar adalah cerita gembira, cuma bila dia kata dia bimbang kejadian yg pernah berlaku akan berlaku semula, abah terfikir la nak mengulas sikit.

Abah fikir, siapapun antara kita semua ini yang tidak tahu apa akan jadi esok, lusa dan hari kedepannya. Bila kita tidak boleh jangka apa yg berlaku pada kita, sama jugalah dengan perhubungan kita dengan manusia lain, tidak boleh dijangka apa jadi kemudiannya.

Kita kata kita kahwin, alhamdulillah, dan kita kata kita saling berkasih sayang, alhamdulillah. Tapi sampai bila? Boleh jaminkah kasih sayang dan perkahwinan itu akan kekal selama mana kita hendak? Tidak. Kita tak tahu entah bila kasih itu akan hilang, perkahwinan itu akan tamat. Mungkin bercerai, mungkin meninggal. Kita tak tahu.

Dan bila kita tak tahu, perkara terbaik yang boleh kita buat ialah cuba untuk kekalkannya. Dan berdoa pada Allah moga dikekalkan kasih sayang itu.

Kalau Allah kata penghujung ceritanya bukan penghujung yang kita mahu, kita kena terima. Kadang perkara yang berlaku bukan sebab sesiapapun, hanya sebab Allah hendak perkara itu berlaku.

Semalam abah terbaca emel di satu grup, pengirimnya mohon pandangan kawan2 grup tentang apa yg perlu dia buat kerana katanya dia sudah bergelar janda, sesuatu yg tak pernah difikirkannya.

Memang pun, org yang tengah bercinta dan tengah menikmati perkahwinan mereka tak akan terfikir akan status janda atau duda itu. Buat apa nak fikir, itu benda negatif, kan? Abah tak tahu...cuma pada abah, apa sekalipun yg berlaku dalam hidup, perancangan mesti ada. Bukan kita berharap pada perkara buruk untuk berlaku, nauzubillah, cuma kita berjaga-jaga sekiranya ia berlaku.

Pada yg bercinta, apa jadi kalau satu hari hubungan terputus? Apa nak buat? Yang dah kahwin, apa jadi kalau satu hari, anda terpisah, samada hidup atau mati? Apa nak buat? Kena ada perancangan juga untuk yang ini abah rasa. Paling tidak merancang tentang bagaimana kita perlu menerima kenyataan, dan bagaimana kita hendak teruskan hidup kita, dan mungkin hidup orang lain yang bergantung pada kita.

Pagi tadi tertengok berita yang BN menang kecik di Pengkalan Pasir. Alhamdulillah. Bukan sebab abah sokong BN. Abah bukan orang politik. Dan abah tak minat pun politik. Cuma pada abah siapapun yg menang, moga2 dia dapat bawa tugas dia dengan baik, sebab satu hari di depan Allah, satu persatu akan ditanya tentang tanggungjawab kita didunia, tertunaikah tidak? kalau tertunai, halalkah urusannya? Harap-harap ADUN yg baru itu sedar akan itu, sebab dia seorang Islam.

Monday, December 05, 2005

Cerita tentang kisah hidup...

Dah banyak hari abah tak jenguk pondok kecik abah ni. Bukan apa, tak berkesempatan. Alhamdulillah, pagi ni terasa nak jenguk juga dan kemas apa-apa yang patut.

Semalam abah tengok satu cerita di Astro Ria, Hari-hari Terakhir. Menarik juga ceritanya. Menarik bukan sebab lakonan atau apa, tapi menarik sebab kisah yg dipaparkan. Kisah tentang seorang ibu yg menjadi pelacur akibat dijual suami sendiri, dan terpaksa berpisah dengan anak tunggal. Dia berjumpa dengan anak, cuma tak tahu itu anak dia. Hanya bila anak itu hampir mati, baru diketahui itu anak dia. Si suami yang menjualnya pulak, kemalangan, dan selepas itu, lupa akan kisah silam. Suami berkahwin dan hidup bahagia. Cuma apabila anaknya menemubual pelacur itu, ingatan si ayah, kembali jelas pada isteri yang dijualnya itu.

Runtun jugalah jiwa abah tengok. Runtun sebab abah tahu, itulah realiti hidup, yang kita tak nampak. Abah percaya kisah itu kisah yang betul atau hampir2 betul terjadi. Anda pun tahu cerita TV dan filem diMalaysia kan? Hampir kesemuanya memaparkan cerita realiti, jarang sangat cerita fiksyen. Sedih bila tengok betapa si pelacur itu cuba menyamak bilik tempat dia melacur sambil berkata "Aku nak samak bilik ni, aku nak sembahyang, bilik ni tak bersih".

Abah yakin kalau itu cerita betul, itu bukanlah kes terpencil. Tapi kita saja tidak ambil kisah sebab kita ada banyak isu besar: Kisah ketuk ketampi bogel itu kisah nasional, kisah orang PAS ganggu Puteri UMNO di Pangkalan Pasir itu kisah besar. Kisah orang melayu Islam yang ramai jadi pelacur, penagih, pencuri, penyamun, pembunuh, etc. itu kisah kecil saja. Hal enteng orang kata. Anak-anak Henry Gurney yg majoritinya melayu Islam itu, hal remeh saja pada kita.

Dan selepas cerita drama itu, TV tunjukkan video klip "Kau Pergi Jua". Dan tiap kali dengar lagu tu, abah selalu teringat arwah adik Nurnesa Uzma Mohd Ezani. Anak yang satu kampung dengan abah. Abah tengok rancangan khas Edisi Siasat 11 April 2004 tentang kepemergian adik Nurnesa. Dan dalam Kamarudin bercerita tentang nasib anak2 spt Nurnesa, didengarkan lagu sayu Adam Ahmad ini. Hati ayah manalah yang tak runtun bila lihat jenazah anak comel itu didukung ayahnya. Dan dikala itu Adam Ahmad kata;

Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempat ku curahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...

Cukuplah abah cerita tentang ini, abah tak nak hari ni bermula dengan kesedihan. Hehehe. Sekejap lagi pun nak kena attend bengkel. Penuh dengan bengkel je abah ni. Sabtu lepas di Vistana, hari ni di pejabat, hujung minggu ni di Crown Princess, bengkel lagi. Tak apalah, nama lagi kerja....Semalam abah bawa Ummi dan Muizz ke Taman Tasik Kelana Jaya, cantik juga tempatnya. Muizz seperti biasa la, sentiasa teruja dengan tempat macam itu. Abah pun, sesekali dapat berjalan-jalan dengan Ummi sambil tengok Muizz 'joging' , rasa seronok. Nanti kalau abah lapang wktu hujung minggu, abah nak bawak depa kesana lagi, kali ni untuk beriadah. haha, abah ni dah lama betul tak exercise. Perut pun dah boroi...


Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang

Wajahmu
Mengapa sering terbayang di mataku
Sehingga terbawa di dalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci

Kau bunga
Inginku suntingmu menjadi milikku
Lantas ku abadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini ku bawa
hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempat ku curahkan kasihku
Kau pergi tak kembali

Sayangku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci

Kau bunga
Inginku suntingmu menjadi milikku
Lantas ku abadikan dalam jiwaku

Tuesday, November 29, 2005

Cerita tentang petua kekalkan persahabatan...


Abah hari ni rasa macam tak ada kerja, walaupun sebenarnya ada. Dan bila rasa tak ada kerja ni, inilah selalunya masa untuk baca akhbar. Abah bukalah Berita Harian Online, tertarik dengan satu artikel berkaitan Sahabat.

Abah tak nak la copy and paste semua yg wartawan tu tulis, nanti ada yang bosan lak baca. Kan Zamdee? :-)

Abah cuma nak petik sikit petua yang diberikan, bagaimana untuk kekalkan persahabatan.

Kata dia:

# Berikan masa untuk sesebuah persahabatan ‘tumbuh’

“Ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mewujudkan persahabatan yang akrab. Satu daripada sebab mengapa ia mengambil masa sehingga tiga tahun adalah kerana dalam tempoh berkenaan, mereka (sahabat) akan melalui beberapa konfl ik yang dapat menentukan persahabatan itu dapat bertahan atau tidak”. Petikan buku Friendshifts, tulisan Jan Yager

# Komunikasi asas persahabatan

Berbicara adalah komponen utama dalam persahabatan. Bila seorang teman menceritakan idea atau perasaannya, beliau mengharapkan rakan yang mendengar itu memberikan maklum balas. Jika hanya beliau saja yang banyak bercakap, beliau akan merasakan seolah-olah rakan yang mendengar itu tidak berminat dengan apa yang disampaikan.

# Ya, memang sukar untuk meluangkan masa

Lebih-lebih lagi bila kita begitu sibuk menguruskan kehidupan sendiri. Tapi anda sebenarnya tidak memerlukan masa berjam-jam untuk memastikan hubungan persahabatan terus bertahan.

Pastikan ia berterusan dengan:

# Hantar e-mel. Maklumkan atau tanya khabar teman anda melalui e-mel.

# Hubungi mereka sekurang-kurangnya sekali seminggu. Perbualan telefon tidak semestinya lama.

# Sekali-sekala, hantarkan kad atau e-kad kepada mereka. Tidak semestinya menunggu waktu tertentu saja.

# Kirimkan gambar. Sekeping gambar menyampaikan 1,001 cerita.

# Makan bersama sekurang-kurang sekali dalam sebulan. Lebih kerap lebih bagus.


Kebetulan malam semalam abah ada call sorang sahabat. Lama tak dengar berita, lama juga la berborak. Alhamdulillah, katanya, dia rasa seronok sangat abah call dia. Dan dalam berborak dan bercerita tentang kisah masing2, sempat juga dia pesan, kata dia, "biarlah persahabatan kita ni akan kekal hingga ke akhirat". Abah tak pasti apa yg patut abah balas, yang terkeluar cuma "InsyaAllah". Dan abah harap dia faham, apa maknanya InsyaAllah itu pada diri dia dan juga diri abah...

Cerita tentang Kaparinyo...

Tak ada apa yang nak direpekkan hari ni. Abah cuma nak letakkan lirik lagu yang pernah jadi kegemaran abah satu ketika dulu. Masa abah kemaskan koleksi CD abah hari Sabtu itu hari, terjumpa CD album Cindai. Abah dengar la semula. Dah banyak lagu yang abah lupa liriknya, kecuali Cindai. Tapi hari ni abah nak letak lirik Kaparinyo(abah pun tak tahu apa maksudnya), tapi abah suka dengan kata2 dalam liriknya, sangat cantik gaya bahasanya.

KAPARINYO

Orang berinai berhitam kuku
Mandi dijirus si air mawar
Jikalau sampai hasrat hatiku
Racun ku minum jadi penawar

Belum tersurat dalam hikayat
Ayam keluar mencari musang
Belum tersirat di dalam adat
Bunga keluar mencari kumbang

Semenjak lembah bertambah dalam
Nampaknya gunung tinggi bertuah
Semenjak sejarah hawa dan adam
Alam berkembang berubah-ubah

Hasrat nak beli dulang bertepi
Barulah moleh untuk hidangan
Hajat nak cari yang sama sehati
Barulah molek makan sepinggan

Sungguhlah harum si bunga tanjung
Hati nak petik si bunga mawar
Rindu dan dendam tidak tertanggung
Budi setitik jadi penawar

Sungguh melati senang dipetik
Harumnya mashyur seluruh alam
Sungguhpun budi hanya setitik
Langit dan bumi ada di dalam

Hebat juga Siti Nurhaliza ya! Kalau tak percaya, jenguklah Wikipedia.

Monday, November 28, 2005

Cerita tentang makan2...

Semalam abah buat makan2 sikit, org kata open house, tapi abah kata open door je. :-) Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn baik. Cuma kesian Ummi la, penat dia. Dah la ummi yg masak semuanya, abah cuma tukang rasa dan komen je. Standard la kan!

Abah risau juga awalnya, sebab ummi masak banyak juga, tapi ramai kawan2 yg sms bagitahu tak dapat datang. Tapi alhamdulillah, ramai juga yang sempat bertandang, dan makanan pun takde yg terbuang.

Abah nak ucap terima kasih pada kawan2 yg sudi datang, Jay + family, Iznora + family, Syahril + family, Adlan + family, Karim + anak, Farish + Na, Brader Jem + famili, Nieda, Zaza + family, Mr Beh + Doris, dan yg lain2 juga. Minta maaflah, rumah abah kecik, terpaksa bersesak2 semalam. Untuk geng2 semua, InsyaAllah nanti kita buat lagi makan2 ni. Seronok dapat jumpa kalian semua yang dah lama tak jumpa. Anak2 pun semua dah besar2.

Pada kawan2 yg tak dapat datang, tak apa, abah faham. Anda mungkin ada perkara yang tak boleh nak elakkan. InsyaAllah, kalau tahun depan abah sekeluarga panjang umur dan murah rezeki, akan abah jemput lagi sekali.

Baru kejap ni abah dapat emel dari rakan abah di Melbourne, dia dah dapat new baby boy. Tahniah, dan Alhamdulillah bro Rafiq, moga akan jadi anak yang soleh.

Saturday, November 26, 2005

Cerita tentang anak ayam...

Malam semalam, abah, ummi dan Mu'izz ke 1-Utama. Samapi elok2 je waktu Maghrib. Kebetulan abah puasa enam(hehe, tak abis2 lagi), abah berbuka kat Arena. Duduk sebelah ngan meja Dian P.Ramlee dan anak2 dia. Tak perasan pun, bila Ummi suruh tengok, baru abah perasan depa. Anak Dian comel2.

Sementara Ummi beli barang rumah, abah gi solat dan ambik tiket wayang yg abah dah tempah. Waktu abah nak withdraw duit untuk beli tiket, terberatur belakang Sharifah Amani Sepet dan maknya. Cantik juga dia, kecik molek je. Hehehe.

9.20pm, kami masuk tengok wayang. Memandangkan ini pertama kali, abah risau juga, takut Muizz buat ragam. Alhamdulillah, dia seronok betul tengok Chicken Little. Bukan dia sajalah, abah pun sama naik. Muizz gelak je sepanjang cerita tu. Abah pun sama. Cuma Ummi je macam tak tahu nak bagi reaksi apa, agaknya sebab ini bukan cerita yg Ummi suka. Abah, tak payah cerita la, semua cerita kartun dan animasi wayang dah jadi satu kewajipan untuk abah tengok.

Bagus juga cerita tu, menarik, banyak adegan lucu, tapi masih ada pengajaran yg cuba disampaikan. Abah bagi 3.5 bintang untuk Chicken Little. Nampak gayanya, abah kena cari DVD cerita ni la nanti, sebab Muizz asyik dok sebut nak tengok lagi cerita ni. :-)

Abah ni sambil2 tolong ummi masak untuk makan2 esok pun sempat lagi update blog.

Friday, November 25, 2005

Cerita tentang lelaki...

Pagi ni abah terbaca satu emel menarik berkaitan "Banyak Untungnya Kalau Faham Lelaki".

Terasa juga nak ngulas sikit apa yang penulis tu kata.

Kata dia: Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih.

Kata abah: Abah memang setuju dengan penulis ni. Emosi lelaki secara biasanya cuma sekejap. Bila dia dah ok, dia akan balik ke gelagat asalnya. Kalau anda isteri, berilah masa untuk dia layan diri dia sendiri. Jangan ambil hati dengan emosi yg macam itu. InsyaAllah, kalau anda buat macam biasa, suami pun akan back to normal dalam masa yang singkat sahaja.

Kata dia: Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah ‘gatal-gatal’ sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan ‘tempoh bertenang’ sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap. Usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga.

Kata abah: Abah setuju juga dengan pendapat ini. Andai lelaki bertanya untuk bantuan anda, itu maknanya dia mahu dibantu. Jika tidak, biarkan saja. Berikan sedikit tempoh untuk dia bertenang. Jangan marah, merajuk dsbnya. Ini cuma menyebabkan lelaki akan lebih menyendiri.

Kata dia: Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan – lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Kata abah: Sangat setuju. Allah sudah menciptakan alam dan penghuninya dengan sangat cantik dan sempurna.

Kata dia: Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Kata abah: Hehe, abah macam inilah, tiap kali ber'bincang' dengan ummi, abah akan selalu nak menang, walaupun abah tahu abah salah. Inilah agaknya yang orang kata ego lelaki itu tinggi. Akhirnya, ummilah yang selalu mengalah. Tak adilkan? memang tak adil, tapi susah abah nak ubah yang ini. Abah cuba juga. Mudah2an sifat tidak baik lelaki ini akan berjaya abah ubah. Walaupun ummi tak salah tapi dia mengalah, abah rasa bahagia sungguh. Bukan sebab abah rasa abah menang, tapi abah rasa, ummi sangat sayangkan abah.

Kata dia: Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala.

Kata abah: Yang ini abah tak pasti, sebab dalam hubungan abah dan ummi, abah yang lebih banyak berleter. Ummi lebih banyak diamkan diri, walaupun sesekali ummi berleter juga,especially bila abah suka sepahkan barang dalam rumah, ataupun abah tak tolong ummi buat kerja rumah. Hehe. Tak apa ummi, leterlah, abah tak ambik hati, sebab jarang sekali abah nak dengar ummi berleter. Kalau anda wanita yg suka berleter, kurangkanlah sikit tabiat berleter, terutamanya depan suami. Lelaki MEMANG tak suka orang kuat berleter. Tapi kalau lelaki berleter tak apa, tak salah. :-). Ada ke lelaki berleter? Ke abah je yang abnormal.

Haha, jumpa lagi minggu depan. Malam nanti abah nak bawak Muizz dan Ummi tengok Chicken Little kat TGV 1 Utama. First time nak bawak Muizz tengok wayang. Harap2 dia tak meragam la nanti.

"Accept the things to which fate binds you and love the people with whom fate brings you together but do so with all your heart "
~ Marcus Aurelius

Wednesday, November 23, 2005

Cerita tentang kawan...

Abah jenguk blog Am, PB dan Anim kejap ni. Banyak cerita betul. Itulah kalau cuma sesekali je sempat lawat blog kekawan. Jangan marah ya, abah kadang tak sempat nak lawat selalu blog kawan2.

Tertarik dengan cerita Am tentang kawan. Kawan..hmmm, pada abah bercerita tentang kawan ni samalah macam cerita tentang jodoh, tak akan habis. Dah hampir 30 lebih tahun hidup ni, abah rasa dah bermacam jenis kawan yang abah jumpa. Ada kawan yang cuma setakat kawan, ada yang bertukar jadi teman, dan ada yang sehingga kini sudah menjadi sahabat abah, sahabat dunia akhirat..

Nak berkawan tak susahpun, tersilap telefon, tersilap YM, tersilap emel pun tiba2 boleh jadi kawan. Kadang terjumpa dan berborak kat stesen minyak pun boleh jadi kawan. Belum campur lagi dengan yang memang sepejabat dengan kita. Hampir semua oranglah boleh jadi kawan. Alhamdulillah, kalau hidup kita masih dikelilingi manusia yg kita kenal, kita masih ada kawan la maksudnya tu.

Cumanya, abah fikir, kita sebagai manusia ni, perlukan kawan yang lebih dari seorang kawan. Kawan yang boleh berkongsi rasa dan pandangan, kawan yang 'menyokong yang tak membawa rebah', dan kawan yang 'menentang yang tak tersungkur'. Sudah fitrah kejadian manusia agaknya yang memerlukan kepada kawan atau sahabat dalam hidup. Cumanya, tak semua orang bertuah badan dapat memiliki kawan yang sangat baik dalam hidup.

Abah pernah terbaca artikel tentang adab-adab berkawan, tapi abah dah lupa sgt apa isinya. Cuma yang abah masih ingat, kita dalam berkawan, pertamanya kena ikhlas dalam berkawan. Kena banyak bertolak ansur, kena banyak membantu. Dan persahabatan itu kenalah berlandaskan agama Allah. InsyaAllah, akan aman hidup mereka yang berkawan macam itu.

Dan bercerita tentang kawan ni, teringat abah pada kawan2 lama yang kini entah dimana. Kalau dulu rapat bagaikan saudara, sekarang, abah sendiri pun tak tahu apa kisah masing2. Salah abah juga mungkin, terlalu sibuk dengan kisah hidup sendiri hingga terlupa nak memastikan tali persahabatan tetap erat. Tanpa abah sedar, banyak tali persahabatan abah yang dah putus, dan ada yang hampir putus. Putus bukan kerana digunting, tapi putus kerana abah biarkan ia berhujan berpanas. Moga2 Allah tautkan semula tali persahabatan kami, insyaAllah.

Dan tadi ada kawan tanya juga, salah ke kalau 2 lelaki yang bersahabat, berpeluk bila berjumpa dan berpisah. Hmmm, susah juga nak jawab, sebab abah bukan jenis lelaki yg amalkan konsep berpeluk sbg tanda persahabatan. Seingat abah, abah berpeluk2an dengan orang lain masa kami dimajlis perpisahan kampung angkat di Baling, waktu abah di UUM dulu. Mula2 tu abah macam biasa, tapi bila pandang saja wajah ayah2, abang2 dan adik2 angkat dikampung tu, tak sedar yang abah dan mereka dah berpelukan dan masing2 cuba menahan airmata dari mengalir walaupun gagal. Kena pulak masa tu, ada seorang abang angkat laungkan azan. Allah sajalah tahu apa perasaan abah masa itu. Dan alhamdulillah, waktu abah ke Baling tempohari, abah masih juga dialu2kan sepertimana mereka alu2kan abah waktu mula2 abah berkunjung ke kampung mereka. Balik kepada isu peluk, abah rasa kalau pelukan itu mampu rapatkan kemesraan antara dua sahabat kerana Allah, buatlah. Abah sendiri pun sekarang ini sedang cuba ajar Muizz jadikan peluk abah dan ummi itu sebagai satu cara menunjukkan kasih sayang. Alhamdulillah, kalau abah lupa peluk dia dalam sehari, akan dia ingatkan abah.

Pada kawan2 lama yang baca blog abah, kita simpul semula andai tali persahabatan telah putus, kita utuhkanlah tali itu andainya ia masih tersimpul, dan buat kawan2 baru, moga tali itu akan makin erat terjalin dan kekal teguh selama hayat dikandung badan...

"A wise man remembers his friends at all times; a fool, only when he has need of them."
Turkish Proverb

"A true friend knows your weaknesses but shows you your strengths; feels your fears but fortifies your faith; sees your anxieties but frees your spirit; recognizes your disabilities but emphasizes your possibilities."
William Arthur Ward

Tuesday, November 22, 2005

Cerita tentang anak...

Hari Senin semalam abah saja ambik cuti, sebab rasa macam malas nak masuk ofis. Dan sebab abah dah cuti, kena jaga Muizz la juga. Risau abah semalam, Muizz muntah 2 kali, habis keluar semua makanan dan susu yg dia makan. Tapi sebab he is as energetic as always, abah tak la takut sangat. Pagi ni, waktu abah hantar dia ke rumah Nenek, dia nampak monyok semacam je. Naik risau abah, tadi pengasuh call Ummi, cakap Muizz masih monyok, baring saja, tak aktif macam selalu. Abah cakap ngan Ummi malam ni kami bawa dia ke klinik. Takut dia sakit apa2.

Pagi tadi terima satu emel tentang bagaimana anak2 sekarang bila balik kampung duduk hotel, dan tak duduk rumah mak ayah. Bukan cerita pelik pun pada abah, sebab abah pernah berhadapan dengan rakan2 yang bersikap macam itu. Abah bukan nak kata perbuatan itu salah, tapi pada abah, kurang proper.

Kalau ada alasan yg kukuh untuk duduk hotel bila balik kampung, boleh la diterima, tapi kalau sekadar rumah mak ayah sempit, takde Astro, tak selesa, etc, abah rasa itu dah keterlaluan. Mak ayah mana pun akan kecil hati kalau anak-anak buat macam itu. Imagine rumah yg didalammnya anak2 membesar, tapi bila mereka dah dewasa, rumah itu dikatakan sempit, tak selesa dsbnya. Kalau abah pun, abah akan jauh hati dgn tindakan anak2 macam itu.

Bukannya balik untuk sebulan, sekadar 3-4 hari. Apa salahnya sesekali balik kampung, dan duduk dalam rumah mak ayah. Sesak pun sesak la, bukan lama pun. Hati orang tua itu jauh lebih penting dari rasa keselesaan kita.

Abah ada kenalan yg tiap kali balik kerumah mertua, akan duduk dihotel. Alasannya: tidak suka dengan ibu mertua. Ada juga yang tak nak tinggal rumah mertua bila balik kampung sebab krisis lain. Tapi hati orang tua agaknya, sekecil hati macamanapun, tetap tak akan ditunjuk atau diluahkan. Sebab itu anak2 fikir, "Alah, mak ayah tak kisah kalau kita duduk hotel". Pada mak ayah, sesekali tu abah rasa elok juga tunjuk dan bagitahu yang kita kecik hati dengan sikap anak2. Biar mereka tahu. Dirumah itulah dulu mereka makan, dirumah itulah dulu mereka tidur, bermain, belajar, dan segalanya. Takkan dah kawin dan ada anak sendiri ni, rumah itu dah jadi satu benda yang 'alien' pada dia.

Moga kita anak2 ni tak akan buat macam itu kat mak ayah, andai mereka masih hidup. Umur mereka tak panjang pun, tak salah kalau kita berkorban harta dan budi, untuk menyenangkan mereka selama mereka ada ni. Itulah orang tua yang besarkan dan didik kita.

Cukuplah abah menegepek tentang ini. Semalam Ummi tanya abah, kot2 abah nak buat makan2 jemput kawan2. Abah kata kalau Ummi larat masak, boleh la buat. Tak tahulah tu, apa keputusan Ummi. Kalau jadi nanti kang, akan abah emelkan pada kawan2. Manalah tahu ada yg tergerak hati nak jenguk rumah kecik abah.

Monday, November 21, 2005

Cerita tentang manusia...

Semalam habis kerja dalam pukul 3, abah dan ummi bertolak balik ke KL. Sebelum bertolak balik, kami singgah lunch di Danga Bay. Tempat menarik, tapi makanan kurang umphhhh. Ummi beli banyak otak2 Mr.Noh untuk bekalan masa dalam perjalanan. Dalam perjalanan balik, kami singgah ke Muar sekejap, jenguk anak buah yg sedang dalam exam SPM. Singgah untuk memberi sokongan moral, dan bekalkan sikit kuih raya. Untuk Yong, pokjak dan cik yah doakan moga Yong akan dapat straight A1s seperti yang Yong cita-citakan, InsyaAllah. Kami sampai rumah pun dalam pukul 11 malam.

Dua tiga malam lepas, abah berkesempatan menonton VCD Konsert Siti Nurhaliza di London. Maaf la Siti, abah beli yang cetak rompak saja. Tak berbaloi abah rasa utk beli yg ori, sebab abah cuma nak tengok sekali saja. Excellent performance. Walaupun ada sesetengah lagu berjaya di'Hetty Koes Endang'kan, namun secara umumnya, menarik juga persembahan Siti. Cindai, Ya Maulai, Purnama Merindu...antara yang tetap menarik pada abah. Hehe, jangan tak percaya, abah dulu pernah terjerat dengan Siti masa muda2 dulu. Sanggup beli segala apa majalah yang cover depannnya ada muka Siti. Hahaha, walaupun dah lama tinggal perbuatan bodoh macam itu, tapi sesekali teringat, kelakar pulak.

Abah juga terbaca dua tiga hari lepas berita tentang Siti yang ingin menyaman Kesatuan Pekerja MAS sebanyak 1 juta. Saman malu kerana pihak union MAS pernah keluarkan kenyataan yang kononnya membuatkan Siti terasa, apabila isu MAS taja penerbangan artis dijadikan alasan kenapa MAS rugi besar. Abah fikir kalau Siti teruskan juga menyaman Kesatuan Pekerja yang kesemua ahlinya adalah mereka yang berpendapatan rendah, Siti akan berjaya beri tanggapan pada orang-orang Union itu bahawa harga 'malu' Siti Nurhaliza terlalu mahal: 1 juta. Dan andainya itulah harga 'malu' Siti, abah rasa ramai jutawan2 diluar sana yang sanggup beli 'malu' Siti, kerana 1 juta itu cuma satu nilai yang kecil pada mereka.

Abah harap Siti fikirkan semula tindakan dia. Bukan abah kata tak patut, tapi Siti kena fikir juga siapa yang nak disamannya. Bukan ke orang2 itu yang menaikkan dia sampai jadi macam hari ini. Dan kalau tak fikirkan faktor itu sekalipun, abah harap Siti fikirlah, siapa orang2 itu. Dengan pendapatan yg kecil, dan kos hidup yang tinggi, kena pulak nak bayar saman siti 1 juta tu. Kesian la kat depa. Siti tak apa lah, dah jutawan.

Abah ni tulis macam ini, macam la Siti baca. Hehe.

Semalam masa di Danga Bay ada cerita lucu. Ummi pergi beli air kelapa muda. Bila ummi cuba tanya pada peniaga tu gerai mana ada jual laksa johor, orang tu boleh kata "I can't speak Malay, can u speak English". Ummi pun tanya la lagi sekali, "Is there any stall here selling Johor Laksa?". Tahu apa dia jawab?? "No, no, here is Johor Bharu, not Johor Laksa". hahaha, tergelak besar abah bila ummi ceritakan kat abah insiden tu. Macam-macam manusia ni...

Friday, November 18, 2005

Cerita tentang kaya...

Semalam jadual abah padat sikit. Pagi ada perhimpunan staff. Habis saja perhimpunan, ada taklimat. Lepas taklimat, ada majlis rumah terbuka yg syarikat buat. Habis makan, ada discussion sikit dgn kawan2 research yg kami tgh finalize. Petang tu Ummi ngan Muizz datang ofis abah, sebab petang tu Ummi ajak abah ke Sogo. Balik dari Sogo pun dah pukul 10..hmmm, penat juga. Hari ni abah cuti, sebab pengasuh Muizz cuti lagi. Pagi tadi pergi jumpa Anim sekejap ambil SIM card no telefon abah yang baru...:-), dan lepas tu,ke EPF sekejap,uruskan pengeluaran untuk re-finance rumah abah di Kajang tu.

Hari ni terasa nak bercerita sikit tentang kekayaan. Bukan apa, semalam masa makan dijamuan rumah terbuka tu, abah berborak dgn sala seorang senior staff yang bercerita tentang hidup dia. Abah boleh kata dia orang senang la, sebab rumah dia pun bersebelahan rumah Azman Hashim(AMBG), Mustafa Kamal(Emkay), anak Sultan Kedah, etc. Tapi ok la sebab dia kaya dan tak sombong. Tak kisah la kan,sebab dah rezekinya tertulis macam itu. Cuma abah terpanggil nak mengulas sikit bab kaya-raya ni.

Siapa tak nak kaya kan? Tak ramai yang angkat tangan kalau ditanya soalan itu. Kaya apa? Dah tentu bila sebut kaya, org akan senantiasa rujuk pada kaya harta.Ada rumah mewah,kereta mahal,tanah berekar2, duit simpanan berjuta2, etc. Abah pun nak kaya. Hehe.

Susah ke nak kaya? Pada abah, nak kaya harta, tak susah. Tak susah dalam erti kata, ada banyak cara kita boleh jadi kaya,cuma kena rajin berusaha untuk capai kekayaan tersebut. Tapi ramai dari kita ni cuma berangan je nak kaya,usahanya tak pun. Kan?Abah bukan kata orang lain, abah merujuk pada diri abah sendiri. Tiap kali nampak orang pandu Wish atau BMW, abah berangan je yang itu kereta abah. Tiap kali nampak banglo mewah, abah berangan juga itu rumah abah.

Seronok juga berangan macam itu,tapi kalau angan2 itu jadi kenyataan ,lagi seronok. Cumanya, kalau Allah dah kata abah takkan sekaya itu, abah terima. Kalau la dengan kaya abah jadi manusia lupa diri,lupa akhirat, abah redha kalau rezeki abah cuma setakat cukup untuk hidup. Tapi kalau dengan kaya, abah akan jadi manusia yang lebih dekat pada Allah, abah mohon moga Allah murahkan rezeki.

Abah suka tengok manusia kaya macam Pengerusi Yayasan Al-Bukhary tu. Abah kalau boleh, dan kalau ada rezeki nak jugak la jadi macam itu. Abah pun berharap selalu agar manusia2 Islam yg kaya ni takkan lupakan manusia lain. Kekayaan yg mereka ada harap2nya bukanlah dilaburkan ke bersuka-ria dan pembaziran, tapi dilaburkan dengan membantu mana2 manusia lain yg memerlukan bantuan.

Seronok dengar cerita2 spt ada hamba Allah derma RM100K pada Bersamamu TV3. Alhamdulillah. Bukan la abah kata depa kena cakap yg depa derma, macam yg ramai org selalu buat. Cukuplah setakat diletakkan berita dalam akhbar ke atau TV ke tentang derma yang diberi, tanpa merujuk kepada penderma. Sekurang2nya kita yang tak berapa kaya ni pun akan terasa nak derma juga.

Oklah untuk kali ni. Abah nak tidurkan Muizz sekejap. Dia belum tidur lagi hari ni. Tadi tengahari abah tinggalkan dia rumah jiran sebab abah nak pergi Jumaat. Dari masa abah tinggalkan dia, hinggalah abah ambil dia semula, dia tak berhenti2 menangis. Alasannya, abah dah janji nak bawak dia ke masjid semalam. Kesian anak abah.

Wednesday, November 16, 2005

Cerita tentang kerja...

Dah lama abah tak post kat blog ni. Sibuk sikit kebelakangan ni, biasa la hujung2 tahun. Hari ni abah MC, rasa tak sihat. Kebetulan pulak pengasuh Muizz tak sihat juga, so abah kena jaga Muizz sekali la hari ni, Ummi dah dua hari dah cuti jaga Muizz.

Isnin dan Selasa, abah terpaksa ke Marriott sebab abah dan geng research abah kena habiskan juga laporan kajian yang perlu kami hantar dalam minggu ini juga. Penat juga rasanya, sebab hari Isnin kami habis dalam pukul 7 malam, campur dengan traffic jem, abah sampai rumah pun dah hampir nak Isyak. Sampai rumah, abah solat dan lepas solat terus abah tidur. Tak tahu kenapa, tapi abah rasa macam tak sihat. Badan rasa sakit-sakit. Agaknya sebab malam Ahad hari tu abah pergi berurut dgn Wak Jo kot. Selalu kalau lama tak berurut, abah mesti sakit2 badan sehari selepas urut. Tapi takpela, janji lepas urut, badan rasa lega sikit.

Kesian Ummi malam Isnin tu. Abah tahu Ummi nak ajak abah ke pasar malam, tapi sebab abah tidur, Ummi pergi sorang-sorang. Sorry Ummi, bukan abah tak nak temankan, tapi abah penat sangat.

Marriott KL ok juga in terms of facility, cumanya, makannan biasa-biasa saja, dan tandasnya tak user-friendly untuk Muslim.

Hari selasa pun abah balik lambat juga.

Esok lusa kena masuk ofis, dan ada senarai meeting yg terpaksa abah hadiri...Hujung minggu nanti perlu ke JB lagi. Abah bawak Ummi dan Muizz sekali la gayanya. Walaupun abah pergi sebab kerja, tapi Ummi dan Muizz boleh la berehat dan jalan2 sikit2 kat bandaraya JB tu.

Balik dri JB minggu depan abah nak bercuti la sehari dua.

Friday, November 11, 2005

Cerita tentang ego...

Semalam sempat jenguk blog Anim sekejap. Hmmm..abah ni susah betul nak cari masa jenguk blog kawan2. Jangan kecik hati ya, abah singgah juga blog kawan2, cuma kadang tak sempat nak beri komen. :-)

Anim semalam menulis tentang ego manusia. Menarik juga ceritanya. Ego, rasanya semua orang tahu apakebendenya ego tu. Sesenang itu menyebut, sesenang itu juga nak bersikap sepertinya. Abah tak kata orang lain la, abah kata kat diri abah sendiri. Bukan sekali abah rasa abah bersikap ego pada manusia lain, banyak kali. Samada tanpa sedar atau memang disengajakan.

Tak salah pun nak ego sesekali, pada abah la. Tapi kena tengok masa dan keadaan la juga. Jangan tunjuk ego salah tempat dan masa, atau selalu tunjukkan ego kat orang, nanti lama-lama, orang akan naik menyampah dengan kita.

Dan ego ni banyak jenis egonya. Satu yg paling kerap: susah nak mengalah. Dalam hati, punya la nak telefon si dia, tapi sebab ego punya pasal, berat jari tu nak angkat phone dan call. Dalam hati asyik dok kata "Asyik aku je yang call dia, dia tak pulak call aku". Kalau yang sorang lagi jenis tak ego tak apa, kena jenis yang ego juga? "Ah, lantak lah dia nak call ke tidak". Apa yang jadi? Masing2 tak call masing2, dan masing2 akan buat sangkaan yang bukan-bukan. Kan?

Kadang-kadang merajuk ni pun ada juga kaitan dengan ego. Bila bergaduh atau selisih faham, susah sangat nak minta maaf atau mengaku salah. Bukan tak terfikir pun kita salah, tapi sebab ego dalam diri tu kuat, so ambil keputusan untuk berdiam diri dan menunggu pihak yg satu lagi ambil langkah untuk berdamai. Abah pun kadang2 macam itu. Tahu salah diri sendiri, tapi sebab ego tu kuat sangat. Hehe, kan Ummi?

Benda2 macam pertahankan atau tunjuk ego ni pada abah la, hanyalah satu tindakan bodoh yang kita suka buat. Semata-mata untuk penuhi tuntutan hati dan nafsu kita, kita jadi ego pada orang lain. Kita buat salah, kita tak mahu admit, kalau orang buat salah, lagilah kita berang. Only if kita jarang mengikut ego diri, abah rasa hubungan kita dengan orang mesti akan jadi lebih menarik dan bermakna.

Ramai orang kata ego ni milik lelaki, betul ke?

Tutup cerita bab ego.

Hari ni, 11 November 2005, genaplah 4 tahun usia Ahmad Mu'izz Hakim. Happy Birthday Abang! Pagi-pagi lagi bangun tidur mintak abah bawakan kek yang Ummi belikan untuk abang malam semalam, ke rumah nenek. Malam semalam juga Ummi buat 2 biji kek, sempena birthday abang. Dan pagi tadi Ummi goreng mee banyak. Kata Ummi, nak bawak ke ofisnya, nak jamu kawan2 makan. Sebahagian bawa ke rumah pengasuh untuk dimakan oleh kawan2 Muizz.

Abang...abang...untungnya jadi anak abah dan Ummi. Abah dulu, tak pernah kenal makna harijadi. Dah tua sikit ni barulah belajar nak celebrate harijadi sikit2.

Thursday, November 10, 2005

Cerita tentang Mu'izz...


Banyak betul kerja kat ofis, inilah selalu berlaku bila bercuti panjang. Tapi takpelah, memang abah enjoy pun cuti, dan tak sentuh langsung kerja masa abah cuti raya hari tu. So, sebagai habuannya,balik cuti ni kena bereskan lah semua kerja2 ni.

Semalam bawak Muizz ke klinik sebab dia kurang sihat sikit. On the way ke klinik, abah singgah Restoran Jejantas Sg. Buloh. Ummi ajak makan sate. Sedap juga sate kajang ni, dah lama tak makan sate ni. Abis la jugak 10 cucuk, agaknya la.

On the way balik dari klinik, Muizz buat lawak lagi. Sedang Ummi dan abah dok bercerita, tiba-tiba je dia bersuara. Kata Muizz, "Abah ngan Ummi ni banyak cakap la. Boleh diam sikit tak, pening kepala Ahmad ni". Hehehe, abang...abang...dah pandai sound abah ngan Ummi ya!

Nanti dah besar tak tahulah abah, agaknya banyak benda yang abah buat akan dikomen.

Terlanjur cerita tentang Muizz ni, abah letakkan satu lagi gambar buah hati pengarang jantung abah, yang abah suka tengok. Gambar ni abah snap masa Muizz tengah berlagak bawak kereta abah. Hehehe, kalau anda tak suka pun tak apalah. :-)

Wednesday, November 09, 2005

Cerita tentang semalam...

Lama bercuti raya, hari ni dah masuk kerja semula. Ada 3 keping kad raya dari kawan2 atas meja abah. Lewat pun tak apalah, janji mereka ingat abah. Lagipun orang kata raya sebulan. :-)

Kerja, seperti biasa la, banyak. Tapi dalam banyak kerja pun, sempat jugalah abah merepek sekejap kat blog ni hari ni.

Abah bertolak balik ke KL dari Terengganu pukul 11 pagi semalam. Tak pasti la berapa kali berhenti, tapi perjalanan kali ni memang banyak kali abah berhenti. Memang santai habis la perjalanan kali ni. Sempat singgah rumah sahabat abah di Sanggang. Dah lama tak jumpa, dan setelah banyak kali menolak jemputan kerumah dia, akhirnya abah sampai juga. Ingat nak pergi sekejap je, tapi bila dah disuruh makan, haha, lama sikit la jadinya. Sampai KL pun dah hampir pukul 8 malam.

Ntah apa la agaknya yang abah fikirkan, bila balik rumah, baru sedar yang baju2 abah dan Ummi tertinggal dirumah abah kat kampung. Ini la first time abah tertinggal baju dikampung, baju raya lak tu. Hmmm, nampaknya tak boleh berbaju raya la abah sementara ni. Tak apalah, nanti kalau ada masa luang, abah ajak Ummi balik kampung ambik baju yang tertinggal tu.

Muizz pulak sebab dah lama agaknya bercuti, siap menangis-nangis tak nak bagi abah dan ummi pergi kerja. Dia marah bila nampak abah pakai baju kerja. Agaknya nak ajak abah beraya lagi la tu kot. Nantilah abang, hujung minggu nanti, abah bawak abang pergi beraya rumah kawan2 abah, insyaAllah.

Friday, November 04, 2005

Cerita tentang Qada dan Qadar...

Hari Raya ke-2 ni abah tak kemana-mana. Sepupu-sepupu Ummi datang. Seronok juga ramai yang bertandang ni. Dan dalam ramai-ramai yang datang, abah dapat satu pengajaran dan kisah dari salah seorang sepupu ummi. Sepupu ummi ini berkahwin tanpa restu keluarga mertuanya. Dia tidak diterima mertua dari seawal kahwin hinggalah sekarang. Anak-anak dia pun dah besar panjang. Dan satu kisah lagi, lebih kurang sama juga. Alhamdulillah, abah tengok mereka bahagia juga, anak2 semuanya menjadi, kebanyakannya lepasan Maahad Muhammadi. Itulah abah fikir, restu ibu ayah ni memang penting, tapi kena tengok juga kenapa mereka tidak restu. Kalau setakat tidak restu kerana tidak suka menantu yang sememangnya baik, abah rasa kes restu ibu bapa ni boleh diketepikan.

Bukan nak kata tak penting, tapi abah perhatikan dan dengar cerita, ada ibubapa yang memilih menantu mengalahkan anak-anak nak memilih pasangan hidup mereka. Mungkin niat mereka baik, tapi kalau anak itu sudah berkahwin, restuilah, maafkanlah mereka. Itu anak, itu menantu mereka. Kenapa sampai tak mengaku menantu.

Orang selalu kata, kita ni kalau dah kawin, kena anggap mertua sebagai ibu bapa kandung kita. Dan abah fikir pun, mak ayah ni kena la amalkan benda yang sama. Bila anak kita dah kawin, anggaplah menantu itu sebagai anak kita juga. Jangan dibezakan anak dan menantu, menantu dan menantu lain. Menantu itu juga ada rasa hati. Walaupun tarafnya cuma anak, mereka berhak untuk rasa diterima dan dihormati. InsyaAllah dari mereka itu nanti, akan lahir zuriat penyambung keturunan kita. Cucu kita, cicit kita. Janganlah dibezakan mereka atau tidak diaku mereka itu menantu kita, cucu kita.

Abah nanti kalau dipanjangkan umur untuk lihat Muizz berumahtangga, abah fikir, untuk setakat kewarasan abah hari ini, abah akan berikan kepercayaan untuk Muizz memilih siapa pasangan hidupnya. Abah akan beri pendapat mana yang perlu. Siapa yang dipilih, itulah menantu abah, itulah anak abah. Kalau abah yakin dengan Allah, Rasul, Hari Kiamat, Kitab dan Malaikat...kenapa abah tak boleh yakin dengan Qada dan Qadar Allah? Ramai antara kita yang kata percaya dengan 6 rukun iman itu, tapi bila tiba bab jodoh anak-anak atau bab rezeki, macam senang saja kepercayaan kita pada Qada dan Qadar Allah tergugat. Kita tak nak terima itu jodoh anak-anak, sebab itu kita haramkan menantu jejak kaki kerumah kita. Kita tak mengaku cucu-cucu kita semata-mata kerana ia lahir hasil perkahwinan anak yg kita tak restui.

Abah rasa anda yg baca blog abah ni mesti berfikiran terbuka. Moga saat-saat kita dah tua nanti, kita takkan buat sesuatu yang melukakan hati anak2 cucu2. Kita takkan buat perkara2 yang menggugat iman kita pada Allah. Ini peringatan untuk abah juga.

Bercakap tentang Muizz tadi, teringat abah dua kisah menarik(pada abah la). Kisah pertama, sewaktu abah memandu balik kekampung tempohari, abah melalui satu stesen minyak yang dah ditinggalkan, dah buruk sangat pun. Muizz nampak tiang logonya patah dan tumbang, dan dia terus berkata kat Ummi. "Ummi, tengok tu, siapa la patahkan tiang tu, ya Allah, ya Allah Tuhan". Haha, abah tak pernah dia sebut nama Allah dengan nada seserius itu. Abah tak boleh tahan gelihati, tergelak juga abah dalam kereta.

Kisah kedua, baru sekejap tadi. Kata buahati abah tu, "Abah, boleh tak abah buatkan Ahmad satu benda?", Abah tanya la, "Buat apa?". Kata dia lagi, "Abah buat guna sudu, dan masukkan dalam botol". Dia siap buat demonstrasi lagi. Abah fikirkan juga sekejap, tapi bila Ummi kata anak abah nak main teka teki, barulah abah faham. Hehe, abah ingatkan apalah bendanya, rupanya dia nak suruh abah buatkan dia susu. Abang..abang...dah pandai main teka teki ngan abah la pulak sekarang ni.

Seronok tengok Muizz main air pantai petang tadi.